Kisah Si Tikus


Nama saya Emot..selamat berkenalan. Saya ni seekor hamster dan dijual di ekspo pesta konvokesyen. Dulu saya ada teman nama dia Enot. Kami dipasangkan bersama ketika mula-mula dijual. Sebagai pasangan hidup semua aktiviti dilakukan bersama. Makan bersama, main roller bersama, minum bersama serta tidur pun bersama. Rutin harian kami selalunya bermula setiap pukul 11 malam kerana pada siang hari kami tidur. Tuan kami memindahkan kami ke rumah di kampungnya kerana sebelum ni dia tinggal di hostel tapi kerana dia dah habis belajar dan telah dihalau keluar maka kami juga harus berpindah.

Sampai di kampung kami telah diserahkan kepada adik bongsu tuan kami. Bermula hari itu kami mula dijaga oleh tuan baru. Segala rutin dilakukan macam biasa. Ahli keluarga tuan saya ni ramai jugak rupanya. Setiap kali akan ada je yang menjenguk ke sangkar kami. Semuanya muka kami tak kenal. Mereka semua menyebut nama kami setiap kali menjenguk dan ada jugak yang usik-usik badan kami. Kami ni tak friendly user so kami gigit je tangan diaorang tu..ahaha.

Kisah bermula pada satu malam tu, dalam pukul 3 pagi. Bumbung tempat tidur kami longgar so kami telah sepakat untuk lari bersama-sama. Saya pesan pada Enot, "U jump..I jump!!". Kerana Enot jump dulu, saya jump lambat sikit. Tiba-tiba Tuan saya datang dan tangkap saya. Apasal tuan saya ni boleh terjaga lak ni?? Ohh tidakk...Enot!!! jangan tinggalkan daku.....!!!



Sejak hari tu, saya si Emot tinggal sorang-sorang. Enot tak dapat dikesan. Hidup ke dia..sehat ke dia..makan ke dia..saya tak tau. Entah entah dia dah sangkut kat Tikus tanah yang lagi hensem dari saya kot..huhu. Terpaksalah saya habiskan sisa hidup ni sendiri. Kerana tiada teman macam dulu saya semakin obess. Saya tiada mood untuk bersenam. Selera makan bertambah kerana rindukan Enot. Kalau lah saya ada teman baru....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kutu HARAM ??

Main kutu tu haram? Baca Kosmo hari ni ada tulis pasal kutu ni. Semua ni gara-gara pasangan suami isteri yang ditangkap berkaitan dengan mainan kutu ni. Tapi DyaNz tak pernah main kutu. Pernah ada cadangan nak main tapi asyik tak jadi.

Baca kat KOSMO, kegiatan ni dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971..(baru tau). Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama. Gerunnyaa!!!


Mengikut KOSMO jugak aktiviti ni haram di sisi undang-undang Malaysia. So di negara lain macam mana? Ada ke pun diaorang main kutu nih?
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Comel di Hati DyaNz


13 tahun dulu, DyaNz baru darjah 6. Masa tu tengok mak perot besor betul..masa tu tak paham sangat cuma paham nanti nak dapat adik baru walaupun time tu dah ada 4 orang adik dah. Masa mak n ayah bawak balik baby boy tu kitaorang adik beradik kerumun tak sabar nak tengok. Kitaorang cium dia, masa tu ayah cakap " bau adik tu bau syurga ". Bila dengarkan tu lagi la kitaorang cium dia banyak kali sampai menangis la baby tu..ahaha. As anak 1st mesti la diberi kepercayaan dukung adik dulu hehe so merasa la dukung dia tangkap gambar dengan dia. Baby ni tak ada nama lagi dan macam tau je baby ni akan jadi yang terakhir dalam family kami, mak yang decide nama dia.

Selalunya mak akan pantang sorang-sorang kat rumah tapi tahun tu lain sikit sebab mak cik pun pantang sekali anak 1st dia. So, dalam rumah ada 2 baby sorang gurl sorang boy. Kitaorang dapat boy hehe. Bila tengok dari situ pun memang nampak kontranya, yang gurl ni asyik melalak je siang malam rimas pulak dengar, yang boy ni diam je. Sementara nak besar tu macam-macam jadi kat boy ni. Lepas mak habis pantang, mak n ayah pergi Haji dan masa tu la boy kena demam panas. Kesian sangat masa tu, tiap-tiap hari panas badan dia tiap-tiap hari nangis. Yang ada kat rumah cuma opah dan kitaorang adek-beradek. Nak pergi klinik pun tak ada transport, terpaksa call pak cik mintak tolong hantar ke klinik. Bila mak call dari Mekah, opah suruh jangan cakap pasal boy takut mak risau.

Tak sedar rupanya boy dah besar panjang dah. Kitaorang still ingat dia ni baby comey yang manja (walaupon sekang dah itam legam) sampai bila-bila.

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD HELMI


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan Raya yang tak ok

Pagi-pagi bersiap sakan dengan semangat nak pergi jamuan raya. Ingatkan pagi rupanya pukol 2.30..cesss. Buat kerja macam biasa..pukol 12 perot dah berbunyi..mula cari kuih raya kat atas meja sape2..sambil tu dengar ramai dah mengadu lapar..ada kakak ni bawak nasik goreng tapi husband dia yang buat hmm sedap gak..tapi tak dapat makan banyak sebab dah makan nasi lemak Mem Besar bawak siap offer tuu..eheh.

Dah 2.30, semua berpusu ke dewan..semua pakat masuk dewan..ingatkan apa rupenye nak dengar si Tuan Besar berucap..dia ni orng Italy tapi dia berucap bahasa Melayu..penat jugak menunggu dia nak habeskan teks ucapan tu..rasanya dia tu dah berpeluh kot nak sebut ayat-ayat tu semua..brapa hari dia ambik nak hafal ek??? dewan penuh sangat tapi still tak nampak kat mana semua makanan..elok je MC kata "anda semua dijemput menjamu seleraa" semua serbu (ye la dah pukol 3 lapor gilerr) so baru tau kat mana makanan. Ramai sangat la..so dapat rembat sate,lemang dan rendang je dulu..ok la tu. Orang lain dapat nasi beriani, kek, buah.

Nak makan tak ada tempat pulak kena makan kat luar. Bila nak amik second round ada yang dah habis rupanya. Nak amik air pun kena tunggu lama. Kek dah lama selesai..sorang amik kek sebukit. Nak amik nasi dapat la sikit lauk daging. Dapat la juga rasa puding caramel. Apasal diaorang tak refill ek?? Takkan bajet sikit sangat kot..dah la berbayar. Rasa macam takkan sikit sangat orang yang bayar tapi yang datang makan ramaii. Sape2 yang tak bayar tu paham-paham sendiri la. Tapi mungkin juga ada yang tak tau majlis ni berbayar..may be diaorang ingat ni majlis raya so main masuk je la.

Ada orang opis cakap dia nampak ada orang bungkus bawak balik..patut la banyak tak cukup..huhu. Compare tahun lepas which was FREE together with Fafau n FBI as MC, lagi best la. Makanan simple tak heavy tapi banyak n akan refill each time dah habis. Kaunter banyak sebab open air tak macam majlis ni yang buat indoor sangat crowded..huhu.

Dah kenyang balik opis sambung keja....@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahukah Anda?


Tahukah anda dengan sedikit usaha daripada anda dapat membantu menjimatkan 7,200 Watts/hari dengan hanya menukar desktop background daripada putih ke hitam.

Ini kerana background putih CRT monitor menggunakan 74 Watt/min tenaga berbanding background hitam yang menggunakan hanya 59 Watt/min. Bayangkan dalam sebuah organisasi yang mempunyai puluhan ribu pekerja, jumlah tenaga yang dapat dijimatkan mencecah ratusan ribu KWatt/hari. Lihat sahaja apa yang usaha kecil ini dapat buat terhadap iklim dunia kita?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SHE IS DYANZ


FOR THINGS TO CHANGE I MUST CHANGE FIRST

Hmmm..dah lama tau benda ni sebab dulu kena jerit selama 2 hari sampai nak muntah. May be selama ni tak pernah buat so tak nampak hasil. So, kita perlukan perubahan..ya..berubah. DyaNz decide untuk berubah...so tukar la layout blog nih..hehe. Sebab bila tengok trafik pun naik sikit jek, DyaNz tukar sekali nama blog ni. Bagi kasi ada nilai komersial n cachy sket..eheh. Macam orang buat bisnes jugak bila strategy 1st tak jalan tukar la new strategy. Kalau tak jalan jugak tukar lagi strategy baru. Pokok pangkalnya jangan GIVE UP. Banyak lagi nak kena tukar ni berdasarkan monitoring report yang DyaNz buat selama ni. Jangan ingat infovista je yang buat monitoring, DyaNz pun buat jugak..hehe.

p/s: tapi apsal DyaNz letak color pink ek ada bunga2 pulak tu??...teettt!! @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap kali nak mula sekolah

Bila cuti sekolah jer budak-budak sekolah memang paling seronok. Yang paling seronok bebudak rumah ni. Cuti panjang jer dia orang nih merdeka terus. Merdeka dari kaca mata dia orang ni ialah merdeka dari sekolah, merdeka dari kerja sekolah, merdeka dari apa-apa saja yang berkaitan sekolah. Sepanjang cuti tu semua memori pasal sekolah memang dipadam terus dari kamus hidup dia orang..tak sebut sepatah langsung pun pasal sekolah.

Semuanya bermula malam ni..yer..malam ni kan malam last cuti sekolah, esok semua dah nak kena gerak ke asrama. Malam ni jugak waktu puncak untuk recall semula memori pasal sekolah termasuk la baju sekolah, kasut sekolah, stokin, bekas pensel, buku teks, buku nota dan apa-apa saja yang berkaitan sekolah. Dikhuatiri barang-barang tersebut tak dapat dikesan lokasi dia dan berkemungkinan tinggi memang dah tak wujud sejak cuti sekolah mula. Dan bermula la babak-babak biasa yang selalu terjadi di malam last cuti sekolah.

Babak #1
Aku tengah tengok cerekarama kat tv3 tetiba ada la sorang ni cakap..."yong...tolong basuh sekali seluar slack...akim nak bawak balik asrama esok"

Babak#2
Time tengah tengok cerekarama jugak. Ada sorang ni cakap, " yong, tolong basuh skin sock jap..intan baru jumpa tak basuh lagi..eheh" .
Bersambung lagi,
"yong... tolong cari buku nota Geografi, intan tak jumpa la..aritu intan ada keluarkan dari beg.."
Tak selesai lagi,
"hehe...yong, this time for the toughest spec, mana akim letak bekas spec intan? tolong carikan..pleazze"
Baru selesai....!!

Babak#3
Waktu ni petang so tak da cerekarama la, tengah bersembang tiba-tiba ada sorang ni cakap, "esok sekolah!!." Mak tanya, "Kasut dah basuh?" Dia tak jawab just sengih jer.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Malaysia



Satu Malaysia

Dunia Kian Berubah
Perubahan Melingkari
Melaksana Hasrat Hati
Kejayaan Terbukti

Dunia Yang Megah
Dengan Misi Yang Gagah
Kerana Perpaduan
Kita Masih Bersama

Kita 1 Bangsa, Kita 1 Negara
Kita 1 Matlamat...
Kita 1 Bangsa, Kita 1 Negara
Kita 1 Malaysia

Bermulanya Sekarang
Perjalanan Dilaksana
Seia Sekata Sehati Dan Sejiwa

Membina Masa Hadapan
Menuju Kejayaan
Kita Semua Rakyat Malaysia
Harmoni Saling Menghormati

Kita 1 Bangsa, Kita 1 Negara
Kita 1 Matlamat...
Kita 1 Bangsa, Kita 1 Negara
Kita 1 Malaysia


Satu Malaysia dikarang dan dihasilkan oleh Limkokwing Sound and Music Design Academy.
Lagu ni dikatakan salah 1 daripada 6 ciptaan lagu yang dipilih oleh Kementerian Informasi, Komunikasi, dan Kebudayaan dalam pertandingan yang telah diadakan seluruh negara sebelum ini. Terdapat sebanyak 341 penyertaan yang diterima untuk pertandingan ini.

p/s: Tapi emi cakap lagu ni bosan...(a 13 yrs old student point of view)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti dan Raya

Dah masuk hari ke-4 raya dah ni...rasa macam belum habis lagi serbu rumah kat kampung ni...rumah member kampung belum start lagi...aku punya cuti lama lagi ni...rumah sedara mara dah almost habis..penat..bukan penat apa pun..penat makan..eheh...dah singgah rumah orang kena la makan dan minum sikit..amik hati..lagi satu penat bergelak ketawa bila dengar orang-orang tua ni bercerita..aku suka betul dengar diorang ni bergosip ahaha...bila dah jumpa opah-opah dan atok-atok ni nanti semua cerita keluar...ada heppi ada sedey..biasa la tu.. aku just angguk n geleng jer...

Bila malam dah tak tau nak buat apa selain tengok tv...so malam tadi Soldier aku dah mula jalankan idea gila dia orang..pukol 12.30 malam pegi kedai beli nasi goreng pataya..aku tumpang sekaki kuey teow goreng eheh...kita orang kenduri kendara time mak n opah aku tengah tidor...

Dah hari ke-4 cuti di kampung, kesabaran aku macam dah nak over limit nih...kalau korang rasa opah korang banyak kerenahnya...cuba try opah aku ni dulu...memang mencabar iman aku la sikit...tapi aku tak nak la jadi cucu derhaka so aku mendiamkan diri la senang...tapi kalau tiap-tiap ari kena macam ni sementara cuti aku lama lagi ni...jiwa aku aku dah jadi kacau dan kusut..eheh..kadang-kadang saja je nak buat opah aku panas sikit aku saje je tak nak kalah mula la perang mulut terjadi eheh...jahat betul aku..memang seronok tengok opah aku ni macam ni ehehe.

Kebiasaan hari raya, semua keluarga dan saudara berkumpul. Sembang macam-macam dan macam biasa isu kawen akan keluar ahaha...dan aku la yang akan dituju dulu memandangkan aku cucu sulung opah aku dan kalau diikut susunan umur semua sepupu aku memang dah patut giliran aku eheh. Aku pun sengih je la...nak jawab apa lagi pun...cuma tahun ni ada cerita tak sedap pulak pasal rumahtangga saudara dan sepupu aku. Mak cik yang lain pun tak push aku sangat la so aku selamat tahun ni...hehe. Bila dengar macam-macam cerita, rupanya banyak benda yang tak disangka-sangka boleh jadi bila dah kawen. Kita tak boleh nak jangka apa akan jadi nanti. Mula-mula semua elok je semua cantik jer tapi kuasa Allah memang tak boleh lawan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI RAYA

Akhirnya berakhir lah Ramadhan dan datang lah Syawal. Entah sempat tak DyaNz nak jumpa Ramadhan tahun depan. Tahun ni raya DyaNz dan family tak sama macam tahun lepas. Sebenarnya puasa tahun ni pun dah tak sama macam tahun lepas. Kalau dulu setiap kali puasa, ada orang belikan nugget yang bentuknya macam-macam. Ada bentuk bintang, ada bentuk bulan so kitaorang akan rasa berselera masa bersahur. Masa berbuka pulak selalu beli murtabak. Raya sebelum ni, lepas solat raya boleh salam cium tangan mak dan ayah. Tapi tahun ni cuma dapat salam cium tangan mak jer. Kalau teringin sangat pun cuma boleh pergi baca yassin kat kubur je tengok batu nisan. Orang lain seronok dapat kumpul 1 family tangkap gambar pagi raya, pergi beraya rumah saudara ramai-ramai pakai baju sedondon. DyaNz dapat tengok je la. Takkan nak menangis jer kot bukan dapat hidup balik pun. Bila tengok drama Syurgamu Ramadhan rasa macam terkena jugak kat DyaNz tu yang sanggup bersengkang mata tahan ngantuk tiap-tiap malam..eheh. Cuma DyaNz rasa bersyukur sebab DyaNz belum hilang semuanya. Banyak lagi yang boleh dibuat selagi family DyaNz masih ada. Mereka ni la kekuatan dan semangat DyaNz.

Sempena hari mulia ni, DyaNz memohon maaf di atas segala salah silap DyaNz yang sedar atau tak sedar minta diampun la ye. Kepada kawan-kawan kampung, kawan opis, kawan bersuka ria. Lebih-lebih lagi kepada cik Sally yang banyak tolong DyaNz ni..terima kasih banyak dan minta ampun dan maaf ek. Cik Sally ni dah tolong granted kan wish DyaNz pun dah kira ok sangat..tipu la kalau kata tak suka mesti la suka sangat... senyum memanjang kot sampai tidor pun sengih eheh...cuma macam masih ada rasa tak confident sket kot..eheh..so tengok la macam mana nanti serahkan pada takdir.

p/s : Cik Sally ni dan ada la jugak member di ofis tu selalu jugak baca blog DyaNz tu yang suka tu..eheh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IKLAN RAYA 2010


Tiap-tiap tahun bila nak raya, semua tunggu iklan apa la pulak nak keluar. Semua dah boleh bajet company-company yang macam ni je buat iklan raya gempak. Lepas tu semua compare or complaint, iklan ni best, iklan tu tak best, iklan lagi satu tu lebih kurang je la. Iklan apa pun yang keluar DyaNz tak kisah, yang penting layankan ajer. Sekurang-kurangnya ada jugak benda hiburan kreatif waktu raya ni.

Cuma yang tak sedap bila ada iklan yang kononnya dikatakan mencetus kontroversi dan menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Mula-mula tengok memang DyaNz rasa kepelikannnya sebab iklan ni macam tak logik dan terlalu fantasi. Tapi tak ada pikir apa-apa pun just biar je la. Esoknya tengok tv dah tarik balik iklan tu so ok la sebab tv tu mengambil kira pandangan orang awam.


Tapi benda ni tak setel setakat itu sahaja, rupanya banyak link, blog dan facebook dah tulis pasal isu ni. Ada yang siap buat analisis lagi bagi setiap babak iklan tu dan mentafsir maksudnya. Hmmm....Ntah tak tau nk komen apa sebab DyaNz bukan lah ariff bab-bab macam ni...


Tak kisah la..layankan ajer laa..tapi iklan yg menusuk hati DyaNz iklan maxis kot...eheh...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kau Laksana Bulan

Aku candid novel housemate aku, tengok dah terkopak cover dia maksudnya memang dia orang baca la buku ni...

Hari Isnin hari tu merupakan hari terakhir cerita Kau Laksana Bulan tayang kat RTM. Entah macam mana cerita ni dah jadi fenomena pulak kat rumah sewa kita orang. Budak-budak rumah kumpul depan tv (termasuk aku la kadang-kadang), tengok sama-sama. Roomate aku yang selalu balik kerja lambat tapi akan balik awal setiap hari Isnin. Housemate aku jugak beli novel ni sebab nak tau lagi cerita ni. Bila dah tayang kat TV mesti la banyak potong, tak sama macam dalam novel.

Mengikut cerita housemate aku yang dah baca novel ni (aku tak baca sebab kalau baca selalu tidor), dialog dia banyak yang lebih kurang sama je dengan dalam tv. Kan aku dah kata memang cerita ni jadi fenomena kot kat rumah aku. Nak cerita sinopsis pun aku tak baca lagi, kalau nak tau pandai-pandai sendiri la baca k. Tapi, dari apa yang aku tengok memang ceritanya sweet..eheh. Seorang wanita menjadi rebutan ramai lelaki.....sweeeetttt @_^

p/s: My Wish.....@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS