Kisah seorang anak yang suka memendam rasa. Dia tak pernah tunjuk jika dia sedih atau marah. Selalu buat muka sengal je bila kena marah atau kena lecture dengan si kakaknya. Masa kecik dia banyak cakap tapi bila dah meningkat remaja dia mula jadi pendiam. Bercakap dengan adik beradik pun jarang. Bila komunikasi kurang secara tak langsung affect pelajarannya. Pernah satu malam tu kakaknya ajar Math Form 2 tapi dia tak nak sampai kakaknya seret dia keluar dari bilik. Bila disuruh baca soalan Math tu mengalir air mata dia bukan sebab kena marah tapi benci diri sendiri sebab tak tahu nak jawab. Bila habis Form 5 masuk PLKN, dan baru nampak ada berubah sedikit. Dah mula bergaul dengan orang dan dah mula bersembang dengan kakaknya setelah bertahun tidak pernah duduk sebelah masa tengok tv kat rumah. Sambung belajar kolej selalu dapat pointer tinggi..memang tak sangka.
Kakaknya bangga dengan dia.
Semasa ayahnya sakit dialah yang banyak jaga, tolong cuci luka, bagi makan ubat. Masa hari ayah pergi muka dia sugul je. Dia berlindung di balik langsir bilik... lama juga. Kakaknya nampak tapi dibiarkan saja beri peluang dia lepaskan apa yang terbuku di hati selama ni. Suatu hari dia sms ibunya, " Kenapa mak tak pukul masa kecik dulu sebab malas belajar?". Mungkin tengah tensed kot sebab ketika itu musim exam. Dia perlu tahu walau apa pun dia buat keluarganya tetap menyokongnya.
@_^
Kenapa Mak tak pukul dulu?
12:01 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Comment plz