Chris Medina - What A Word

Siapa Chris Medina? Chris Medina tiba-tiba popular bila menyertai auditon American Idol 10. Di samping suara yang sedap, sebenarnya ada cerita sedih di sebalik senyuman manis jejaka 26 tahun ini.

Chris Medina & Juliana Ramos
Chris Medina telah bersama Juliana Ramos sejak 8 tahun. Dan mereka bertunang selama 2 tahun. Janji Chris Medina kepada tunangnya bahawa mereka akan mengikat tali perkahwinan selepas 2 tahun.

Tragedi mengubah segalanya


2nd October 2009, Julia terlibat dalam kemalangan. Doktor dan Chris Medina sendiri berasa Juliana Ramos tidak ada harapan untuk hidup. Tetapi, 1 1/2 bulan kemudian, Juliana Ramos sedar. Namun, Juliana Ramos mengalami gegaran pada otaknya yang menyebabkan dia hilang upaya, tak boleh bercakap, tak boleh berjalan sendiri.


Kasih seorang kekasih

Lebih menyedihkan, Chris Medina telah rancang akan kahwin dengan Juliana Ramos hanya 2 bulan dari tarikh kemalangan tersebut. Berbekal pepatah pujangga,
" Till Death Do Us Apart" Chris Medina tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit.

"what kind a guy would I be if I just walk out when me, she need the most..."
Begitu tulus dan jujurnya hati seorang lelaki. Kecantikan luaran tidak kekal. Kasih sayang dan cinta dari hati yang abadi (ayat novel).

Walaupun tak masuk top 24 American Idol , Chris Medina telah lebih popular sekarang dari bakal juara kerana ketulusannya.


Layan video ni pun boleh mengalir air mata beb.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apple iPad 2 - pesaing Apple terdesak

Nak letak la jugak gambar Apple iPad 2. siap ada front camera tu...

Apple dah launch iPad ke 2 mereka dikenali dengan Apple iPad 2. Motto Apple " 2011 : year of iPad 2"


Perghh..iPhone pun aku tak ada. Ni iPad dah keluar yang ke-2. Canggeh..canggeh. Dari sini dah nampak teknologi bergerak sangat laju. Orang yang involved dalam bidang ni pon kena berpikir laju gak. Aku memang tak akan kejar la. Pesaing-pesaing Apple ni mungkin dan memang dah terdesak akibat ketandusan idea nak compete Apple iPad 2 ni.

Ketau Pegawai eksekutif Apple cakap, 25 march akan diedar Apple iPad2 ke 28 buah negara seluruh dunia. Termasuk Malaysia la tu.

Antara petikan ayat dia, (aku translate dalam bahasa ibunda)

"kita dah launch iPad ni, so bila nak diedarkan? April? Mei? Jun? Tidakk. Kita launch hari ni 2nd March, bulan ni jugak kita edar ke seluruh US dan 2 minggu selepas itu ke 28 buah negara dan beberapa negara yang maseh diusahakan untuk masuk."

Orang fikiran bisness tak tunggu lama nak buat untung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saman Trafik Diskaun 50%


Laman web ni dah sesak ni. After dah bayar tak nampak update serta-merta.

Dah bayar saman ?

Lepas ni start kena bayar saman harga asal. Silap-silap kena blacklist kalau still tak bayar saman tu. Lepas tu kena tangkap.
Pejabat Pos terpilih seluruh Malaysia akan buka macam biasa hari ahad kerana nak tolong orang awam bayar saman mereka.
Alasan mereka hari bekerja susah nak bayar saman.
Kalau setiap hari boleh update Facebook, tweet member, chatting tapi tak guna online nak bayar saman.

Salah satu cara nak bayar saman online boleh guna MyEG. Banyak dalam radio, tv promote. Awal-awal promosi diskaun saman 50% hari tu laman web ni tak la sesak macam ni. Hari ni mungkin lambat sikit la.

Register je kat sini, follow je arahan dia dah boleh bayar saman. Senang sebenarnya bagi orang yang sibuk dan tak ada masa nak ke kaunter bayaran saman trafik.

register kat sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunkface kesukaan saya

Saya follow Bunkface dah lama. Follow tak ada la maksud ikut Bunkface ke mana-mana. Follow cerita Bunkface, follow show Bunkface mana yang sempat, follow gosip Bunkface etc. Saya tengok macam mana Bunkface dari sekecik-kecik nama hingga gah macam sekarang. Kalau saya tanya budak-budak sekolah zaman sekarang, Siapa Bunkface? Mereka boleh explain lebih hebat dari saya dari nama penuh budak Bunkface sampai ke lagu-lagu Bunkface mereka hafal. Saya ada la pergi ke beberapa show Bunkface ni dan saya dapat tengok kesungguhan mereka. Saya pernah tengok peminat baling botol kat Bunkface sebab time perform mic rosak. Nak naik dalam dunia seni bukan mudah.


Well, peminat nampak Bunkface ok je kat luar tapi kat dalam Bunkface sendiri yang tau. Perubahan dalam dalam sebuah kumpulan ni memang dah banyak jadi. Mula-mula akan panggil membe-membe buat 1 band. Tak kisah nak buat trademark apa pun. Hanya nak mencari tapak dalam dunia seni. Bila rasa dah kukuh maka mula la berfikir aliran sendiri. Bila membe lain tak sealiran split la jawapannya. Tapi kalau lama-lama dengan environment yang sama aje tu pun tak bagus. Kena berani berubah tukar angin. Kalau rasa boleh lebih maju jika berubah apa salahnya?

Apa-apa pun saya suka lagu Bunkface =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banjir Kilat di KL


kesian ada orang jatuh dalam banjir kilat ni, kena hati-hati ek


Area KL diserang banjir kilat. Tolong...!tolong...! Serius teruk betul banjir kilat ni sebab cepat sepantas kilat aje dah tenggelam semua. Dengar cerita banjir kilat di kawasan TMTC Jalan Semarak antara yang terjebak. Banjir kilat ni dah tenggelamkan kawasan parking dengan Estima, Mini cooper, selagi ada kereta kat situ...habissssss! Tak sempat apa air naik cepat sangat. Insurans basic tak cover rasanya...huhu.

Dalam paper cakap banjir kilat ni jadi kat Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Semarak, area Setapak. Petang selalu hujan lebat campur dengan kilat. Kalau tengah drive kena hati-hati, mungkin akan nampak dinding bangunan dan bumbung zink berterbangan atas jalan raya. Nasib baik lagi boleh nampak sebatang pokok tersadai atas divider tangah jalan di federal highway.

p/s: cinta kilat Dira Abu Zahar. Aku suka suara dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS