Qaseh Atok...


Semasa di kampung aku sempat melawat rumah tok sedara di teluk intan. Dah lama tak pergi tengok sebab tok ni sedara sebelah arwah ayah. Dulu selalu pergi dengan ayah je. Sampai je ke sana bersalam dengan atok ni (aku panggil tok chik). Rupanya dia sakit..biasa la sakit orang tua. Kesiann aku tengok. Kaki dah kurus kering dah nak nampak tulang je. Muka cengkung. Bercakap pun macam tak lalu.

Bersembang dengan isteri si atok ni aku panggil achik je. Bila dah lama bersembang baru la tercerita kisah duka atuk dan nenek ni. Mereka ni pernah ada seorang anak perempuan yang bekerja sebagai penolong pengarah di sebuah hospital. Kerja yang bagus la kan..kerja doktor kot. Hidup mereka sekeluarga bahagia dan akhirnya anak mereka itu berkahwin dengan jejaka pilihannya. Menantu mereka ni pendiam orangnya dan tak pernah membuat perkara yang nampak jelik di mata mereka. Kira baik la jugak. Kehidupan keluarga ini dimurahkan rezeki dengan kelahiran 2 orang cucu. Boys n Girls..


Kuasa Allah mengatasi segalanya. Walaupun anak perempuan mereka ini doktor, ditakdirkan Allah menghidap barah perut final stage. Setelah bertarung dengan penyakit ni seberapa lama akhirnya kembali ke rahmatullah. Bergenang jugak aku mendengar cerita achik nih. Dalam tempoh si anak ni bertatung nyawa melawan penyakit ni, pernah jugak dia meluahkan rasa terkilan dan kecewa amat sangat kepada ibunya. "
mak, kenapa ita dapat penyakit ni? Ita belajar tinggi jadi doktor tapi tak boleh ubat penyakit sendiri.."

Basah jugak pipi ni tapi cepat-cepat lap...eheh. Selepas si anak ni meninggal, maka terkeluar lah taring si suami kepada doktor tadi. Tok chik dan achik ni tadi tidak pernah bertemu dengan 2 cucu mereka sejak 2 tahun anak mereka tiada. Si ayah ni tidak pernah membawa anak-anaknya balik ke kampung walaupun semasa hari raya.

Bayangkan la betapa rindu dan kasihnya mereka pada cucu yang tak pernah ketemu sampai kini. Dengan harapan cucu mereka ni menjadi pengubat rindu pada anak yang telah pergi selamanya dan dapat memberi semangat pada tok chik cepat sembuh. (belum lagi cerita bab harta si mati yang patutnya dibahagi jugak pada parents tapi tak dapat yang sepatutnya).


@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz