SOPA & PIPA | Internet di Malaysia

Saya menterjemah semula ke Bahasa Melayu dari blog BEN JERH LORH.

 sumber: benjern.com
sumber: benjern.com

Apa sebenarnya mereka ini ?
SOPA - Stop Online Piracy Act
PIPA - Protect IP Act


Dua undang-undangini dicadangkan oleh kerajaan Amerika. Ia bertujuan membendung kandungan perisian cetak rompak yang mana ada kaitan dengan akta Hak Cipta.


Mula-mula dengar nampak macam ok. Bagaimana undang-undang yang melindungi hasil kerja keras orang lain akan mendatangkan masalah ?

Ia adalah undang-undang Amerika. Jika ianya terlaksana, Malaysia selamat kan ?
Salah. Cuba fikir semula laman web yang kita lawati setiap hari? Berapa banyak yang berpangkalan di Amerika ? Jika memiliki laman web sendiri, di mana 'host' nya ? Jika mempunyai blog Blogger, Wordpress, LiveJournal dan sebagainya - di mana 'host' nya ? Akaun Facebook, Twitter di mana pangkalan datanya ? 1 jawapan : Amerika.


Tidak semua tapi kebanyakan kita akan terkena kesannya. 


Perkara menakutkan jika SOPA & PIPA menjadi kenyataan


1. Semua syarikat dikehendaki mengawasi segala yang diletakkan di laman web
Bayangkan FB/Twitter, akan pastikan setiap yang kita taip, setiap gambar dan video yang kita muat turun, semuanya mesti asli, bukan cetak hasil orang lain. Kalau tidak, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang. Segala update kita di FB akan lambat. Berkemungkinan gambar yang kita upload di FB  hanya boleh ditatap 24 jam selepas itu - TERUKnya!!


2. Seperti Anti-Virus, undang-undang baru ini ialah ANTI-ANTISOPA/ANTI-ANTIPIPA
Seperti anti-virus, jika laman web disabitkan di bawah akta SOPA & PIPA, laman web tersebut akan ditutup.


3. Boleh hilang kehidupan berinternet pada masa hadapan
Internet Provider di Malaysia boleh terus 'block' atau 'shut' sesuatu laman web tanpa perlu turun naik mahkamah - jika didapati berkenaan.


4. Tiada belas kasihan
Jika kamu secara tak sengaja ter'upload' gambar hak orang lain ke blog, daripada mengarah mengalihkan gambar tersebut, syarikat yang mempunyai hak cipta gambar tersebut boleh terus meminta Internet provider menutup terus blog tersebut dengan 1 perintah mahkamah sahaja.


5. Kuasa yang terlampau
Tidak cukup dengan menutup laman web/blog sahaja, akta ini turut membolehkan syarikat terlibat memerintah ejen carian seperti Google, Bing! , Yahoo etc melenyapkan terus kewujudan blog atau lebih terperinci lagi kewujudan kita di alam maya. 


Apa yang kita boleh lakukan?
Menyokong segala insiatif anti-SOPA/anti-PIPA. Ceritakan kepada rakan taulan mengenai kesan SOPA/PIPA terhadap kehidupan internet di Malaysia. Timbulkan kesedaran di kalangan masyarakat pengguna internet di Malaysia. Berdoalah ! Berdoa agar SOPA/PIPA tidak terlaksana.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Unknown said...

Harta bos megaupload dah kene tarik, semua host untuk upload video lepas ni dah kene siasat...susahlah nk download cter lepas ni..aigooo....

DyaNz said...

torrent bole guna lagi kan ?

Unknown said...

boleh lagi la so far...thankfully..

Post a Comment

Comment plz