Tulang rusuk Adam

Ketika melayari FB saya ternampak status seorang kenalan berpangkat Kakak hari ini.
Ketika dibaca statusnya itu, indah sekali maksudnya.
Sentiasa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan insan istimewa tapi bersyarat.
Syarat dikenakan bagi memastikan maruah seorang Muslimah dijaga rapi dan diangkat tinggi dalam Islam.
Syarat juga dikenakan sebagai kunci seorang Muslimah ke Syurga kelak.
InsyaAllah.

'Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz