Hantu Mak Limah Balik Rumah


Sakit perut --> nak tahan ketawa tapi akhirnya kena gelak jugak tak berhenti


Lawak --> Loghat Perak yang selamba. Belum start cakap pun dah gelak dulu.

Sakit tekak ketawa mengekek --> sampai terbatuk-batuk sebab mesti kena ketawa habis-habisan

Sindir menyindir --> maksud tersirat kepada Orang Melayu untuk dipikirkan.

Seram sikit-sikit --> bunyi dan hantu yang pelik-pelik keluar

@_^ Yang ke-3 --> Zombi Kilang Biskut ???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Final Piala Suzuki AFF 2010 vs Rock the World 10



Rupanya 2 event ni bertembung dalam tarekh yang sama. Hari ahad 26 Disember 2010. Sejak tahun 1996 piala ni pertama kali dinamakan Piala Tiger dan Malaysia mara ke final waktu itu tapi kalah dengan Thailand. Kali ini baru lah Malaysia dapat masuk final balik. Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harga Tiket Perlawanan Final Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia lawan Indonesia

1. RM50 —> Berbumbung

2. RM30 —> Terbuka

3. RM5 —> Kanak-kanak bawah 12 tahun


Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/12/harga-tiket-perlawanan-akhir-piala-suzuki-aff-2010-tiket-dijual-khamis.html#ixzz193CYzvA2

RTW10 dah sampai kali ke-10. Merupakan medium untuk band-band underground menunjukkan bakat serta skill mereka di atas pentas (seriuss memang ada yang sangat bagus tapi ada jugak yang mengarut). Tahun lepas sampai 3 pentas dibuka ( 1 besar 2 kecik) tapi tahun 2010 2 pentas sahaja. Tahun ni sponsor TuneTalk.
Harga tiket RM30 (tahun lepas RM25..huhu). Start dari pagi sampai malam (kalo hujan lebat lagi..habis laa).
Venue --> Carpark A (stadium bukit jalil).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Red Bean Freeze


Atas permintaan cik Sally, bila dia suruh letak gambar Red bean freeze masa minum kat OTWC. Selalu je tak sempat ambil gambar sebab bila dah habis baru teringat ..eheh. Boleh tahan sebab tak boleh masuk dengan coffee dia yang lain so red bean boleh jadi option alternatif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lori atau Pemandu yang bangang!!!


Agak kasar rasanya tajuk di atas tu tapi bila asyik selalu dibuli je lama-lama pun tak boleh tahan. Bila atas highway dah elok-elok drive dengan tenang tak pasal-pasal ada orang blink-blink lampu dari belakang. Bila tengok kat cermin, tu dia..bukan main besar makhluk kat belakang. Dia ni marah aku bawak slow sangat ker? Masalahnya aku kat lorong paling KIRI ok nak laju buat apa. Lorong tengah dan kanan kan ada. Apa la bangang (aku tak tau siapa yang bangang).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papan Tikus DyaNz

tadaaa.....!!! comeyyy tak..

Dulu-dulu tiap kali nak guna mouse main golek atas meja aje. Tak ada mouse pad pon. Selalu pinjam abg J punya (kalau dia ada kena pulang balik kat dia..huhu :( . Akhirnya, DyaNz tekad nak beli 1 mouse pad supaya senang nak buat kerja. Kalau tak ada mouse pad ni kadang-kadang pointer mouse ni lari. Nanti DyaNz pun pening @_#. Pegi ke Mines minggu lepas, ada la usha kedai komputer kat situ. Banyak pilihan tapi harga pun boleh tahan jugak.

Ada macam-macam saiz sebenarnya. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang petak, ada yang bulat, ada yang macam-macam bentuk pun. Lagi satu yang penting kena tengok jenis 'material' dia. Masa usha tu boleh try pegang dan rasa sendiri. Boleh beza kalau material dari jenis elok atau tak. yang elok tu harga dia pun boleh agak sendiri la kan ..wink..wink. DyaNz akhirnya jumpa yang berkenan, tak mahal sangat tak murah sangat. Yang penting selesa bila guna. Kita akan guna untuk jangka masa panjang (pikir yang tu masa nak beli k).

canggih..
simple..
stylo..

erkk...??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tasik Cempaka Bangi

Utara...Selatan
refleksi kaki yang dah penat berlari tu


phewwitt...jalan sorang je kak?

Dah sebulan lebih tak work out since outstation dulu. Dah mula rasa badan tak fit, cepat penat rasa nak demam pun ada (tak terkecuali lemak makin berkumpul). DyaNz perlu sentiasa sihat dan fit kerana working environment yang sangat-sangat tight sekarang (dah hujung tahun biasa la..). Hari ini ajak PB ke Tasik Cempaka untuk mulakan cara hidup sihat..hehe. Nak bangun pagi ni (alahaii malasnyerr..) 2 ke 3 kali jugak bangun baring bangun baring balik. Sebagai beginner kami mulakan hari ini dengan aktiviti berjalan kaki sahaja @_^. Lepas ni boleh up sikit ke jog dan lepas tu boleh marathon kot..eheh.

ada senaman tai chi..(x rei eja)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Lelaki Berpegangan Tangan


Pernah tak bila korang berjalan-jalan di pasar malam atau di supermarket ka taman rekreasi ka dan korang nampak 2 orang mamat ni berpegangan tangan dengan erat macam tak nak lepas dah. Kita biasa nampak lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan dan ini macam diterima (hmmm). Kita juga biasa nampak perempuan dan perempuan yang pegang tangan dan ini pun diterima juga. Tapi bila lelaki dan lelaki yang pegang tangan..mula la orang keliling pikir lain. Iyer..memang nampak lain. Sebenarnya tak salah pun..mungkin mereka itu adik-beradik atau saudara..(tak baik bersangka buruk ek). Kadang-kadang bila perempuan dengan perempuan pegang tangan lebih-lebih pun orang akan tengok dan pikir lain dah. Sama jugak bila lelaki dan perempuan yang tak ada hubungan apa-apa pun pegang tangan. Tak apa lah selagi mereka ini tak kacau sesiapa biar aje lah...
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muzium TUDM, Sg Besi




our pilot to be..

DyaNz bukan seorang ibu mahu pun isteri (belum lagi ok). Tapi, bila mula cuti sekolah kena pikir macam mak orang pulak. Contoh macam tempat apa yang seronok musim cuti sekolah, apa lagi tempat belum pergi, hotel mana masih available lagi..etc. Bila dah besar ni macam malas sebenarnya nak lawat tempat yang berunsur ilmiah ni tapi mengenangkan pujukan dan ajakan manja soldier di rumah diikutkan jugak la. So, kali ni pergi ke Muzium TUDM sungai Besi. Sebenarnya tak pernah sampai pun lagi, selalu nampak dari tepi jalan aje bila on the way nak ke tol jalan Duta lepas exit tol Sg Besi.

berangan dahulu..

Masa nak masuk pun macam blur, bila tanya guard kat situ siap kena gelak kot. Kena la tanya takut termasuk kem yang entah apa nanti askar-askar tu nanti jugak yang terkejut. Banyak kapal terbang dan helikopter lama ada kat sini. Boleh tahan la jugak nak bawak budak-budak cuti sekolah ni. Tak langsung boleh beri inspirasi nak capai impian bukan la senang macam kapal terbang tinggi di udara. Tapi dengan usaha dan semangat kental, mesti boleh...


perkarangan luar


@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kakak Tak Nak..


1 malam, seorang ibu telefon anak perempuannya. Si ibu merungut kerana anaknya tak pernah call rumah (walaupun baru seminggu terlupa call). Si ibu cakap,
"lepas ni mak tak nak call la sebab kakak tak nak call mak.."
Si anak memberi alasan dia terlalu sibuk. Anak-beranak bersembang di telefon kira-kira 10 minit jugak (ketika itu si anak masih ligat menyiapkan kerjanya). Sampai kepada cerita pak cik dan mak cik singgah ke rumah.
"pak cik kamu dah dapat 3 serangkai..." si anak terdiam seketika dan terus teringat kisah ayahnya dulu.
"Kalau macam ni, kakak tak nak kawen la..nanti mesti turun jugak pada kakak..kakak kesiankan suami dan anak-anak kakak nanti kalau kakak mati .."
entah macam mana ayat itu terpacul keluar dari mulut si anak. Rasa menyesal jugak la si anak selepas itu.

Sebelum letak telefon, si ibu cakap padanya,
"rezeki,jodoh,maut di tangan Tuhan..manusia takkan pernah tahu percaturan Tuhan"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harga Tiket RTW10 naik RM5


Kalau RTW9 dulu RM25 (sebab beli kat kaunter tapi dapat tau ada orang beli dengan ulat dapat harga lagi murah..cesss) tahun ni dah jadi RM30. Naik RM5 tu!! Agak mahal la jugak. Time RTW9 dulu memang hujan sepanjang hari dengan kilat la dengan taufan la dengan khemah berjalan la (mood down setiap kali hujan lebat kena lari berteduh bawah khemah). Bila tengok cuaca yang tak menentu je kat Malaysia sekarang ni agak reluctant untuk join this time huhu. Mungkin aku tak ada semangat rock yang kental untuk bertahan macam orang lain. Tengok kat website RTW10 boleh tau band yang akan join. Ada 19 aje ke ? (mungkin untuk elak show habis lambat dan electric kena cut kot) .
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dua Kepala


Tak semua orang sama pendapat. Walau sekamcing mana pun adik-beradik tu, secocok mana pun pasangan tu mesti akan ada selisih pendapat. Dari sebesar-besar benda sampai sekecil-kecil isu pun boleh jadi gaduh.

Hari ini DyaNz dan Penternak Berjaya pergi survey perabot (rumah dah masuk berminggu tapi masih kosong). Kami pergi 5 buah kedai (nasib baik kedai tu sebelah je tak payah jalan jauh). Masuk kedai 1st, dua-dua ok aje. Masuk kedai 2nd, dah mula berlainan pendapat. Masuk kedai 3rd dan seterusnya dah memang bertikam lidah hampir nak bergaduh kat kedai tu (malu je orang kedai tu tengok eheh).

Puncanya, DyaNz nak kabinet tv putih, Penternak nak warna hitam. DyaNz nak meja makan kaca, Penternak nak fully kayu. DyaNz nak meja makan 6 kerusi, Penternak nak 4 kerusi. DyaNz nak sofa L-shaped yang dah siap sambung, Penternak nak yang tak sambung.

Akhirnya tak beli pun. Masing-masing pening dah. Berkhir la pencarian untuk hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepala ikan Patin masak Tempoyak & Satay Zul


Baru sampaii dari Kuantan malam tadi. Orang lain drive 2 jam KL-Kuantan DyaNz ambil sampai 3 jam lebih. Kerja di Kuantan selesai lewat petang (kesian emi & intan tak makan dari tengah hari) tapi perlu balik juga ke KL. Bila drive malam mata ni mula nak terlelap (sangat takut) bawak pun slow aje.


So far, kerja selalu habis petang atau malam, jalan-jalan pun waktu malam aje la. Sempat juga singgah Teluk Cempedak. Malam tu bulan penuh, cantik sangat bila tengok cahaya kat laut. Angin pun kuat (sejuk jugak) dan orang pun ramai sangat.


Tengah hari pusing-pusing belakang hotel Mega View jumpa kedai makan yang ada ikan paten masak tempoyak(tak puas sebab terambil kepala isi siket). Bila malam rupanya ramai betul orang memancing tepi sungai dan makin bertambah ramai bila lepas hujan. Dengar dalam radio, bila hujan ikan pun lapar (betui ker?).



Akhirnya sempat juga ke Satay Zul (orang kata best sangat dalam intenet). Memang satay dia lembut pun. Dan terdengar quote ni dari seorang 'makcik' yang nak lalu belakang kerusi sempit. So dia nak cari tempat lain tapi sempat cakap (dalam bahasa orng puteh seolah kitaorang yang disitu bodoh sangat)

they didn't even bother to move a bit!!
(nada keras dan menyindir)

yang makcik ni tak mintak pun tak cakap pun apa hal?? mana orang lain nak tahu. Come on la makcik. Please improve your communication skill tu dulu. Jangan ingat semua orang paham body language U tu.

If u ask nicely they would even bother to stand in order for you to get through.


@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari Arah


Berkisar kisah kena kerja malam Raya haji..berakhir pukul 12 malam. Dari Tasek ke rumah ikut jalan Seri Iskandar ambil masa 1 jam setengah (sebab penunjuk arah suruh guna jalan ni). Sampai ke rumah dalam pukul 2 pagi. Ada orang cakap padaku takkan orang Perak berjalan dalam negeri sendiri guna gps. Hahaha!! tak familiar dengan keadaan tempat sendiri agaknya memang blur sungguh la jalan Ipoh ni. Pergi ikut simpang pulai balik ikut sri iskandar...apa kess!! Aku tiada masa nak mencuba jalan baik terus cari penunjuk jalan aka PapaGo at least kalau tersasar boleh re-route balik..eheh. Cuma dalam bandar yang banyak simpang, aku selalu tersasar sebab salah masuk simpang. Kadang-kadang di celah bangunan tinggi signal dia hilang mula lah gelabah lepas tu. Tak pa ada masa lagi nak kenal sampai Isnin ni.

Hari ini kerja siap awal rasa malas nak balik awal. Pergi ke JJ nak tengok wayang kononnya (ada TGV je). Bila sampai pukul 2.10 pm tengok senarai cerita ada 5 je kot dan semua FULL kecuali 2 Alam (tak tau ceritanya macam mana). Hilang mood. Malam tadi online dengan kenalan dari India. Dia cakap,

Where were you been all this while?
Aku cakap, last week i was at Penang, dis week i hav work at Ipoh and nxt week i supposed to be at Kuantan.

Dia cakap,
Wow..u travelling a lot huh..and it's good to hear you celebrate raya haji at your hometown

Aku balas balik,
Yeahh..i chosed to work near my home, easy to celebrate with my family

Dia cakap,
that's good indeed

Next, Kuantan here i come @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerja Malam Raya


Wuaaahhh!! Pertama kali dalam hidup kena kerja malam raya. Naseb baik bukan raya puasa. Orang lain tengah bersenang lenang rilek goyang kaki depan tv tak pun tengah bakar lemang atau masak rendang daging kat rumah waktu ni. Aku? di opis Tasek yang sejuk beku memang sikit lagi nak reput tulang badan ni. Plan asal kerja akan bermula pagi tapi disebabkan pelbagai masalah teknikal terpaksa diheret ke malam.

Mak dah call banyak kali bertanya bila nak balik. Walau pun siang tadi datang lebih kurang sejam je tapi bila dah malam rasanya dah lain. Aku macam tak berani balik dan mungkin akan stay di hotel mana yang jumpa (yang penting murah kerana cash tak cukup).

Kebetulan sedang ol dengan kawan lama. Dia kata kuatnya aku bekerja. Kuat ke? Bukan sebab kuat atau apa pun alasan lain tapi kerana rasa tanggungjawab. Boleh saja dibiarkan kerja malam ini. Bolah saja sambung selepas cuti. Tapi, amanah perlu ditunaikan bila sudah berjanji.

Hari ini juga dapat sms dari kawan sekolah. Dia bagi tahu pasal kawan kelas kami akan bertunang minggu ini. Dan aku dah jangka soalan yang bakal ditanya. "DyaNz dah ada yang special?" Ahaaa!!!! apa nak jawab? Aku juga baru jumpa fb kawan sekolah lama yang baru dapat anak ke-2 sedangkan masa sekolah dulu sememeh jek tapi sekarang meletopps.

Dan hari ini jugak aku dapat Evaluate Reminder 360 sebanyak 9 orang termasuk aku. Mak oiii ramainyerr. Banyak giler kot. Jenuh la nak mengklik tetikus nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pulang dari Penang

di hadapan Nasi Kandar Beratur

Kata orang jauh berjalan luas pemandangan. Iyer memang betul pun. Lima hari di Seberang Jaya dan Komtar sudah cukup buat masa ini merasa keadaan di tempat orang. Kredit to my PapaGO kalau tak kerana dia aku tiada kekuatan meredah jalan di bandar Penang hehe. Thanks to en Amin aka cik Sally kerana turut membantu mencari pencawang di SJA.

Ketepikan bab orang Penang yang tak sabor-sabor (loghat orng Perak), asyik nak hon jek pantang lambat sikit pantang silap sikit. Agaknya hobi memang suka tekan hon kot tak sempoi langsung..huh. Mawar berduri jangan marah ek minta maaf tak sempat singgah kerana perlu bergegas ke Ipoh pula selepas itu.

pemandangan malam dari bilik

Apa yang dicari bila sudah berada di sini? MAKAN!! Walaupun suka makan tetapi perlu tengok jugak makanannya. Kalau tiap-tiap hari kena makan nasi kandar tak lalu jugak. Tapi itulah yang terpaksa dilalui. Hari 1st makan di Pelita Auto City Juru. Malamnya di Subaidah. Esoknya makan di Nasi Kandar Tajudin Husain. Malamnya makan di Nasi Kandar Beratur. Hari 3rd breakfast di kedai tepi jalan makan roti bakar dengan telur separuh masah dicurah atasnya. Malamnya makan di Tandoori Kapitan pekena Cheese Naan + tandori..yang ni memang my favourite la since aku memang suka roti.


Hanya sempat berjalan melihat bandar Penang pada waktu malam setelah kerja selesai. Dengan keadaan hujan dan angin kuat lebih-lebih lagi di Sri Intan Resort (bunyi angin menjerit-jerit macam nak tsunami pun ada), tak berapa seronok la sikit. Pusing-pusing di kawasan Padang Kota Lama, persiaran Gurney (tak sempat nak makan rojak n cendol), batu Ferringhi, Hard Rock Hotel (tak sempat jugak nak singgah night market dia).

Sedar tak sedar dah hari last. Apa nak buat lagi? Cari makan area Uitm seberang perai ada kedai makan jual ikan bakar tepi jalan. Thanx to en Nadzri tolong temankan cari tempat makan kalau tak kami terpaksa makan nasi kandar lagi hari itu..huhu. Pesan en Hadi beli jeruk campur di Chowrasta market (penyebab gastrik aku datang kembali). Tapi En J cakap kat balik Pulau ada jual jeruk lagi murah. Sebagai penutup aku merasa naik feri yang telah bertahun-tahun ditinggalkan sejak Tok Cu berpindah dari Bayan Lepas ke SP.


@_^ berharap dapat datang lagi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehilangan Tiada Ganti

Hari ini ,
seorang suami kehilangan isterinya
Seorang anak kehilangan ibunya
Seorang menantu kehilangan ibu mertuanya
Seorang ibu kehilangan anaknya
Seorang adik kehilangan kakaknya
Seorang cucu kehilangan neneknya

Setiap hari hampir ada sahaja kehilangan berlaku dalam hidup
Hari ini hari dia
Entah esok lusa hari kita pula
Datang la menziarah keluarga saudara selagi ada masa
Takut tak sempat nanti
Akan rasa terkilan seumur hidup

Ketika majlis tahlil diadakan
Akan ramai orang datang samapai penuh rumah
Nak sedekah bacaan suci untuk yang telah pergi
Tapi, adakah yang datang tu semua ikhlas ?
Ikhlas nak mendoakan si mati ?
Atau puas takkan ada orang yang melebih dari dia lagi
Ikhlaskah semasa menadah tangan mendoakan kesejahteraan si mati?
Atau sekadar mengikut orang lain?
Ikhlaskah semasa mengaminkan bacaan?
Atau sekadar nak tunjuk muka di depan makcik-makcik agar boleh dijadikan calon menantu?
Ikhlas kah niat dan tujuan datang menziarah?
Atau sekadar nak mengumpul info dan boleh dijaja cerita selepas itu.

Tepuk dada tanya Iman
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kamu Senyum..


I'd wait on you forever and a day
Hand and foot
Your world is my world
Yeah
Ain't no way you're ever gon' get
Any less than you should
Cause baby
You smile I smile (oh)
Cause whenever
You smile I smile
Hey hey hey

Your lips, my biggest weakness
Shouldn't have let you know
I'm always gonna do what they say (hey)

If you need me
I'll come running
From a thousand miles away
When you smile I smile (oh whoa)
You smile I smile
Hey

Baby take my open heart and all it offers
Cause this is as unconditional as it'll ever get
You ain't seen nothing yet
I won't ever hesitate to give you more

Cause baby (hey)
You smile I smile (whoa)
You smile I smile
Hey hey hey
You smile I smile
I smile I smile I smile
You smile I smile
Make me smile baby

Baby you won't ever work for nothing
You are my ins and my means now
With you there's no in between
I'm all in
Cause my cards are on the table
And I'm willing and I'm able
But I fold to your wish
Cause it's my command
Hey hey hey

You smile I smile (whoa)
You smile I smile
Hey hey hey
You smile I smile
I smile I smile I smile
You smile I smile
Oh

You smile I smile

You smile I smile

@_^

p/s : cuba teka siapa nyanyi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hubungan Kami Semakin Erat


Mungkin betul dengan quote "everything happens for reason"
Dengan apa yang terjadi dalam hidup selama ini membuatkan aku banyak berfikir
Berfikir tentang hidup ini..bermaknakah 25 tahun hidup ni (ya..umur saya dah 25 ok!)
Bila difikir semula memang terasa mahu kembali ke zaman itu

Mahu diulang waktu itu
Ingin membetulkan semua salah silap yang pernah dibuat

Reality Check Pleasee!!

Hari ini DyaNz dan soldier sekalian semakin rapat
Kami saling bergantungan

Sokong menyokong sesama sendiri

Itulah pembakar semangat DyaNz

Membuat kami masih bertahan hingga ke hari ini

Ada kawan pernah cakap,
"
baguslah kau ni bawak adik setiap kali outstation".
Ya..setiap kali ke mana-mana akan dibawa sekali semua adik kalau boleh
Sebelum ni tak pernah macam ni pun
Sekali lagi "
everything happens for reason"
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Derma Darah..Oh Tidak!!


Memberi lebih baik dari menerima. Sememangnya DyaNz tidak pernah memberi.
Sempat lalu di depan kawasan kempen derma darah di lobi pejabat
Seorang Encik dari kempen itu menyapa,

Encik Topi : Dik, tak saket nii..jum la derma

DyaNz : Oh..saya dah pernah buat dah..

Encik Topi : kan..mana ada sakit kan..

DyaNz : aah..(sambil sengih dan berlalu pergi)

Mesti Penternak ketawa berguling-guling kalau dengar ni. Seumur hidup tak pernah derma darah. Alasannya, takut gemuk..tapi sebenarnya takut darah kot. Pernah je sebelum ni tebuk dua belah tangan masa cuci darah dulu..rasa ok je. Bukan macam penternak yang sudah menderma entah berapa kali. Mak pernah cakap,

" Penternak dah derma, wakil je la bagi kita semua..hehe"

Mungkin selepas ini akan cuba derma darah @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Mak tak pukul dulu?


Kisah seorang anak yang suka memendam rasa. Dia tak pernah tunjuk jika dia sedih atau marah. Selalu buat muka sengal je bila kena marah atau kena lecture dengan si kakaknya. Masa kecik dia banyak cakap tapi bila dah meningkat remaja dia mula jadi pendiam. Bercakap dengan adik beradik pun jarang. Bila komunikasi kurang secara tak langsung affect pelajarannya. Pernah satu malam tu kakaknya ajar Math Form 2 tapi dia tak nak sampai kakaknya seret dia keluar dari bilik. Bila disuruh baca soalan Math tu mengalir air mata dia bukan sebab kena marah tapi benci diri sendiri sebab tak tahu nak jawab. Bila habis Form 5 masuk PLKN, dan baru nampak ada berubah sedikit. Dah mula bergaul dengan orang dan dah mula bersembang dengan kakaknya setelah bertahun tidak pernah duduk sebelah masa tengok tv kat rumah. Sambung belajar kolej selalu dapat pointer tinggi..memang tak sangka.

Kakaknya bangga dengan dia.
Semasa ayahnya sakit dialah yang banyak jaga, tolong cuci luka, bagi makan ubat. Masa hari ayah pergi muka dia sugul je. Dia berlindung di balik langsir bilik... lama juga. Kakaknya nampak tapi dibiarkan saja beri peluang dia lepaskan apa yang terbuku di hati selama ni. Suatu hari dia sms ibunya, "
Kenapa mak tak pukul masa kecik dulu sebab malas belajar?". Mungkin tengah tensed kot sebab ketika itu musim exam. Dia perlu tahu walau apa pun dia buat keluarganya tetap menyokongnya.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seronoknya Adik


Mesti seronok ada abang dan kakak
Ada orang boleh belikan hadiah masa birthday. Ada orang boleh back up kalau kena buli kat sekolah. Macam-macam abang dan kakak boleh buatkan untuk adik dia. Tak payah pikir pasal apa-apa dah sebab dah ada abang dan kakak tolong selesaikan. Abang dan kakak sentiasa akan pastikan permintaan adiknya tertunai walaupun mereka terpaksa berkorban. Mereka mesti akan bising dulu bila si Adik nak sesuatu tapi akhirnya tetap ditunaikan. Begitu sayangnya si Abang dan Kakak pada adiknya. Si Adik tak tahu abang dan kakaknya pun ada masalah sendiri yang perlu difikir. Yang si Adik tahu cuma merengek bila tak dapat bawa ke tempat seperti dijanji. Merajuk bila nak balik kampung tiba-tiba kakak kena pergi outstation. Rasa tanggungjawab yang ada dalam seorang abang dan kakak membuatkan mereka tidak boleh berkata tidak . Bila dah besar tanggungjawab keluarga pula perlu difikir takkan nak biar mak ayah yang handle lagi. Masalah keluarga, si Adik tak perlu fikir pun dan tak payah pening kepala nak selesaikan.
Kadang-kadang abang dan kakak teringin juga ada orang yang boleh buatkan dan fikirkan macam-macam untuk mereka.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Makan di Taman Warisan Putrajaya~


Ramai dah pernah makan di Taman Warisan Putrajaya cuma baru semalam DyaNz sempat merasa makan di sana. DyaNz and the club adek-beradik singgah dalam pukul 8 malam dan masa tu pun dah ramai orang. Penternak cakap memang setiap malam penuh kawasan ni. Lepas pusing cari parking, kami memilih menu lazim a.k.a roti john. Nak daging tapi dah habis tinggal ayam je. Roti ni ada panjang dan pendek. Kami pilih panjang share 3 orang. DyaNz order kuey teow sup, akem makan nasi lemak. DyaNz dan Akim pekena cendol last sekali. Tak tau kenapa penternak tak makan malam. Kami hairan...

Kepada cik Amie, Sher and Djah serta Asma, nanti kalau nak buat makan-makan jum la ke sini pulak. Ada banyak choice makanan kat sini macam nasi kerabu, sate kajang, sup utara, roti john, cendol, ABC, laici kang etc. Takkan setiap kali nak pekena steamboat je..boring sehh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Si Gadis


Tersebut kisah seorang gadis yang dulunya tidak pernah membayangkan akan melakukan perkara seperti yang dilakukannya sekarang. Si Gadis tidak pernah mempunyai bakat dalam seni. Dia tidak pernah menyiapkan kerja rumah seni yang diberi oleh cikgu. Selalu saja Si Gadis merosakkan kerja seninya dengan menambah elemen yang tak perlu. Sejak di bangku sekolah si Gadis tidak pernah minat dengan perkara berkaitan rumah tangga. Kalau di sekolah ada subjek Ekonomi Rumah Tangga, Si Gadis would prefer Sains Pertanian (walaupun memang tak ada bakat bertani). Si Gadis kalau di rumah lebih bertumpu menguruskan hal kekemasan rumah seperti membaiki soket elektrik yang terbakar, menukar pili air yang dah loose getah dia, membersih longkang di luar rumah. Si Gadis meneruskan hidup dalam suasana di mana seni tidak pernah terfikir pun.

Bila mana telah bekerja, si Gadis mula meminati muzik yang pelbagai, seni persembahan, lukisan serta fesyen. Si Gadis cuba untuk memahami dan mendalami erti sebenar seni kerana seni itu luas dan subjektif. Kehidupan ini adalah seni bagi si Gadis kerana terlalu banyak corak dalamnya. Melalui pemerhatian cara hidup manusia yang dapat dilihat setiap hari, ia dapat diolah ke dalam forografi, fesyen, lagu dan lakonan. Secara tidak langsung suara hati manusia dapat disampaikan melalui medium tersebut. Si Gadis mahu memahami apa yang ada dalam fikiran orang seni kerana si Gadis sendiri bukan lah berlatar belakang seni. Sukar juga rupanya mungkin sebab Gadis sendiri tiada bakat.

Bermula lah detik di mana si Gadis mahu menjerumuskan dirinya dalam salah satu bidang seni. Walaupun tidak sehebat mana tapi Gadis cuba untuk buktikan bahawa seni ini jika dipelajari dengan ikhlas akan membuahkan hasil. Agak sukar pada mulanya tapi ini janji si Gadis untuk tamatkan apa yang telah dimulakannya.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Klasik


Adakah aku klasik? Adik aku selalu berkata, " taste yong ni macam orang tua la".
Ya mungkin..
Aku memang suka apa yang oran tua suka..

Mungkin sebab persekitaran aku dikelilingi oleh ramai orang tua

Menyebabkan cara hidup aku sedikit sebanyak turut terikut

Aku dibesarkan oleh opah
Selalu bersembang dengan opah saudara di hujung minggu
Suka mengusik mak cik yang datang ke rumah

Pasang telinga mendengar opah dan makcik bergosip

Selalu jalan kaki makan angin dengan opah

Setiap kali raya orang kedua yang dicari oleh mak cik dan opah saudara selepas opah mesti lah aku..eheh
Sejak-sejak aku makin besar ni lagi ramai mak cik yang mencari

Mereka teruja dengar kisah hidupku di bandar yang tak semua dapat diceritakan Aku sangat sukakan kain batik
Aku selalu cari kain batik di setiap tempat yang disinggah

Saja buat simpanan

Adakah aku sememangnya klasik?
@_^

p/s : cik sally n en muced jum g Qaseh..rindu air soda bandung dia la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudut Kotak Hati..


Minggu ni kena pergi kenduri kahwin ex-matrik di PJ. Kenduri kawin lagi.. YA!! sudah tidak terkira berapa banyak kenduri kawin yang disinggah dalam tahun ni saja. Pending list pun banyak lagi bagi mencukupkan Senarai Kenduri Kawin Yang Aku Pergi Tahun 2010..eheh. Kawan-kawan selalu cakap, "DyaNz kan u kerja dengan ramai lelaki, takkan tak ada yang sangkut?" Aku dapat jangka soalan yang sama akan ditanya semula Ahad ni. Aku sedang pikir apa nak jawab nak bagi semua diam dan puas hati. Dalam banyak-banyak kenduri ada juga yang tidak sempat nak pergi kerana kekangan masa dan kerja. Macam kenduri Lia & Faiz tak sempat aku datang..minta maaf banyak-banyak. Bila tengok nampak bahagia sangat suami isteri ni.

Opah selalu cakap dalam bahasa Peraknye, " Kamu ni suka je pergi kenduri kawin ye kenduri sendirinya bila? " eheh.. nak jawab apa? tak jawab la sengih aje. Aku juga pernah dapat ayat macam ni di satu kenduri kawin, "Tak sambung Master ke? Elok buat sekarang bila dah ada anak nanti susah.." Sambil tu dia dukung anaknya. Dalam hati aku terfikir kenapa anak jadi alasan? Lagi pun aku bukanlah penggemar kanak-kanak. Jika orang lain akan teruja bila nampak baby ke budak kecik ka kat pasaraya, pasar malam, aku akan buat bodoh je. Mungkin aku dah biasa jaga budak kecik (adik2 aku la) so macam tak berminat dengan budak kecik sangat. Lain la kalau anak sendiri..eheh. Ada la certain baby yang terpilih aku suka tengok, sebelum ni baby girl team operation aku. Dan baru-baru ni rasa macam minat kat sorang baby boy ni bila tengok gambar dalam flickr pak cik dia or abang dia kot. Cute boy tu lebih-lebih lagi mata dia sampai teringat-ingat pula.

p/s : dah mula kerja luar..wawee rasa seronok tak payah masuk ofis @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS