What was your first Cassette Tape ?
We are no longer use cassette tape anymore.
I guess my brothers and sisters dont get a chance to play around with the cassette tape.
I still remember back then when I was supposed to sit for exam to get into private boarding school
That was when I got a chance to get my dream cassette tape of my favorite band
While answered the exam, the face of my 'boyfrens' keep coming into my head
In the end I didnt pass the exam...
The first cassette tape ever in my life which I bought with my own pocket money
What was your first Cassette Tape ?
Transit yang tak disangka-sangka
Kata orang banyak berjalan luas pengetahuan
Tapi kalau dah selalu sangat merayap tu
Tak berapa nak banyak pun yang dapat
Aku gagahkan jugak diri ini berjalan di bulan puasa
Ke mana tapi..
Ke Sarawak
Kerjanya tak banyak mana
Kali ini ku bawa bersama pembantu baru
Boleh jadi bodyguard la jugak
Sambil tu boleh tolong angkat kek lapis
1st Day
Sampai di Kuching dalam 12 tengah hari
Bargegas ke bandar Kuching
Check in Tune hotel letak barang
Naik sampan ke seberang nak pergi Dayang Salhah
Sebelum tu ada jumpa Mira Cake House jugak
Kek dia jenis basah so kena makan cepat
Tapi aku nak simpan lama
Borong 2 kotak jugak akhirnya
Nasib sampan tak tenggelam
Bila dah petang cari tempat berbuka
Jumpa McD pun jadi la
Waktu berbuka di Kuching 6.50pm ketika itu
Selepas itu, jalan-jalan ke Topspot
Banyak seafood dan banyak jugak arak..ahaks
Kena pandai pilih kedai
2nd Day
Naik flight ke Miri
Baru tahu kena naik MasWing dan transit ke Mulu
What!!!! Mulu....macam pernah dengar je
Dalam flight setiap row ada 2 seat
Agak sempit tapi ok saja
Flight attendant ada 2 orang saja
Oleh kerana aku sahaja perempuan Muslim
FA bagi makanan ringan bawak balik
Di Mulu, berhenti selama 20 minit
Semua hutan dan gunung keliling
Foreigner yang datang sini semua datang untuk ke Taman Negara Mulu
Kawasannya tenang dan nyaman
Secara tiba-tiba aku rasa excited
Dalam hati, " next time i'm coming here..i will "
Di Miri, sempat berjalan di bandarnya
Tak kecil sangat dan tak besar sangat
Nak cari tempat jual kraftangan
Orang di situ tunjuk kan aku Pusat Kraftangan Miri
Tapi barang di situ agak mahal
Hanya pusing-pusing saja di situ
Naik flight ke KL tapi transit dulu ke Kuching
Arghh!!!! transit lagi
Seharian tak makan cuma dapat kacang masin sahaja
Berhenti semasa Immigration clearance
Terjumpa ex-schoolmate yang dah 7 tahun tak jumpa
Walau tak sempat berbual panjang
Dalam hati rasa puas dan syukur
Berkat bulan Ramadahn mulia ini
Silaturrahim yang terputus dapat disambung kembali
Ada rahmat di sebalik transit beberapa kali
Kisah Norma
Di suatu pagi aku tengok MHI di TV3
Dan nampak seorang wanita sedang ditemubual Abby Fana
Mulanya tak mahu ambil kisah pun
Tapi setelah mendengar apa yang hendak diceritakan beliau
Aku perlu membaca kisahnya
Dikongsi sedikit kisahnya di sini
Wanita ini dipanggil Moon
Seorang isteri dan ibu
Seorang penulis blog bertajuk Moon punyer blog.
Beliau bercerita bukan sahaja tentang kisah hidupnya
Malah kisah insan lain yang sedang bertarung nyawa
Masih tabah melawan dugaan yang diberi Allah kepadanya
Ini lah kisah Norma
Boleh baca di Moon punyer blog
Hormati solat tarawikh - kawal anak kecil anda
maka ramai yang pergi ke masjid atau surau untuk solat tarawikh
Dan bagi sesiap yang mempunyai anak kecil
Terpaksa lah diangkut sekali
Ada yang angkut sampai 5 orang
Kalau ditinggalkan di rumah tiada siapa nak tengok kan
Tapi mak dan ayah nak juga pergi solat tarawikh berjemaah
bila dah sampai di masjid anak dibiar di belakang
Sewaktu Imam sedang mengepalai jemaah
Akan dengar lah suara budak menangis, menjerit, berlari, bergaduh
Lagi hebat bila berjumpa geng
boleh buat team main perang-perang
Rasanya imam nak baca surah pun tak senang hati
Tu pasal asyik tersangkut je bacaan dia
solat jemaah yang lain pun tak khusyuk jadinya
Kalau rasa anak kecil tak boleh duduk diam
Tak payah lah solat di luar
Solat berjemaah di rumah suami isteri pun dah cukup bagus
Dapat control anak
Orang lain pun tak menyampah
ps: hormati lah orang lain
Tolong!!! Awek Aku Pontianak
Sweettt sangattt...
Simple but yet romantic
Dialog dia tak banyak
Ekspresi muka saje dah boleh menceritakan semuanya
Ketawa sepanjang cerita
Ditambah dengan gerak badan
Melengkapkan jalan cerita
Bagaimana seorang yang lurus (bukan bermakna dia bodoh )
Baik hati dan ikhlas
Jatuh hati dengan orang yang menarik
Pendiam dan penuh misteri
Tertarik dengan dialog akhir,
"Saya tetap cintakan awak walau apa pun.."
















