Minggu ni kena pergi kenduri kahwin ex-matrik di PJ. Kenduri kawin lagi.. YA!! sudah tidak terkira berapa banyak kenduri kawin yang disinggah dalam tahun ni saja. Pending list pun banyak lagi bagi mencukupkan Senarai Kenduri Kawin Yang Aku Pergi Tahun 2010..eheh. Kawan-kawan selalu cakap, "DyaNz kan u kerja dengan ramai lelaki, takkan tak ada yang sangkut?" Aku dapat jangka soalan yang sama akan ditanya semula Ahad ni. Aku sedang pikir apa nak jawab nak bagi semua diam dan puas hati. Dalam banyak-banyak kenduri ada juga yang tidak sempat nak pergi kerana kekangan masa dan kerja. Macam kenduri Lia & Faiz tak sempat aku datang..minta maaf banyak-banyak. Bila tengok nampak bahagia sangat suami isteri ni.
Opah selalu cakap dalam bahasa Peraknye, " Kamu ni suka je pergi kenduri kawin ye kenduri sendirinya bila? " eheh.. nak jawab apa? tak jawab la sengih aje. Aku juga pernah dapat ayat macam ni di satu kenduri kawin, "Tak sambung Master ke? Elok buat sekarang bila dah ada anak nanti susah.." Sambil tu dia dukung anaknya. Dalam hati aku terfikir kenapa anak jadi alasan? Lagi pun aku bukanlah penggemar kanak-kanak. Jika orang lain akan teruja bila nampak baby ke budak kecik ka kat pasaraya, pasar malam, aku akan buat bodoh je. Mungkin aku dah biasa jaga budak kecik (adik2 aku la) so macam tak berminat dengan budak kecik sangat. Lain la kalau anak sendiri..eheh. Ada la certain baby yang terpilih aku suka tengok, sebelum ni baby girl team operation aku. Dan baru-baru ni rasa macam minat kat sorang baby boy ni bila tengok gambar dalam flickr pak cik dia or abang dia kot. Cute boy tu lebih-lebih lagi mata dia sampai teringat-ingat pula.
p/s : dah mula kerja luar..wawee rasa seronok tak payah masuk ofis @_^
Sudut Kotak Hati..
10:56 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Comment plz