Derma Darah..Oh Tidak!!


Memberi lebih baik dari menerima. Sememangnya DyaNz tidak pernah memberi.
Sempat lalu di depan kawasan kempen derma darah di lobi pejabat
Seorang Encik dari kempen itu menyapa,

Encik Topi : Dik, tak saket nii..jum la derma

DyaNz : Oh..saya dah pernah buat dah..

Encik Topi : kan..mana ada sakit kan..

DyaNz : aah..(sambil sengih dan berlalu pergi)

Mesti Penternak ketawa berguling-guling kalau dengar ni. Seumur hidup tak pernah derma darah. Alasannya, takut gemuk..tapi sebenarnya takut darah kot. Pernah je sebelum ni tebuk dua belah tangan masa cuci darah dulu..rasa ok je. Bukan macam penternak yang sudah menderma entah berapa kali. Mak pernah cakap,

" Penternak dah derma, wakil je la bagi kita semua..hehe"

Mungkin selepas ini akan cuba derma darah @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Mak tak pukul dulu?


Kisah seorang anak yang suka memendam rasa. Dia tak pernah tunjuk jika dia sedih atau marah. Selalu buat muka sengal je bila kena marah atau kena lecture dengan si kakaknya. Masa kecik dia banyak cakap tapi bila dah meningkat remaja dia mula jadi pendiam. Bercakap dengan adik beradik pun jarang. Bila komunikasi kurang secara tak langsung affect pelajarannya. Pernah satu malam tu kakaknya ajar Math Form 2 tapi dia tak nak sampai kakaknya seret dia keluar dari bilik. Bila disuruh baca soalan Math tu mengalir air mata dia bukan sebab kena marah tapi benci diri sendiri sebab tak tahu nak jawab. Bila habis Form 5 masuk PLKN, dan baru nampak ada berubah sedikit. Dah mula bergaul dengan orang dan dah mula bersembang dengan kakaknya setelah bertahun tidak pernah duduk sebelah masa tengok tv kat rumah. Sambung belajar kolej selalu dapat pointer tinggi..memang tak sangka.

Kakaknya bangga dengan dia.
Semasa ayahnya sakit dialah yang banyak jaga, tolong cuci luka, bagi makan ubat. Masa hari ayah pergi muka dia sugul je. Dia berlindung di balik langsir bilik... lama juga. Kakaknya nampak tapi dibiarkan saja beri peluang dia lepaskan apa yang terbuku di hati selama ni. Suatu hari dia sms ibunya, "
Kenapa mak tak pukul masa kecik dulu sebab malas belajar?". Mungkin tengah tensed kot sebab ketika itu musim exam. Dia perlu tahu walau apa pun dia buat keluarganya tetap menyokongnya.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seronoknya Adik


Mesti seronok ada abang dan kakak
Ada orang boleh belikan hadiah masa birthday. Ada orang boleh back up kalau kena buli kat sekolah. Macam-macam abang dan kakak boleh buatkan untuk adik dia. Tak payah pikir pasal apa-apa dah sebab dah ada abang dan kakak tolong selesaikan. Abang dan kakak sentiasa akan pastikan permintaan adiknya tertunai walaupun mereka terpaksa berkorban. Mereka mesti akan bising dulu bila si Adik nak sesuatu tapi akhirnya tetap ditunaikan. Begitu sayangnya si Abang dan Kakak pada adiknya. Si Adik tak tahu abang dan kakaknya pun ada masalah sendiri yang perlu difikir. Yang si Adik tahu cuma merengek bila tak dapat bawa ke tempat seperti dijanji. Merajuk bila nak balik kampung tiba-tiba kakak kena pergi outstation. Rasa tanggungjawab yang ada dalam seorang abang dan kakak membuatkan mereka tidak boleh berkata tidak . Bila dah besar tanggungjawab keluarga pula perlu difikir takkan nak biar mak ayah yang handle lagi. Masalah keluarga, si Adik tak perlu fikir pun dan tak payah pening kepala nak selesaikan.
Kadang-kadang abang dan kakak teringin juga ada orang yang boleh buatkan dan fikirkan macam-macam untuk mereka.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Makan di Taman Warisan Putrajaya~


Ramai dah pernah makan di Taman Warisan Putrajaya cuma baru semalam DyaNz sempat merasa makan di sana. DyaNz and the club adek-beradik singgah dalam pukul 8 malam dan masa tu pun dah ramai orang. Penternak cakap memang setiap malam penuh kawasan ni. Lepas pusing cari parking, kami memilih menu lazim a.k.a roti john. Nak daging tapi dah habis tinggal ayam je. Roti ni ada panjang dan pendek. Kami pilih panjang share 3 orang. DyaNz order kuey teow sup, akem makan nasi lemak. DyaNz dan Akim pekena cendol last sekali. Tak tau kenapa penternak tak makan malam. Kami hairan...

Kepada cik Amie, Sher and Djah serta Asma, nanti kalau nak buat makan-makan jum la ke sini pulak. Ada banyak choice makanan kat sini macam nasi kerabu, sate kajang, sup utara, roti john, cendol, ABC, laici kang etc. Takkan setiap kali nak pekena steamboat je..boring sehh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Si Gadis


Tersebut kisah seorang gadis yang dulunya tidak pernah membayangkan akan melakukan perkara seperti yang dilakukannya sekarang. Si Gadis tidak pernah mempunyai bakat dalam seni. Dia tidak pernah menyiapkan kerja rumah seni yang diberi oleh cikgu. Selalu saja Si Gadis merosakkan kerja seninya dengan menambah elemen yang tak perlu. Sejak di bangku sekolah si Gadis tidak pernah minat dengan perkara berkaitan rumah tangga. Kalau di sekolah ada subjek Ekonomi Rumah Tangga, Si Gadis would prefer Sains Pertanian (walaupun memang tak ada bakat bertani). Si Gadis kalau di rumah lebih bertumpu menguruskan hal kekemasan rumah seperti membaiki soket elektrik yang terbakar, menukar pili air yang dah loose getah dia, membersih longkang di luar rumah. Si Gadis meneruskan hidup dalam suasana di mana seni tidak pernah terfikir pun.

Bila mana telah bekerja, si Gadis mula meminati muzik yang pelbagai, seni persembahan, lukisan serta fesyen. Si Gadis cuba untuk memahami dan mendalami erti sebenar seni kerana seni itu luas dan subjektif. Kehidupan ini adalah seni bagi si Gadis kerana terlalu banyak corak dalamnya. Melalui pemerhatian cara hidup manusia yang dapat dilihat setiap hari, ia dapat diolah ke dalam forografi, fesyen, lagu dan lakonan. Secara tidak langsung suara hati manusia dapat disampaikan melalui medium tersebut. Si Gadis mahu memahami apa yang ada dalam fikiran orang seni kerana si Gadis sendiri bukan lah berlatar belakang seni. Sukar juga rupanya mungkin sebab Gadis sendiri tiada bakat.

Bermula lah detik di mana si Gadis mahu menjerumuskan dirinya dalam salah satu bidang seni. Walaupun tidak sehebat mana tapi Gadis cuba untuk buktikan bahawa seni ini jika dipelajari dengan ikhlas akan membuahkan hasil. Agak sukar pada mulanya tapi ini janji si Gadis untuk tamatkan apa yang telah dimulakannya.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Klasik


Adakah aku klasik? Adik aku selalu berkata, " taste yong ni macam orang tua la".
Ya mungkin..
Aku memang suka apa yang oran tua suka..

Mungkin sebab persekitaran aku dikelilingi oleh ramai orang tua

Menyebabkan cara hidup aku sedikit sebanyak turut terikut

Aku dibesarkan oleh opah
Selalu bersembang dengan opah saudara di hujung minggu
Suka mengusik mak cik yang datang ke rumah

Pasang telinga mendengar opah dan makcik bergosip

Selalu jalan kaki makan angin dengan opah

Setiap kali raya orang kedua yang dicari oleh mak cik dan opah saudara selepas opah mesti lah aku..eheh
Sejak-sejak aku makin besar ni lagi ramai mak cik yang mencari

Mereka teruja dengar kisah hidupku di bandar yang tak semua dapat diceritakan Aku sangat sukakan kain batik
Aku selalu cari kain batik di setiap tempat yang disinggah

Saja buat simpanan

Adakah aku sememangnya klasik?
@_^

p/s : cik sally n en muced jum g Qaseh..rindu air soda bandung dia la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudut Kotak Hati..


Minggu ni kena pergi kenduri kahwin ex-matrik di PJ. Kenduri kawin lagi.. YA!! sudah tidak terkira berapa banyak kenduri kawin yang disinggah dalam tahun ni saja. Pending list pun banyak lagi bagi mencukupkan Senarai Kenduri Kawin Yang Aku Pergi Tahun 2010..eheh. Kawan-kawan selalu cakap, "DyaNz kan u kerja dengan ramai lelaki, takkan tak ada yang sangkut?" Aku dapat jangka soalan yang sama akan ditanya semula Ahad ni. Aku sedang pikir apa nak jawab nak bagi semua diam dan puas hati. Dalam banyak-banyak kenduri ada juga yang tidak sempat nak pergi kerana kekangan masa dan kerja. Macam kenduri Lia & Faiz tak sempat aku datang..minta maaf banyak-banyak. Bila tengok nampak bahagia sangat suami isteri ni.

Opah selalu cakap dalam bahasa Peraknye, " Kamu ni suka je pergi kenduri kawin ye kenduri sendirinya bila? " eheh.. nak jawab apa? tak jawab la sengih aje. Aku juga pernah dapat ayat macam ni di satu kenduri kawin, "Tak sambung Master ke? Elok buat sekarang bila dah ada anak nanti susah.." Sambil tu dia dukung anaknya. Dalam hati aku terfikir kenapa anak jadi alasan? Lagi pun aku bukanlah penggemar kanak-kanak. Jika orang lain akan teruja bila nampak baby ke budak kecik ka kat pasaraya, pasar malam, aku akan buat bodoh je. Mungkin aku dah biasa jaga budak kecik (adik2 aku la) so macam tak berminat dengan budak kecik sangat. Lain la kalau anak sendiri..eheh. Ada la certain baby yang terpilih aku suka tengok, sebelum ni baby girl team operation aku. Dan baru-baru ni rasa macam minat kat sorang baby boy ni bila tengok gambar dalam flickr pak cik dia or abang dia kot. Cute boy tu lebih-lebih lagi mata dia sampai teringat-ingat pula.

p/s : dah mula kerja luar..wawee rasa seronok tak payah masuk ofis @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam ni pun boleh..

Satu hari ada seorang kakak ni bercerita dengan DyaNz tentang seorang makcik yang baru dikenalinya. Mereka ni tidak kenal antara satu sama lain pun.Cuma selalu terserempak di surau atau dalam lif je la. Bila dah terjumpa tu senyum je la tak pernah tegur menegur pun. Kakak ni kerjanya selalu ke luar negara dan jarang ada di pejabat. Satu hari ni mereka terjumpa dalam surau. Entah kenapa kakak ni ringan mulut pulak nak bertegur makcik ni.

Kakak : Apa khabar mak cik..

Mak cik : Baik-baik je..lama tak nampak baru lepas habis pantang ke??

Kakak : (terdiam tak tau nak cakap apa tapi sengih je)

Balik ofis kakak ni mengadu dan terus berazam nak kuruskan badan..huhu.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PARAMORE rockin' awesome


WOWW!!! really rockin' awesome. Apa lagi dapat dikatakan sebaik saja habis pukol 10 macam tu. Kami sampai dalam pukul 8 sempat singgah makan kejap. Ingatkan macam show dulu-dulu tak pernah punctual tapi this time punctual pulak. Tepat 8.30 dah dengar lagu dari luar stadium (tak kira lagi orang jerit) tapi nasi dalam mulut lagi nih. Habis je makan cepat-cepat bayar pada akak garang then jalan laju ke pintu masuk. Masa check-in botol air aku kena sita kot. Terdengar lagu favorite terus berlari naik atas tangga yang memang tinggi.

Sepanjang show 1 jam setengah, the band sangat cool dan the Hailey si gadis rambut merah sangat sempoi and cute. Dia pandai interact dengan audience. Mereka telah membuat tour selama 6 tahun dan malam itulah kali pertama mereka membuat persembahan di Malaysia. Hailey juga ada kata jika dia tahu crowd di Malaysia havoc macam ni mesti mereka awal-awal lagi dah datang ke sini. Aku kagum tengok kelincahan si Hailey, dia boleh menjerit, melompat, dan menari pada masa sama (dia ni tak penat ke?). Ada satu time tengah nyanyi lagu slow mic rosak (memang sound system malam tu hampehh) teruss dia stop dan tunduk hormat sambil senyum.

Sebelum habis show, Hailey pilih 1 of the crowd naik atas stage..wow makin gamat kot stadium semua jerit siapa tak nak naik kan? At the same time boleh nampak ada la mamat sesat mana lari ke stage tapi sempat di rembat oleh bonzer. Si boy bertuah ni dapat tangkap gambar dengan Hailey guna his phone tuu..memang Hailey yang suruh amik (serius sempoi). Yang paling best boy ni akan ingat seumur hidup dia (agaknya tak tidor malam la budak ni) dia dapat nyanyi sekali lagu last dengan Paramore..whoaaa (aku pon jeles). Hailey dapat t-shirt (dia pakai masa lagu last) dan teddy bear (dia posing suruh amik gambar). Bila agaknya Paramore akan datang semula ke Malaysia?


from Hailey punya tweeter

p/s : berharap LP datang semula @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Glamorous~


Adakah malam ini akan sama macam time tu? I guess have to find out tonight. Masa tu cik Ross Stone and kak Ninaz turun all the way from Penang just to watch their beloved idol perform LIVE. Aku cuma pengikut je bila mana ada orang ajak boleh aje diikut. Bila mereka tak ada aku pun macam boring je nak pergi mana-mana. Yang paling frustrated tak dapat tengok Glambert since ingat tak ada orang nak pergi. Last last ada kakak kat ofis yang pergi. I was informed pun dah last minute dan they just purchased the tix day before the concert. To be frank, its not because the Lambert itself that i would kick myself because didnt go but more to the Glam on the stage. To compare tonight show with the Glam...? We'll see.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Qaseh Atok...


Semasa di kampung aku sempat melawat rumah tok sedara di teluk intan. Dah lama tak pergi tengok sebab tok ni sedara sebelah arwah ayah. Dulu selalu pergi dengan ayah je. Sampai je ke sana bersalam dengan atok ni (aku panggil tok chik). Rupanya dia sakit..biasa la sakit orang tua. Kesiann aku tengok. Kaki dah kurus kering dah nak nampak tulang je. Muka cengkung. Bercakap pun macam tak lalu.

Bersembang dengan isteri si atok ni aku panggil achik je. Bila dah lama bersembang baru la tercerita kisah duka atuk dan nenek ni. Mereka ni pernah ada seorang anak perempuan yang bekerja sebagai penolong pengarah di sebuah hospital. Kerja yang bagus la kan..kerja doktor kot. Hidup mereka sekeluarga bahagia dan akhirnya anak mereka itu berkahwin dengan jejaka pilihannya. Menantu mereka ni pendiam orangnya dan tak pernah membuat perkara yang nampak jelik di mata mereka. Kira baik la jugak. Kehidupan keluarga ini dimurahkan rezeki dengan kelahiran 2 orang cucu. Boys n Girls..


Kuasa Allah mengatasi segalanya. Walaupun anak perempuan mereka ini doktor, ditakdirkan Allah menghidap barah perut final stage. Setelah bertarung dengan penyakit ni seberapa lama akhirnya kembali ke rahmatullah. Bergenang jugak aku mendengar cerita achik nih. Dalam tempoh si anak ni bertatung nyawa melawan penyakit ni, pernah jugak dia meluahkan rasa terkilan dan kecewa amat sangat kepada ibunya. "
mak, kenapa ita dapat penyakit ni? Ita belajar tinggi jadi doktor tapi tak boleh ubat penyakit sendiri.."

Basah jugak pipi ni tapi cepat-cepat lap...eheh. Selepas si anak ni meninggal, maka terkeluar lah taring si suami kepada doktor tadi. Tok chik dan achik ni tadi tidak pernah bertemu dengan 2 cucu mereka sejak 2 tahun anak mereka tiada. Si ayah ni tidak pernah membawa anak-anaknya balik ke kampung walaupun semasa hari raya.

Bayangkan la betapa rindu dan kasihnya mereka pada cucu yang tak pernah ketemu sampai kini. Dengan harapan cucu mereka ni menjadi pengubat rindu pada anak yang telah pergi selamanya dan dapat memberi semangat pada tok chik cepat sembuh. (belum lagi cerita bab harta si mati yang patutnya dibahagi jugak pada parents tapi tak dapat yang sepatutnya).


@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teringat Kembali Waktu Itu...

Hari berlalu terlalu pantas aku rasa
Setiap bulan setiap minggu setiap hari setiap jam setiap saat setiap detik
Aku lalui macam hari-hari biasa
Setiap waktu itu ada suka ada duka ada pahit ada manis
Mengharungi arus peredaran masa membuat aku terlupa bahawa inilah harinya

Aku teringat kembali waktu itu...
Waktu aku masih tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan
Semuanya indah
Mengharap masa berputar semula ke waktu itu
Waktu aku dipimpin tangan ketika hendak melintas jalan
Waktu aku dibelikan ais krim dan kek semasa hari jadi
Ketika bermain badminton dengan raket baru dibeli

Aku masih ingat waktu itu...
Waktu aku dihantar ke tadika ketika baru mula kenal dunia
Waktu aku dibawa ke mana saja aku hendak pergi
Waktu aku dikejut dari tidur untuk solat subuh
Ketika aku suka bila hanya bersarapan maggi waktu pagi

Masih segar di ingatan...
Ketika ku urut tangan yang mendukung aku semasa kecil
Ketika ku usap tangan yang mencubit aku ketika aku nakal
Kenangan terakhirku sampai bila-bila
Rasa macam baru semalam
Genap setahun berlalu waktu itu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wajah Bandar KK




Seminggu jugak diperlukan untuk update cerita seminggu lepas. Hmmm... masa yang sentiasa padat nih tidak memungkinkan untuk update sepantas kilat.






Ketika berada di KK (bukan kuala kangsar k) tengah musim hujan tapi selalunya petang je. Sampai dah malam sebab ambil flight petang. Penerbangan mengambil masa 2 jam 35 minit (macam balik Teluk Intan la) untuk sampai ke KK (naseb baik tak terlepas flight disebabkan salah tengok jam). Terus check-in ke Cititel Hotel Express (naseb baik dah booked siap-siap) dengan teksi airport yang memang hentam mahai punyaa.



Esoknya, dah start keja (penat nak layan dan amik hati orang nih) dan habis dalam pukol 2. Vendor pun dah balik tinggal sorang lagi ...huhu. Jalan la pusing town tengok tempat orang. Banyak tempat boleh tengok hanya dengan berjalan kaki je tak payah bayar pun. Ikut je mana kaki ni pegi tiba-tiba tesesat pulak naseb baik orang sini masih faham bahasa malaysia untuk ditanya...hehe. Puas jugak la dapat tengok tempat kat sini walau pun 2 hari je (siap upah driver teksi bawak jalan-jalan..eheh).





Next time, plan to go to other places pulak yang jauh sikit dan time tu akan ku minta cuti lama. Nak buat benda adventures sikit..(sorang2 tak besh)@_^. Bila duduk tempat orang ni minda aku makin terbuka (betui ka ayat nih?). Semakin menghargai hidup ni dan mahu menggunakan segala peluang yang ada depan mata.


p/s: tak besh bila spec hilang..huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~BesDay in AdVanced~


Di kala semua bercerita tentang Bajet 2011...DyaNz dengar ada yang menarik dengan kandunganya. Banyak membawa kebaikan kepada rakyat dengarnya. Di kala melayan tv rasa mengantuk cepat malam ni tapi teringat cik Sally suruh update activity suka-ria kita orang.

Kisahnya bermula bila en muced ni ajak geng ofis makan di luar selepas waktu pejabat. Kerana ajakan "makan" mana mungkin DyaNz menolaknya..eheh. Bila sampai di tempatnya ada la jugak tunggu dalam 15 minit kot baru dapat tempat mungkin sebab kita orang bersepuluh tu yang lambat dapat kot. Selesai order makan & minum (yang ambil masa dekat 15 minit jugak sebab cik naps yang tidak comfirm dengan pilihannya n cik dillz pula yang banyak bertanya abang waiter tu). Sebelum tu abang waiter tu (yang macam pernah dilihat di cawangan Jln Sultan Ismail) tanya ada hari special sapa2 ke? kita orang teros tunjuk en muced disebabkan dia belanja malam tu dan besday dia pun tak lama lagi (bukan malam tu la).

Abang waiter ni bawak geng dia dan sepotong kek ke meja kami teros baca jampi serapah apa entah sambil nyanyi lagu 'Heppi Besday Muced'. Dia suruh besday boy pegang botol sos as microfon dan request nyanyi 1 lagu tapi kami terus geleng kepala supaya dielakkan menyanyi..eheh. Last, besday boy kena tiup lilin kek dalam piring yang abang tu pegang hampir 1 meter. Bila DyaNz nampak je kek tu bersinar-sinar mata ni..bila rasa kek tu sejuk macam ais krim dah tak peduli orang lain..eheh. @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya Ciptaan...


Selesai kerja di KT, my Bro nak berjalan ke Taman Tamadun Islam yg tepi masjid Kristal tu tapi sebab tak pernah sampai sebelum ni tak sangka memang dekat betul. Dari luar dah nampak banyak bangunan cantik rasa teruja sedikit la. Sampai depan pintu masuk rupanya kena bayar..cess. RM15 dia hentam...hmmmm nak masuk ke tak mau..? Dah alang-alang sampai so masuk la jugak.


Nak masuk ada passport (macam airport pulaks). Passport ni bertujuan kalau next time datang balik boleh dapat diskaun..(aku nak datang balik ka??). Dan kalau ada kawan-kawan, family nak datang boleh guna passport ni dan dia orang boleh dapat diskaun...aahaa!!


Dalam tu semua replika masjid dari kebanyakan bahagian dunia. Agak kagum sebenarnya bila tengok ciptaan rumah Allah yang begitu indah. Ini baru replika jer kalau dapat tengok yang betul punya...?

@_^ should plan to visit one of the mosque in future

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Bersyukur..


Aku bersyukur kerana masih lagi bernafas dan mata dapat melihat segala isi dunia ini.

Aku bersyukur kerana masih ada mak, opah and adik2 yang lain yang selalu memberi semangat kepada aku untuk terus mengadap sandiwara dunia ni.

Aku bersyukur kerana tidak cedera langsung semasa accident dulu walaupun hanya benjol di kepala sedangkan ada kejadian lagi dahsyat berbanding aku.

Aku bersyukur kerana sentiasa mendapat kelapangan di kala dihimpit kesempitan sedangkan ramai lagi di luar sana yang tidak pernah surut diterjah dengan kesusahan.

Aku bersyukur kerana apa yang aku lakukan sekarang tidak dapat diperoleh sesetengah pihak sedangkan di luar sana masih ramai yang masih mencari peluang sebegini.

Aku bersyukur jika masih bersendiri kerana teman-teman dan keluarga kesayanganku membuatkan aku berasa dipunyai sedangkan di luar sana ramai berlumba-lumba untuk berdua tapi berakhir keseorangan.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Driver Bas Baik Hati

Cerita pasal bas takkan pernah habis. Apa saja yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Manusia perlu jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar. Apa yang berlaku ada hikmahnya jika diambil dari sudut positif. Puncanya dari manusia sendiri atas keizinan dari Allah. Kita manusia takkan pernah tahu perancangan Allah ini.

DyaNz sempat pergi ke Kuala Terengganu atas urusan kerja la macam biasa. Kali ni pergi dengan my Bro yang tengah cuti di UIA. Buat kerja tak sampai separuh hari so boleh la jalan-jalan kejap tengok pekan KT. Bro DyaNz ni nak pergi Taman Tamadun Islam (ilmiahnyer..tu la kalau keluar dengan s2dent nih). Kitaorang nak naik bas saja nak try survive di tempat orang..eheh.

Apa yang bagusnya bila tahan bas dan tanya kat driver tu, dia kata kena naik bas lain tapi dia boleh hantar ke stesen utama dulu untuk tunggu bas yang betul. Sepanjang perjalanan dalam bas tu, pak cik ni tanya kami dari mana, then cerita pasal KT sket2 dengan SENYUMAN =). Bila dah sampai ke stesen utama, kami naik bas yang betul dan pak cik lagi sorang ni pun cerita benda yang sama dengan SENYUMAN =). Bila dah sampai dia kata tunggu pukol 2.30 nanti bas ni pusing balik.

Bila berada di tempat orang dan bila dilayan dengan begitu baik terasa kita ni macam orang sana jugak. Kalau lah semua Driver bas baik hati macam ni.... @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cermin Mata & Penampang


Cermin mata DyaNz hilang !!! Yer hilang..sebab tak jumpa kat mana. Dah cari merata dah.. selongkar bilik hotel kat KK tu dah. Tapi still tak jumpa..huhu. Naseb baik ada contact lens ni dapat jugak tengok keindahan alam nih.

Baru je beli..tensennyerr..time tengah sengkek nih la dia nak hilang..yang teruknyer hilang kat KK lak tu..bukannyer kat Teluk Intan ka..at least boleh gak cari balik..dah tak da rezeki dengan spec tu la..yang paling teruk hilang dalam bilik..huhu. Kalau-kalau sapa2 ada jumpa spec tu kat Cititel Express, Kota Kinabalu tolong pulangkan ek..nanti bayaran pos akan ditanggung..eheh @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kereta ku dah OK!!

1 October hari tu genap 1 bulan 4 hari DyaNz tak jumpa AGU kesayangan. Dan hari tu menjadi pertemuan semula kami..huhu. Rindu kot. Kereta 1st kot sapa tak sayang. Dalam entry sebelum ni DyaNz ada cerita pasal accident tu, Ujian Ramadhan.

Mula-mula nak start bawak ni gelabah la jugak..still teringat kejadian tu. Tapi tu hari 1st jek, esoknya dah ronggeng merata dah ahaha. Kesimpulannya, berhati-hati la di jalan raya tapi kalau dah kena nak buat macam mana terima je la.

Nak share sikit gambar kejadian. Yang baru tak sempat amik lagi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS