Wuaaahhh!! Pertama kali dalam hidup kena kerja malam raya. Naseb baik bukan raya puasa. Orang lain tengah bersenang lenang rilek goyang kaki depan tv tak pun tengah bakar lemang atau masak rendang daging kat rumah waktu ni. Aku? di opis Tasek yang sejuk beku memang sikit lagi nak reput tulang badan ni. Plan asal kerja akan bermula pagi tapi disebabkan pelbagai masalah teknikal terpaksa diheret ke malam.
Mak dah call banyak kali bertanya bila nak balik. Walau pun siang tadi datang lebih kurang sejam je tapi bila dah malam rasanya dah lain. Aku macam tak berani balik dan mungkin akan stay di hotel mana yang jumpa (yang penting murah kerana cash tak cukup).
Kebetulan sedang ol dengan kawan lama. Dia kata kuatnya aku bekerja. Kuat ke? Bukan sebab kuat atau apa pun alasan lain tapi kerana rasa tanggungjawab. Boleh saja dibiarkan kerja malam ini. Bolah saja sambung selepas cuti. Tapi, amanah perlu ditunaikan bila sudah berjanji.
Hari ini juga dapat sms dari kawan sekolah. Dia bagi tahu pasal kawan kelas kami akan bertunang minggu ini. Dan aku dah jangka soalan yang bakal ditanya. "DyaNz dah ada yang special?" Ahaaa!!!! apa nak jawab? Aku juga baru jumpa fb kawan sekolah lama yang baru dapat anak ke-2 sedangkan masa sekolah dulu sememeh jek tapi sekarang meletopps.
Dan hari ini jugak aku dapat Evaluate Reminder 360 sebanyak 9 orang termasuk aku. Mak oiii ramainyerr. Banyak giler kot. Jenuh la nak mengklik tetikus nanti.
Kerja Malam Raya
11:43 PM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Comment plz