Sukaneka kanak-kanak sempena Family Day

Apa contoh permainan yang boleh dijadikan sukaneka kanak-kanak?

Kanak-kanak ni budak kecil tak sesuai nak bagi permainan sukaneka yang kasar sangat.
Dalam kepala ni ada la terbayang jenis mainan yang biasa orang main.
(AJK mainan kanak-kanak kena la pikirkan mainannya..)

Contohnya;

  1. Lari berganti dalam kain pelikat
  2. Kutip duit dalam tepung
  3. Permainan berkaitan gelung



 apa namanya ni ?

tarik buah kelapa dengan gelung tapi kes kali ni sebab kanak-kanak guna bola je la

4. Permainan berkaitan guni...(my favorite)
berlari dalam guni

Tarik guni macam tarik upih kelapa sikit

5. Permainan berkait dengan bola
kepit bola sambil junjung barang..yang ni macam unik sikit 

jalan kepit bola juga

6. Acara favorite kanak-kanak, kutip gula-gula


Yang lain;
7. Getah dengan straw
8. Bawak bola ping pong dalam sudu

Nak yang mana?

Tak cukup jugak ??

Jum la beli buku panduan permainan sukaneka untuk kanak-kanak =)


(errr...ada bajet lagi ke???)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS