Lat Kampung Boy sebuah Muzikal

Bila Kampung Boy ke  muzikal





Sudah basi dah cerita pasal Lat Kampung Boy sebuah muzikal ni.
Nak komen pasal teater Lat Kampung Boy ni seronok ke ? Boring ke? aku dah malas.
Siapa yang dah tengok  Lat Kampung Boy,  sendiri komen la.

Teringat Zaman Kecik-kecik

Dulu duduk kampung je (aku budak kampung).
Ingat lagi mak bawak pergi ke Teluk Intan beli buku cerita Lat Kampung Boy.
Kat mana la buku tu sekarang ni? Entah-entah mak dah jual.
Buku bersepah tak terjaga kat rumah banyak sangat.
Yang paling aku ingat kartun hitam putih Lat Kampung Boy ni, waktu dia nak masuk asrama.
Ayah Lat bawak tilam kekabu (zaman dulu tilam kekabu buat sendiri) naik atas bas.
Hiba pulak tetiba.
Zaman dulu mana ada transport. 
Mak bapak bersusah payah hantar anak pergi belajar.




Sebab paling kuat kenapa aku tengok Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ni, kerana ceritanya terasa dekat.
Boleh kenang balik zaman dulu-dulu.
Zaman yang tak akan berulang kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

kacangkelisa said...

aah kampung boy memang bez =D

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

Cerita biase-biase tapi mampu meruntun kalbu kan? Teman nengok arituhpon hampir baghayor mate esp part lat peluk bapak die tuh....

Salam perkenalan.. dari peminat Lat juge..
Kembalikan memori Lat Muzikal mike:
http://kutubkhanahku.blogspot.com/2011/07/koleksi-lat-muzikal.html

Post a Comment

Comment plz