Hari ini melepak di 1Borneo

spare audit habis awal rupanya
Tak tau nak ke mana
Ingat boleh la pergi ke kaki gunung kinabalu
Tapi takut hari akan hujan
Meeting dalam 2 ke 3 kali
Pergi 1Borneo pun jadi lah
Ingat nak tengok wayang
Tapi lambat sangat pulak
Merayau lagi dalam 1Borneo
Balik pukul 7 jugak
Kalau tau tadi  tengok wayang pun x pa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekarang di Kota Kinabalu

kali ni di Sabah pula.
Hari ini masuk hari ke-2 di sini.
Dan seperti biasa aku seorang lagi.
Siang boleh makan ramai-ramai
Bila malam kena jalan sorang
Shoping pun sorang
Siang tadi makan tempat best
Rasa macam makan di semenanjung
Lauk ayam masak kicap
Ikan masak masam manis
Tempe goreng masak sambal

Petang tadi baru tau rupanya ada pasar malam
Kelakar la
Dah 3 kali sampai sini baru tau ada pasar malam
Lagi murah beli souivenier kat sini berbanding pasar filipin.

Tips kalau travel seorang diri :
Stay di hotel tengah town - senang nak cari tempat makan walau di waktu malam, kalau nk shoping waktu malam tak risau sebab ramai orang

malam ni makan di Secret Recipe (sorang2)

Tapi aku tak segan sangat sebab ramai lagi yang makan sorang-sorang kat sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meninjau Haneda Airport


Selamat sampai di Haneda Airport dalam pukol 11.45pm waktu tempatan
Proses untuk masuk tidak lah susah mana
Pegawai airport di sana kebanyakannya tahu berbahasa Inggeris
Walau tak banyak pun sikit jadi lah
Dari kapal terbang penumpang dibawa dengan bas ke terminal
Semasa proses Immigration clerance, setiap penumpang akan menunjukkan passport, letak 2 ibu jari tangan kat mesin pengesan, dan tengok ke kamera (betul2kan sikit muka tu) senyum.

Yani kata akan datang pukol 5 pagi.
Banyak masa lagi untuk merayau di airport ni
Kedai banyak tutup pulak
Nak sewa handphone pun tak sempat
Orang biasa sewa handphone di airport kerana harga murah

Aku sempat bertemu beberapa student dari Malaysia
Mengikut kata mereka, universiti mereka jauh dari Tokyo
Kena naik bas 12 jam baru sampai
Nak naik tren dan flight pun boleh tapi mahal
Bila ditanya, kebanyakan mereka bila masuk tahun ke2 atau ke3 baru sempat berjalan di Tokyo dan tempat lain
Macam seorang adik yang temankan aku, dia masuk thaun ke-3 baru merasa nak pergi Tokyo Disneyland



loker simpan barang selalu nak  spesifik duit syiling kan. Kalau tak ada duit syiling boleh tukar kat exchanger ni yang memang ada di sebelah loker

Sedang asyik bersembang, kami didatangi oleh 2 orang lelaki Jepun.
Mereka memperkenalkan diri sebagai Airport Inspector (siap tunjuk batch lg)
Mereka bertanya nama aku dan minta aku tunjuk passport
Mereka bertanya macam-macam pada aku
Oleh sebab tertawan dengan kekawaiian polis tu, lidahku kelu diam seribu bahasa
Hanya angguk dan geleng sahaja
Naseb baik adik ni pandai cakap nihongo
Memang prosedur biasa polis airport akan approach foreigner visitor untuk memastikan keselamatan pelancong

Selepas 2 jam merayau, baru sedar shawl tercicir.
Terus pergi tanya kaunter information dan aku bertuah sebab shawl tu dah dihantar ke bahagian lost & found
Mengikut kata pegawai di sana, staff restoran mee soba yang pulangkan.

Aku guna vending machine nak beli air. Boleh guna duit syiling, duit kertas dan kad.
Ada macam-macm air.  Di Jepun orangnya tak akan mati kehausan kerana setiap beberapa meter akan jumpa vending machine.




Aku masuk toilet dia pulak.
Memang canggih jugak. Ada macam-macam fungsi dan kegunaan.
Ada yang untuk ibu dan anak di mana kerusi anak kecil disediakan dalam toilet.
Ada tempat letak kaki di mana boleh tanggal kasut kalau nak salin baju.
Terdapat butang yang perlu ditekan mengikut kehendak.
Bila mula duduk atas mangkuk tandas, akan terus keluar bunyi air.
Bunyi ini bertujuan supaya bila kita melakukan aktiviti dalam toilet tu orang sebelah atau kat luar tak akan dengar.
Dan supaya tidak memalukan bila dengar bunyi macam-macam dalam toilet tu nanti.



toilet cangkung

banyak butang nak kena tekan ????



kerusi bayi dlm toilet

simbol pada pintu toilet


 hand dryer


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan ke Bumi Sakura

tengah boring dalam flight 7 jam

dah nampak Jepun tapi waktu malam la dah  flight AirAsia sampi malam



makanan jepun pertama yang dijamah di airport...mee soba (dengan bantuan student Malaysia)

Di observation deck di Haneda Airport

Pergi bercuti adalah suatu yang ditunggu-tunggu bagi semua orang
Setelah bertungkus-lumus dalam kerja
Sekurang-kurangnya kita memerlukan suatu masa untuk berehat
Dan melupakan seketika hal kerja di pejabat
Kerana kerja tak akan pernah siap
Kata orang perlu kerja sampai mati
Bila dah mati akan ada orang gantikan tempat kita

Sementara masih ada masa, tenaga, kesihatan dan paling penting duit yang cukup
Eloklah kiranya pergi bercuti sekejap
Lagipun aku masih belum ada komitmen untuk berkahwin ke or sambung belajar ke or beli rumah ke
Beli emas ada lah..kijang emas..hehe
Masih belum jumpa yang terbaik lagi rasanya

Takpa,
Aku nak memenuhi masa hidupku sementara masih sempat
Kita tak pernah tahu bila kita akan pergi
Dah banyak terjadi di sekelilingku dan paling dekat dalam keluargaku

Bermulalah perancangan perjalananku pada awal tahun 2011
Sekitar Mac 2011, Air Asia buat jualan murah
Biasalah rasa nak pergi tapi berbelah bagi
Tertunggu-tunggu harga tiket makin naik
Kalau dah makin tinggi nanti dah bukan low-fare jadinya
Dengan nekadnya akau pun beli dalam Rm 1300++
Lagipun kawan belajar aku ada di Tokyo tengah buat PHD
Itu yang lagi menguatkan keinginan nak pergi

Selepas itu,
Terlalu banyak dugaan dalam tempoh nak ke sana
Seminggu selepas aku berjaya beli tiket ke Tokyo
Tsunami pulak melanda Jepun
Berita radioaktive merebak ke seluruh Jepun
Gempa bumi kuat meruntuhkan jalan dan bangunan
Itu antara dugaan yang menyebabkan aku 50-50 nak pergi pulak
Kalau tak pergi burn pulak tiket
Dh email AirAsia tak boleh refund tapi boleh extend tarekh
Tapi kena bayar dalam RM200
Tensenn pulak jadinya

Dalam tempoh tu jugak lah bos aku lambat approved claim
Terpaksa berjimat nak makan (tak bole nak makan mahal2...hehe)
Nak berjalan-jalan lagi (outstation)

Sehinggakan dalam minggu sebleum aku nak pergi pun ada dugaan lagi
Taufan melanda Tokyo
Masa tu team Malaysia kalah lawan main bola dengan Team Jepun kat Osaka tak silap

Setelah menngharungi dugaan yang bermacam
Alhamdulillah
Aku berjaya menjejak kaki ke bumi sakura ini,

JAPAN


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Beginning...rinduuunya

.
my favorite latte sebelum flight

Aku dah balik
Selepas 8 hari berkelana di negara orang
Akhirnya sampai jugak
Memang betul kata orang
Tempat sendiri yang paling best
Di tempat orang kita hanya menumpang
Tempat sendiri kita adalah pemilik mutlak

Sekali-sekala kena keluar jugak
Cari mood baru
Dan juga reward diri sendiri

Apa yang pasti,
Aku nak pergi lagi..hehe.

makan breakfast takut tak cukup makan...turn out to be makan berlebihan jadinya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS