Ada apa dengan Bukit Tinggi ?


Ada apa dengan Bukit Tinggi ?

Ramai recommend Bukit Tinggi seronok, sejuk, nyaman, bla bla..
Tapi rasanya tak sama pun dengan apa yang orang lain cakap bila pergi sendiri ke Bukit Tinggi.
Tak sejuk dan nyaman pun. Panas terik ada la.
Dengan makanan yang mahal gilerr.
Bila pergi ke Japanese Tea garden ingat dapat la tengok teh jepun ka or merasa pakai kimono ka.
Tapi bila sampai, daun teh pun tak nampak. 
Yang ada hutan dan taman yang rasanya boleh pergi tengok kat Bukit Cerakah Shah Alam.
Nak pakai kimono kena sewa rm20, bila tengok kain cotton yang dah pudar kaler warna dia.

Cukup!!
Tak nak pergi  Bukit Tinggi dah lepas ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tune Hotel Kuching

Stay di Tune Hotel Kuching

1st time stay Tune Hotel Kuching.
Biasa duduk di Dormani n Harbour View.

Kenapa suka Dormani Hotel ?
Dekat dengan tempat makan Raja Ayam Penyet + lele penyet yang bukak sampai pukol 11 malam.

Kenapa tak suka Harbour View ?
Toilet tak ada host pipe..huhu.

Tune Hotel ni ok sangat ke?

  • Ada TV 32"....hehe
  • Boleh la kalau compare dengan standard budget hotel.
  • Kalau nk stay 1 malam aje memang ok la ambil bilik kecik pun.
  • Harga selepas tambah macam-macam pun boleh tahan jugak.
  • Rupanya booked online lebih murah compare to walk in.
  • Tapi kena ada Credit Card ok.

Tips nak stay Tune Hotel:
  • Booked awal sebab lagi awal booked
  • Bawak towel + toiletries sendiri.  
  • Tak payah ambik pakej air cond pun  tak apa, dah ada kipas  syiling

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Potassium Iodide boleh neutralkan radiasi?



Kenapa Potassium Iodide tiba-tiba jadi sebutan?

Kenapa Potassium Iodide? Dan tiba-tiba jugak semua orang beli dan makan garam. Tiba-tiba juga garam habis dijual di kedai. Di sebuah bandaraya China, rakyat panik bila dapat maklumat tentang Potassium Iodide ni. Semua orang berpusu-pusu nak beli garam. Dan harga garam melonjak ke 20 kali ganda. Mengikut info yang mereka ini dapat, garam dapat meneutralkan radiasi nuklear.

KI

Kata kawan yang belajar kimia, Potassium Iodide (KI) adalah sejenis garam putih. Garam dalam istilah kimia = Kalium. Tapi KI pun garam juga ke? Bila tengok dalam segmen SoalJawab di TV3 ari tu, prof dari UKM cakap pil Potassium Iodide boleh neutralkan radiasi dalam badan.
So, boleh dibeli di mana kat Malaysia? Farmasi ada jual? Dan boleh dibeli tanpa recommendation doctor?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kagum dengan rakyat Jepun

Disiplin rakyat Jepun

Ramai yang kagum dengan semangat rakyat Jepun yang dilanda tsunami.
Ramai yang bercerita kepada saya apabila berlaku gempa bumi yang kuat dengan skala richter 9.0 itu, rakyat Jepun masih lagi bertenang dan kekal dengan sikap disiplin mereka itu.

Selepas berlakunya kejadian tersebut, semua bekalan makanan, elektrik terputus. Dan apabila bantuan datang, rakyat jepun masih boleh beratur panjang dan senyap sambil menunggu giliran. Ketika itu juga, kedai-kedai di sekeliling sudah pecah tapi tidak ada pun rakyat Jepun yang mencuri barang-barang kedai secara terang-terangan.

(walaupun ada sikit la kot tapi tak macam di setengah tempat bila berlaku aje bencana, terus pecahkan rumah, pecahkan kedai nak ambik semua yang ada. Bila bantuan datang, bertolak-tolak nak rebut)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Why JAPAN ?

Otak aku sudah berputar-putar macam pusaran air laut tsunami kat Jepun.
Rasa nampak bintang-bintang pun ada.
Banyaknye benda nak kena pikir.

#1- Scheme Allowance for Technical
Mulanya ingat bila apply ni tak yah risau nak jadi Mgr or tak. Tak naik pun tak apa. Gaji akan naik sekali dengan kepakaran teknikal tu. Terpikir akan ada training untuk beginner. Tapi bila baca balik, rupanya nak mansuhkan MCI. Dah sah-sah MCI utk orng yang suka kumpol sijil. Yang baru nak apply ni mestilah lebih kurang sama. Aku dah dapat rasa tak akan ada peluang la ni. Sijil pun ada satu je. Dah nak expired pun akhir bulan. Agaknya memang aku tak ditakdirkan ke arah tu kot. Ada aje problem yang akan menghalang. Dah malas nak mengharap.

#2- JAPAN yang dilanda TSUNAMI
Yang ni lagi pening aku pikir. Setiap masa memikirkan pasal Jepun. Dengan ancaman radiasi nuklear yang bocor di Jepun tu akibat gempa dan tsunami. Orang lain dah buat spekulasi radiasi tu dah nak terbang ke Malaysia. Ada yang kata tak bahaya sangat. Tapi dalam paper cakap keadaan di Jepun dah sangat bahaya. Tapi tak bawak balik pun budak Malaysia. Aku ada member dan sepupu kat sana. Apa la khabar mereka sekarang agaknya. Dan yang paling terkilan ialah aku dah beli tiket low fare Air Asia ke Jepun seminggu sebelum tsunami melanda Jepun. Sangat lah kecewa sekarang ini. Kenapa la Jepun yang kena dalam banyak-banyak negara. Dan kenapa la jadi tahun ni, kenapa tak jadi tahun lepas waktu aku tak nekad nak pegi ke Jepun. Sakit kepala. Sakit kepala!! Yang ni pun maksudnya aku tak ditakdirkan ke sana la tu.

Air Asia tak ada buat refund ka?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lady Gaga | We Pray For Japan


Lady Gaga ni walaupun suka buat kontroversi tapi dia tetap tak lupa pada orang yang ditimpa musibah macam tsunami, gempa bumi, kebocoran reaktor nuklear di Jepun. Lady Gaga dah pun design gelang tangan getah " We Pray For Japan" . Lady Gaga post gelang ni kat website dia.

Gelang ni boleh dibeli pada harga $5 kat webstore. Segala hasil kutipan akan disalur ke tabung mangsa tsunami.

We Pray For Japan
Sama-sama lah kita berdoa untuk kesejahteraan rakyat Jepun

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jepun dilanda Tsunami

Jepun dilanda tsunami

Gempa terburuk sejarah Jepun

Tengah asyik mengadap pc di ofis, tiba-tiba kecoh budak ofis bercerita tentang Jepun dilanda tsunami. Terkejut jugak dengar. Terus je cepat surf internet. Nampak macam teruk betul. 32 orang terbunuh setakat ini. Skala 8.9 tu sangat lah tinggi...takuttt. Seorang saksi kata, dia dah 9 tahun duduk Jepun dan selalu je berlaku gempa. Tapi hari ni yang paling teruk dan menakutkan. Bangunan bergoyang, jalan bergoyang, bangunan terbakar, jalan pecah, laut melimpah ke darat, loji minyak terbakar.


Loji radioaktif di Jepun
Dan yang paling takut sekali loji nuklear di Jepun bocor. Memandangkan negara Jepun terlibat dalam pembangunan teknologi nuklear.

Jepun dilanda tsunami

Jepun dilanda tsunami


Jepun dilanda tsunami

Jepun dilanda tsunami


Jepun dilanda tsunami

Jepun dilanda tsunami
Jepun dilanda tsunami

Jepun dilanda tsunami


Sambung study ke Jepun

Teringat kawan lama yang akan bertolak ke Jepun akhir bulan ni. Dia pun masa tu tak tau lagi. Gelabah pulak dia. Kesiann...Sebenarnya aku yang lagi gelabah. Takut tergugat rancangan akhir tahun ni.

Jepun dilanda tsunami

Jepun dilanda tsunami

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PTPTN | Tak Bayar Tak Boleh ke Luar Negara

Kerja pangkat tinggi.
Gaji berlebih-lebih angka.
Kereta besorr.
Beli iPhone, iPad, bla..bla..

Tapi,

PTPTN tak bayar lagi?

Ada budak ofis dah kena blacklist Imigresen. Tak dapat pegi oversea la jawabnya. Sebelum ni lepas tapi start Mac PTPTN dah update sistem diorang balik rasanya. Sebelum ni malas nak update kot.Dia dapat tau pun bila tunangnya yang check kat website PTPTN.

Saya dengan tiba-tiba rasa cuak. Seingat saya dah habis bayar masa lepas dapat scholar.
Jom beramai-ramai kita check hutang PTPTN.
Takut ada yang dah bayar tapi dalam sistem still kata tak bayar.
Kalau yang memang tak bayar tu tapi dalam sistem PTPTN tak keluar apa-apa, selamat la dia buat masa ni.
Lepas ni tak tau la.

Laman web PTPTN,

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/semakan

Teringat masa nak bayar balik PTPTN kat CIMB Teluk Intan beberapa tahun lepas, pekerja kaunter tu siap cakap,

"Buat apa kamu bayar awal-awal? Guna je la dulu..."

Bila teringat balik rasa nak lempang je orang tu.

Ingat la masih ada orang kat luar sana yang tak ada peluang nak sambung belajar sebab tak dapat pinjaman PTPTN sebab PTPTN tak cukup nak pusing modal balik.

Kalau tak mampu bayar sekaligus boleh bayar sikit-sikit tapi konsisten.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chris Medina - What A Word

Siapa Chris Medina? Chris Medina tiba-tiba popular bila menyertai auditon American Idol 10. Di samping suara yang sedap, sebenarnya ada cerita sedih di sebalik senyuman manis jejaka 26 tahun ini.

Chris Medina & Juliana Ramos
Chris Medina telah bersama Juliana Ramos sejak 8 tahun. Dan mereka bertunang selama 2 tahun. Janji Chris Medina kepada tunangnya bahawa mereka akan mengikat tali perkahwinan selepas 2 tahun.

Tragedi mengubah segalanya


2nd October 2009, Julia terlibat dalam kemalangan. Doktor dan Chris Medina sendiri berasa Juliana Ramos tidak ada harapan untuk hidup. Tetapi, 1 1/2 bulan kemudian, Juliana Ramos sedar. Namun, Juliana Ramos mengalami gegaran pada otaknya yang menyebabkan dia hilang upaya, tak boleh bercakap, tak boleh berjalan sendiri.


Kasih seorang kekasih

Lebih menyedihkan, Chris Medina telah rancang akan kahwin dengan Juliana Ramos hanya 2 bulan dari tarikh kemalangan tersebut. Berbekal pepatah pujangga,
" Till Death Do Us Apart" Chris Medina tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit.

"what kind a guy would I be if I just walk out when me, she need the most..."
Begitu tulus dan jujurnya hati seorang lelaki. Kecantikan luaran tidak kekal. Kasih sayang dan cinta dari hati yang abadi (ayat novel).

Walaupun tak masuk top 24 American Idol , Chris Medina telah lebih popular sekarang dari bakal juara kerana ketulusannya.


Layan video ni pun boleh mengalir air mata beb.

video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apple iPad 2 - pesaing Apple terdesak

Nak letak la jugak gambar Apple iPad 2. siap ada front camera tu...

Apple dah launch iPad ke 2 mereka dikenali dengan Apple iPad 2. Motto Apple " 2011 : year of iPad 2"


Perghh..iPhone pun aku tak ada. Ni iPad dah keluar yang ke-2. Canggeh..canggeh. Dari sini dah nampak teknologi bergerak sangat laju. Orang yang involved dalam bidang ni pon kena berpikir laju gak. Aku memang tak akan kejar la. Pesaing-pesaing Apple ni mungkin dan memang dah terdesak akibat ketandusan idea nak compete Apple iPad 2 ni.

Ketau Pegawai eksekutif Apple cakap, 25 march akan diedar Apple iPad2 ke 28 buah negara seluruh dunia. Termasuk Malaysia la tu.

Antara petikan ayat dia, (aku translate dalam bahasa ibunda)

"kita dah launch iPad ni, so bila nak diedarkan? April? Mei? Jun? Tidakk. Kita launch hari ni 2nd March, bulan ni jugak kita edar ke seluruh US dan 2 minggu selepas itu ke 28 buah negara dan beberapa negara yang maseh diusahakan untuk masuk."

Orang fikiran bisness tak tunggu lama nak buat untung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS