Wedding di Penang

 Sempat ke Penang 1 malam sebab untuk menghadiri wedding rakan ofis.
Kami pergi berempat (yg masih anak dara lagi...hihi) naik MyVi baru.
Bergilir-gilir la juga  masa drive tu.
Seronok bawak kereta baru orang tu rasa laju je selalu.
Gerak dari Shah Alam dalam 3 p.m lebih jugak.
Singgah di RNR jejantas Sungai Buloh solat jamak Zohor dan Asar.
Solat lah anda walau ke mana pergi pun.
Sampai ke Penang dalam 8 p.m jugak la.
Kami tinggal di B-Suites Bayan Lepas.
Dekat je dari exit jambatan dan dekat juga dengan USM.
Rate dia ok juga dengan corporate rate RM200 per night untuk 4 orang. 
Sebab ramai boleh la kongsi so tak terasa sangat.
Selepas check-in dan siap-siap dan dah lapar pun dari petang.

Pukul 10p.m gerak ke Nasi Kandar Beratur.
Lama tak lama pukul 12 malam baru dapat makan.
Dah habis makan pun ramai orang masih BERATUR lagi.
Malam minggu pun tu yang orang ramai sangat.
Masa tengah beratur tu bila tanya orang keliling rata-rata semua 1st time sampai.
Nak merasa seperti yang digambar-gembur dalam internet.
Untuk saya yang dah pernah datang tak rasa apa sangat la.
Setakat menemani rakan yang juga baru 1st time sampai.
Nasi kandar Line Clear rasa saya lebih sedap.
Ada juga mat salleh yang teruja bila tengok orang beratur panjang, dia pun join sekali.
Bosan tunggu punya pasal, jalan kaki kejap ke Restoran Kapitan Tandoori Naan. 
Canggih jugak kedai ni ada delivery. 
Bungkus 2 ayam tandori + naan cheese.
Makan sekali dengan nasi kandar malam tu.
Alhamdulillah kenyang sangat.



Dan selamat sampai ke rumah pengantin di Kampung Sg Acheh, Nibong Tebal esoknya.
Bertambah lagi seorang di ofis yang dah bertukar status dan menambah pahala.
TAHNIAH.


p/s: on the way balik nampak banyak superbike cute ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz