Hurry Worry Curry Isteri

Gastrik tiba-tiba aje datang
Mula-mula ingatkan angin biasa je
Tapi dah masuk 3 hari dah ni
Risau jugak sebab sakit dan senak kat bahagian dada kiri
Sebab ada history dalam family
Bertambah lah risau jadinya
Pergi lah jumpa doktor
Dalam hati mintak-mintak la jangan jumpa doktor perempuan aritu
Sekali masuk dalam bilik...aduhhhh doktor tu la

" ye DyaNz !! sakit apa lagi..?"

Aku tak tau nak cakap apa.
Dengan muka tersengih-sengih, aku cerita sakit kat dada dah 3 hari.
Aku bagi tau dia aku ada gastrik dan dia memang tau sebab dia check record aku.
Akhir sekali aku tanya, "ada relate apa-apa dengan jantung ke doktor?"
Dia buat muka pelik.
"ishh awak ni...muda lagi la. And kanak-kanak riang ni belum lagi laa..."

Aku pulak buat muka pelik. Kanak-kanak riang ?..Uh uh...

"awak baring la atas katil kejap...relaxxx.... Apa awak buat 2-3 hari ni?"

Aku blurrr.

"ada gaduh dengan boyfriend?" Aku geleng kepala.
"ada marahkan boss?" Aku geleng lagi.
"orite..dah sudah" Aku menarik nafas panjang...lega.

"Apa u makan pagi-pagi?"

Aku cuba nak flashback semula menu kita orang setiap pagi.
"Hrmmm, mee goreng...bihun goreng...."

Doktor tu menjegilkan mata dia. "beratnya menu..pagi-pagi dah makan goreng-goreng?"
Dia diam. Aku tunggu  tak sabar nak dengar dia cakap apa lagi.

"apa kata u tukar cara makan u?" Aku tertanya-tanya.

"u makan la cereal untuk breakfast." Dalam hati, "errr...ok"

Selepas aku bagi tau ada history dalam family aku,

"U jaga makan u, exercisee..jangan ingat bila exercise u hav to go to gym...ramai orang salah paham yang itu. Bila berjalan -jalan tu pun dah exercise....@#$%!!"

So, aku buat kesimpulan kena buat aktiviti yang bergerak.

"Err, coffee ada kaitan dengan gastrik tak..?" tanyaku minta kepastian.

"Actually, belum proven pun coffee and tea ni penyebab gastrik." Jawabnya pantas.
Dia bercerita time belajar dulu pun banyak argue tentang issue ni. Tapi still tak proven pun lagi.

"tapi u yang kena decide. Kalau u rasa bila ambil those akan sebabkan u sakit, so avoid it la. Kalau tak mendatangkan apa-apa u boleh je proceed."

Aku hanya mengangguk tanda setuju.

"Ada apa lagi nak tanya ?" Dia bertanya aku lagi mungkin sebab tengok muka aku macam nak tanya lagi.

"Ok tak ada. Thank you Doctor." Aku balas dengan senyuman.

Apa kaitan dengan Hurry Worry Curry Isteri?
Aku dah tak ingat sebab doktor bercakap banyak sangattt la ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Me And Book

Rasa macam tak percaya pulak
Aku bukan peminat buku
Teman rapat yang kenal siapa Dyanz
Tak akan percaya
Cuba fikir bagaimana aku boleh terjebak ??
Semua bermula dengan BBWB
Impak yang sangat besar
Mungkin kerana aku minat menulis
Maka terpaksa juga membaca
Jikalau sebelum ini aku akan rasa menguap atau cepat bosan bila... Membaca
Sekarang, aku sanggup tak tidur bila sampai awal kejar paking free
Aku rela mengorbankan masa tidur demi nk habiskan buku yang baru beli
Malam pun tidur lambat jugak
Tak tau apa yang dah rasuk aku sampai boleh jadi macam ni
Masuk opis jadi macam 'hangover' pulak
Mungkin jugak benda ni boleh buat aku sibuk
Boleh buat aku lupakan sesuatu
Boleh buat aku jadi lebih menghargai kehidupan ini
Boleh buka minda aku
Untuk cuba apa yang diinginkan sebelum terlambat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suasana Malam di KK


Setelah penat seharian bekerja
Malam adalah sangat dinantikan
Suasana malam di KK adalah yang paling terbaik
Kerana ada pasar malam dan medan ikan bakar
Makanlah seberapa banyak yang diinginkan
Semua boeh didapati di sini
Nak makan ikan bakar? Sotong? Udang?
Nak kecik? besar? Lagi besar pun ada.

Nak makan chicken wings??
Di sini pun ada.
Kalau diikutkan di semenanjung pun ada tapi tak pernah nak belli.
Cuma bila di sini chicken wings nampak sedapp sangatt.
Di sini juga boleh lihat mat salleh 'ratah' ikan bakar dan udang galah besor 2 ekor setiap 1 untuk dia sorang je.

Kalau tak nak nasi putih dan ikan bakar
Boleh juga order masakan panas.
Nasi goreng, mee goreng, bihun goreng..etc
Jangan terkejut bila yang di order tu sampai nanti akan nampak macam 2-3 orang punya makan
Walaupun sebenarnya untuk 1 order sahaja

Kuantiti banyak
Rasa pun sedap jugak
Harga pun lebih murah









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kakak Awak Muda lah

Bila dengar statement ini
Apa perasaan anda?
Bila kakak yang dikatakan itu adalah diri anda sendiri

Terdapat pelbagai kemungkinan reaksi balas

1. Gelak bangga dalam hati sebab orang nampak diri ini muda lagi walaupun umur dah...Oppss (RAHSIA)

2. Bila nampak muda maknanya comel la kan....(jangan jeless!!!)

3. Tidak nampak janggal bila melakukan perkara yang memang dilakukan oleh budak bawah umur seperti usha budak lelaki cute lepastu bergosip pasal dia ...:p

4. Suka lari dari bos besar??? Hmmm lebih kurang macam budak sekolah lari bila jumpa guru besar la kan...ok

Yang lain tak ingat nak tulis apa...........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Big Bad Wolf Books

Orang mula tag pasal Big Bad Wolf Books at Facebook
Mulanya tak nak ambil tahu pun
Aku tak minat membaca la
Bila baca saja menguap
Tak pernah habiskan buku koleksi Penternak Berjaya yang berderet pun

Ada kawan dah pergi
Katanya dah berhabis RM 100 lebih
Novel serendah RM 8 boleh dapat di sana
Masih belum kuat lagi untuk aku pergi

Geng Sekutu telah plan nak pergi
Dengan tak semena aku turut di tag
Kami pergi hari Sabtu

Aku mula suka pulak
Macam-macam buku
Rambang mata jadinya pulak

Hasilnya --->



 the entrance

 Books
 More books





MINE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini melepak di 1Borneo

spare audit habis awal rupanya
Tak tau nak ke mana
Ingat boleh la pergi ke kaki gunung kinabalu
Tapi takut hari akan hujan
Meeting dalam 2 ke 3 kali
Pergi 1Borneo pun jadi lah
Ingat nak tengok wayang
Tapi lambat sangat pulak
Merayau lagi dalam 1Borneo
Balik pukul 7 jugak
Kalau tau tadi  tengok wayang pun x pa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekarang di Kota Kinabalu

kali ni di Sabah pula.
Hari ini masuk hari ke-2 di sini.
Dan seperti biasa aku seorang lagi.
Siang boleh makan ramai-ramai
Bila malam kena jalan sorang
Shoping pun sorang
Siang tadi makan tempat best
Rasa macam makan di semenanjung
Lauk ayam masak kicap
Ikan masak masam manis
Tempe goreng masak sambal

Petang tadi baru tau rupanya ada pasar malam
Kelakar la
Dah 3 kali sampai sini baru tau ada pasar malam
Lagi murah beli souivenier kat sini berbanding pasar filipin.

Tips kalau travel seorang diri :
Stay di hotel tengah town - senang nak cari tempat makan walau di waktu malam, kalau nk shoping waktu malam tak risau sebab ramai orang

malam ni makan di Secret Recipe (sorang2)

Tapi aku tak segan sangat sebab ramai lagi yang makan sorang-sorang kat sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meninjau Haneda Airport


Selamat sampai di Haneda Airport dalam pukol 11.45pm waktu tempatan
Proses untuk masuk tidak lah susah mana
Pegawai airport di sana kebanyakannya tahu berbahasa Inggeris
Walau tak banyak pun sikit jadi lah
Dari kapal terbang penumpang dibawa dengan bas ke terminal
Semasa proses Immigration clerance, setiap penumpang akan menunjukkan passport, letak 2 ibu jari tangan kat mesin pengesan, dan tengok ke kamera (betul2kan sikit muka tu) senyum.

Yani kata akan datang pukol 5 pagi.
Banyak masa lagi untuk merayau di airport ni
Kedai banyak tutup pulak
Nak sewa handphone pun tak sempat
Orang biasa sewa handphone di airport kerana harga murah

Aku sempat bertemu beberapa student dari Malaysia
Mengikut kata mereka, universiti mereka jauh dari Tokyo
Kena naik bas 12 jam baru sampai
Nak naik tren dan flight pun boleh tapi mahal
Bila ditanya, kebanyakan mereka bila masuk tahun ke2 atau ke3 baru sempat berjalan di Tokyo dan tempat lain
Macam seorang adik yang temankan aku, dia masuk thaun ke-3 baru merasa nak pergi Tokyo Disneyland



loker simpan barang selalu nak  spesifik duit syiling kan. Kalau tak ada duit syiling boleh tukar kat exchanger ni yang memang ada di sebelah loker

Sedang asyik bersembang, kami didatangi oleh 2 orang lelaki Jepun.
Mereka memperkenalkan diri sebagai Airport Inspector (siap tunjuk batch lg)
Mereka bertanya nama aku dan minta aku tunjuk passport
Mereka bertanya macam-macam pada aku
Oleh sebab tertawan dengan kekawaiian polis tu, lidahku kelu diam seribu bahasa
Hanya angguk dan geleng sahaja
Naseb baik adik ni pandai cakap nihongo
Memang prosedur biasa polis airport akan approach foreigner visitor untuk memastikan keselamatan pelancong

Selepas 2 jam merayau, baru sedar shawl tercicir.
Terus pergi tanya kaunter information dan aku bertuah sebab shawl tu dah dihantar ke bahagian lost & found
Mengikut kata pegawai di sana, staff restoran mee soba yang pulangkan.

Aku guna vending machine nak beli air. Boleh guna duit syiling, duit kertas dan kad.
Ada macam-macm air.  Di Jepun orangnya tak akan mati kehausan kerana setiap beberapa meter akan jumpa vending machine.




Aku masuk toilet dia pulak.
Memang canggih jugak. Ada macam-macam fungsi dan kegunaan.
Ada yang untuk ibu dan anak di mana kerusi anak kecil disediakan dalam toilet.
Ada tempat letak kaki di mana boleh tanggal kasut kalau nak salin baju.
Terdapat butang yang perlu ditekan mengikut kehendak.
Bila mula duduk atas mangkuk tandas, akan terus keluar bunyi air.
Bunyi ini bertujuan supaya bila kita melakukan aktiviti dalam toilet tu orang sebelah atau kat luar tak akan dengar.
Dan supaya tidak memalukan bila dengar bunyi macam-macam dalam toilet tu nanti.



toilet cangkung

banyak butang nak kena tekan ????



kerusi bayi dlm toilet

simbol pada pintu toilet


 hand dryer


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan ke Bumi Sakura

tengah boring dalam flight 7 jam

dah nampak Jepun tapi waktu malam la dah  flight AirAsia sampi malam



makanan jepun pertama yang dijamah di airport...mee soba (dengan bantuan student Malaysia)

Di observation deck di Haneda Airport

Pergi bercuti adalah suatu yang ditunggu-tunggu bagi semua orang
Setelah bertungkus-lumus dalam kerja
Sekurang-kurangnya kita memerlukan suatu masa untuk berehat
Dan melupakan seketika hal kerja di pejabat
Kerana kerja tak akan pernah siap
Kata orang perlu kerja sampai mati
Bila dah mati akan ada orang gantikan tempat kita

Sementara masih ada masa, tenaga, kesihatan dan paling penting duit yang cukup
Eloklah kiranya pergi bercuti sekejap
Lagipun aku masih belum ada komitmen untuk berkahwin ke or sambung belajar ke or beli rumah ke
Beli emas ada lah..kijang emas..hehe
Masih belum jumpa yang terbaik lagi rasanya

Takpa,
Aku nak memenuhi masa hidupku sementara masih sempat
Kita tak pernah tahu bila kita akan pergi
Dah banyak terjadi di sekelilingku dan paling dekat dalam keluargaku

Bermulalah perancangan perjalananku pada awal tahun 2011
Sekitar Mac 2011, Air Asia buat jualan murah
Biasalah rasa nak pergi tapi berbelah bagi
Tertunggu-tunggu harga tiket makin naik
Kalau dah makin tinggi nanti dah bukan low-fare jadinya
Dengan nekadnya akau pun beli dalam Rm 1300++
Lagipun kawan belajar aku ada di Tokyo tengah buat PHD
Itu yang lagi menguatkan keinginan nak pergi

Selepas itu,
Terlalu banyak dugaan dalam tempoh nak ke sana
Seminggu selepas aku berjaya beli tiket ke Tokyo
Tsunami pulak melanda Jepun
Berita radioaktive merebak ke seluruh Jepun
Gempa bumi kuat meruntuhkan jalan dan bangunan
Itu antara dugaan yang menyebabkan aku 50-50 nak pergi pulak
Kalau tak pergi burn pulak tiket
Dh email AirAsia tak boleh refund tapi boleh extend tarekh
Tapi kena bayar dalam RM200
Tensenn pulak jadinya

Dalam tempoh tu jugak lah bos aku lambat approved claim
Terpaksa berjimat nak makan (tak bole nak makan mahal2...hehe)
Nak berjalan-jalan lagi (outstation)

Sehinggakan dalam minggu sebleum aku nak pergi pun ada dugaan lagi
Taufan melanda Tokyo
Masa tu team Malaysia kalah lawan main bola dengan Team Jepun kat Osaka tak silap

Setelah menngharungi dugaan yang bermacam
Alhamdulillah
Aku berjaya menjejak kaki ke bumi sakura ini,

JAPAN


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Beginning...rinduuunya

.
my favorite latte sebelum flight

Aku dah balik
Selepas 8 hari berkelana di negara orang
Akhirnya sampai jugak
Memang betul kata orang
Tempat sendiri yang paling best
Di tempat orang kita hanya menumpang
Tempat sendiri kita adalah pemilik mutlak

Sekali-sekala kena keluar jugak
Cari mood baru
Dan juga reward diri sendiri

Apa yang pasti,
Aku nak pergi lagi..hehe.

makan breakfast takut tak cukup makan...turn out to be makan berlebihan jadinya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS