Emi masuk sekolah baru

Emi masuk sekolah baru. Seronok betul dia. Dari dulu lagi memang nak masuk asrama katanya. Masa 1st application tak dapat sebab keputusan pmr tak ok. Rupanya dia buat rayuan sendiri tanpa pengetahuan mak pun. Dah dapat kena pergi ni. Barang-barang banyak nak kena beli. Mak nak kena tulis nama pada semua barang macam biasa dia buat pada anak-anaknya yang lain...hoho. Nak elak hilang barang katanya walaupun memang barang tu akan hilang jugak akhirnya ;).

Perjalanan ke pengkalan hulu agak jauh jugak tapi tegak je jalan dia. Tak banyak pusing sangat. Maka tak akan senang nak sesat. Tempat pertama dituju sempadan Thailand. Opah nak beli buah, mak nak beli apa tak pasti lagi. Sangat dekar pengkalan hulu ni dengan sempadan Thailand maka orang Thailand ni boleh senang masuk ke sini sebab nampak motor dari sana banyak di kedai kawasan ni. Pemeriksaan imigration di sini pun senang. Dah selesai beli buah, kemeja Emi, tengok pinggan di The Zone, nak cari hotel pulak.

Hotel pertama booking di lokasi atas kedai. Perlu naik tangga, tak ada lif. Kami bawa ornag tua so terpaksa cari tempat lain yang tak banyak tangga. Jumpa Rumah rehat lokasi tengah pekan juga. Besar dan selesa juga.

Malam tu Emi tidur awal. Pagi tu kami breakfast dulu sebelum pergi ke MRSM pengkalan hulu. Ada makcik di kedai makan kata pada Emi, "segaknya dia...". -_-

Suasana biasa pendaftaran kemasukan pelajar baru. Nak isi borang, nak bayar, nak dengar ucapan aluan, nak masuk asrama, nak kemas katil, nak keluarkan baju simpan dalam loker. Perghh lama nak tunggu. Sempat pusing sekolah tolak kerusi roda opah bila dah panas sangat pusing naik kereta pulak ;).

Selesai semua jum balik. Tinggal la Emi kat situ. Lagi 2 minggu cuti sekolah boleh balik sendiri naik bas.

P/s: excited nak balik, semua barang dia angkut balik rumah dengan shampoo, sabun mandi pun dia angkut sekali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Kak Lin said...

Tahniah! Semoga dia berjaya. Tengok atap merah tu, teringat MRSM jaman hakak belajar dulu.. MRSM Kuantan.
p/s..adeh gambar buah ciku tu..

DyaNz said...

Owhh kak Lin s2dy kat mrsm ye? Cuma mrsm adek saya ni jauh betul sampai ke sempadan..

DyaNz said...

Owhh kak Lin s2dy kat mrsm ye? Cuma mrsm adek saya ni jauh betul sampai ke sempadan..

Post a Comment

Comment plz