Tiba-tiba Rindu sama Sapi Mamutik Manukan



Saya perlukan masa berehat iaitu CUTI. Sudah tidak tahan untuk mengadap PC setiap hari. 
Semoga Allah memberi ilham dan petunjuk agar saya masih boleh bertahan. 
Semoga Allah memberkati segala ilmu yang dipelajari di sini. 
Semoga Allah mengurniakan kebijaksanaan kepada saya agar dapat menyerap ilmu dengan cepat.
Tugasan besar bakal menanti dan mesti dilaksanakan. 
Semoga Allah membantu saya untuk tidak mengecewakan kepercayaan yang telah diberi.

Dalam pada itu, saya semakin teringat-ingat pada Sapi dan adiknya Mamutik beserta saudaranya Manukan.
Keadaan yang tenang yang jauh dari semua benda menguatkan lagi keinginan saya untuk jumpa 3 saudara ini.
Cuaca yang panas dan terik membuatkan saya lagi segar untuk ke sana.
Tidak dapat lupa betapa jernihnya air laut sampai boleh nampak kawanan ikan berenang di permukaan air.
Warna air yang kadang-kadang hijau, kadang-kadang biru juga tidak boleh dilupa.


Saya mahu pergi CUTI !!!!


p/s: Ada kawan dah pergi ke Mabul. Nak juga ke sana...siapa nak ikut ??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz