Aku Bersyukur..


Aku bersyukur kerana masih lagi bernafas dan mata dapat melihat segala isi dunia ini.

Aku bersyukur kerana masih ada mak, opah and adik2 yang lain yang selalu memberi semangat kepada aku untuk terus mengadap sandiwara dunia ni.

Aku bersyukur kerana tidak cedera langsung semasa accident dulu walaupun hanya benjol di kepala sedangkan ada kejadian lagi dahsyat berbanding aku.

Aku bersyukur kerana sentiasa mendapat kelapangan di kala dihimpit kesempitan sedangkan ramai lagi di luar sana yang tidak pernah surut diterjah dengan kesusahan.

Aku bersyukur kerana apa yang aku lakukan sekarang tidak dapat diperoleh sesetengah pihak sedangkan di luar sana masih ramai yang masih mencari peluang sebegini.

Aku bersyukur jika masih bersendiri kerana teman-teman dan keluarga kesayanganku membuatkan aku berasa dipunyai sedangkan di luar sana ramai berlumba-lumba untuk berdua tapi berakhir keseorangan.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

NurulHayatiNordin said...

nak "Like" tapi tula blog ni xder "like" function macam kat fb kan. ehehe.

So tulis kat cni je la. "LIKE" :)

Post a Comment

Comment plz