Kakak Tak Nak..


1 malam, seorang ibu telefon anak perempuannya. Si ibu merungut kerana anaknya tak pernah call rumah (walaupun baru seminggu terlupa call). Si ibu cakap,
"lepas ni mak tak nak call la sebab kakak tak nak call mak.."
Si anak memberi alasan dia terlalu sibuk. Anak-beranak bersembang di telefon kira-kira 10 minit jugak (ketika itu si anak masih ligat menyiapkan kerjanya). Sampai kepada cerita pak cik dan mak cik singgah ke rumah.
"pak cik kamu dah dapat 3 serangkai..." si anak terdiam seketika dan terus teringat kisah ayahnya dulu.
"Kalau macam ni, kakak tak nak kawen la..nanti mesti turun jugak pada kakak..kakak kesiankan suami dan anak-anak kakak nanti kalau kakak mati .."
entah macam mana ayat itu terpacul keluar dari mulut si anak. Rasa menyesal jugak la si anak selepas itu.

Sebelum letak telefon, si ibu cakap padanya,
"rezeki,jodoh,maut di tangan Tuhan..manusia takkan pernah tahu percaturan Tuhan"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz