Langkawi Permata Kedah


















Dah lama nak cerita tapi asyik tak sempat..so sekarang dah sempat..dulu pegi cuti2 dengan cik amie hanie ke Langkawi. Saja nak lepas tensen..kat sana beli coklat bayks...pegi Island Hopping..jumpa beruk la monyet la..tangkap gambar banyaks..

Ada time beli coklat tu pegi beli beg skali nak angkut coklat sebab kalo nak isi dalam beg baju mesti la tak muat...elok-elok dah isi semua barang masa nak tarik beg tu keluar...terus ada bunyi *Praappp*...pemegang beg tu tercabut...harap je harga murah..huhu

Memang seronok dapat rileks kat pantai sebab DyaNz memang suka laut...suka berjemur...mandi laut...tangkap gambar tapi yang tensen pulak bila tengok semua gambar nampak DyaNz dah berisi...(ayat sedap utk GEMOK!!!!)...huahuahua...@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SeLamat Hari Bapa

Hari ni hari Ahad..tarekh 20 Jun 2010..dengar banyak bunyi bising rupanya mak dan opah suruh bangun..ehehe..lupa plak arini ada kenduri kat rumah. Aku bangun bersiap-siap dan tolong la mana yang patut.

Ada opah sedara datang dengan anak dan menantunya..ada jiran depan rumah datang nak menolong..pak cik sedara balik dengan isteri dan anaknya..kecoh pulak jadinya bila ramai-ramai macam ni tapi seronok..bukan selalu dapat tengok opah aku yang sentiasa bising...bertambah bising..ahaha.

Orang caterer dah datang..tak larat masak so amek caterer jer tapi pelik kita yang kena serve dan basuh pinggan mangkuk caterer tu...huhu. Dah la penat menatang talam lauk..bertambah lagi bila time basuh pinggan dengan penternak...rasa nak patah pinggang..dan akhernya aku mengelat..la..la..la

Orang dah start balik..semua berpusu-pusu tuju pintu rumah..yang di dapur kalut nak bungkus lauk yang tak habis nak sedekah kat orang...

Hmmm...apa kaitan tajuk ni dengan kenduri ni? Kenduri ni kenduri turun batu a.k.a kenduri arwah kot. Tak jangka tarikh kenduri ni clash dengan Hari Bapa..rasa sayu jer..orang lain tengah celebrate dengan ayah diorang..ada yang bagi kek...ada yang bagi hadiah...ada yang bawak pergi makan luar...ada yang sms wish Hari Bapa...

Tapi kitaorang boleh sedekahkan doa jer...nak bagi apa-apa pun dah tak dapat..nak tengok pun dah tak boleh..apatah lagi nak pegang ke nak wish ke nak salam ke cium tangan cium pipi...

Ok..jaga lah ibu dan ayah korang sementara diorang ada lagi..k @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melodi Cinta kita...

Ada member Dyanz namanya Cek Ros...(alaaa.. yg melompat tak ingat tu time konsert KelLy), dia ni tanya ada pegi mana-mana event tak? Hmmm ingatkan balik...aah memang ada pon.


29 Mei aritu pegi tengok Rossa. Walaupon dah lama DyaNz akan cerite jugaks sebab tak ada masa la nak update entry. Kalau nak tau ada macam-macam benda DyaNz buat exactly the same time after tengok Rossa tapi nanti la DyaNz ceriter.

Nak cerita Rossa dulu...

Sampai ke bukit jalil awal dalam pukol 6.30 sebab nak tunggu magreb dulu and makan2 sket sebab tau dalam stadium putra tu makanan mesti jual mahal gilerr. DyaNz dan adik makan berger jer then after magreb tunggu kat luar stadium. Orang dah ramai la jugak sebab kat setiap pintu masuk ada tampal harga tiket yang dibeli.

DyaNz cari la harga tiket yang DyaNz beli. Masalahnya penaja tampal harga-harga tu guna kertas kajang dan lekat guna gam 20sen je kot. Sebelum tu hujan lebat dan berangin siket...of course la terbang merata-rata kertas tu.


Cari punya cari, woww pintu masuk DyaNz kena naek tangga tu...arga murah...berserah je la. Tengok orang beratur panjang atas tangga so dengan yakin kitaorang pon beratur sekali. Dah 10 minit beratur tengok ada orang patah balik, rupanya ada yang kena masuk exit sebelah lain. Dan DyaNz pon jadi antara orang yang kena turun tangga dan naek tangga lagi satu...huhu. Tu la ..laen kali tampal tu bior terang laa...kan dah conpius aku..

Walaupon tangga tak setinggi macam tengok KelLy tu tapi ada 1 lagi masalah bila nak cari tempat duduk. Organiser yang bertugas time tu pon tak sure kat mana location setiap seat bila orang tunjuk tiket...huhu..tak cukup training kot..

Bila dah dapat tempat duduk..naseb baek best jugak view die..tapi ada gak tak best...ada geng-geng indon belakang kitaorang memekak dan melalak sampai DyaNz nak melalak sekali tak dengar...ni yang panas nih...ada orang mencabar kemantapan suara aku nanti..

Show belum start..dapat tengok semua orang yang baru nak masuk...baru nak cari tempat duduk..ada mak cik ni dah 2-3 kali tanya pasal tempat duduk dia...kesian lak aku nengok...

Lampu padam, show start lepas VIP sampai...bunyi muzik orchestra dimainkan..stage begerak keluar...Rossa pakai dress merah keluar nyanyi...lagu apa pun aku tak tau sebab tak hapal pon..



video
Memang comel la Rossa..nyanyi pon best...tapi dia tak menari sangat..sangat bersungguh-sungguh..sangat bersemangat..really enjoying the show..malam tu tukar baju banayk kali gaks...artis jemputan pon ramai..ada Aizat, Ungu , ST12..after setiap kali abes nyanyi Rossa peluk diorang...siott laa...

Yang paling best...performance Permata Seni...budak-budak comel menari, menyanyi dengan Rossa, maen piano...rasa teringin nak maen piano laks..ahaha...Rossa selalu je suh kita orang nyanyi sekali time die tengah nyanyi tapi selalunya dia tak inform dulu la....n part yang die suh follow tu bukan part yang best nak nyanyi...kadang2 tak sedar yang die suh follow sekali...ahaha..tapi bagus la die selalu interact dengan penonton...

Dah abes dah rupenye...penat laa..ngantuks..jum baliks



p/s : makan McD dulu @_^
video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Helmi..mengeluarkan buah pikiran

Satu petang tu, tengah DyaNz tengok Melodi kat TV3..masa tu Helmi baru bangun tidor. Mak siap cakap.."Orang lain dah pegi ke bulan dah..kome baru nak bangun..mandi pun belum...apa nak jadi nih...??"

Tiba-tiba Helmi jawab balik, " Betul ke orang putih tu dah pergi ke bulan? Kalau betul dia orang dah sampai ke bulan, kenapa pergi sekali jek..? kenapa tak penah pegi lagi sampai sekarang..? kita kena tipu bulat-bulat dengan orang putih....."

Dia dengan selamba ambik tuala masuk bilik air....

p/s: Aku no comment laa...@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila opah tengok TV

Opah aku suka tengok tv sebab ada tv dalam bilik dia. Selalu dia akan tengok tv tu setiap hari setiap masa sebab kadang-kadang dia tak sedar dia dah tertidur dan tv yang tengok dia. Lepas ngaji lepas solat tengok tv lepas masak tengok tv masa lipat baju pon tengok tv.

Rancangan kegemaran ialah lintas langsung Parlimen bersidang di TV1 setiap pagi. Oleh sebab selalu tengok tv, banyak nasihat akan berdasarkan rancangan yang ditengok.

Contoh#1

Opah selalu cakap " DyaNz kamu kalau nak isi minyak kereta tu masa pegi bayor kunci kereta..dalam tv tu cakap banyak kereta kena curi masa orang pegi bayor tak kunci kereta"

Contoh#2

Opah cakap , " DyaNz, kamu bawak kereta tu tengok kereta depan..dalam tv tu cakap mesti sekurang-kurangnya nampak tayar belakang kereta depan baru selamat".

Contoh#3

Opah komen pasal saman trafik dah tak dapat diskaun. " Polis buat macam tu ada betuinyer...deme nak selamatkan kita..kalau ikut peraturan deme tak la kena saman...kalau bawak laju tu laa yang kena saman tu (macam mak kamu...*#teeett#$...bahaya pon bawak laju-laju.."

Tapi kesian kat opah sekarang tak dapat tengok tv sebab tv dah terbakar mungkin sebab terlalu asyik tengok tv...hehe ^_^

p/s : mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS