Di kala menonton drama waktu petang
Entah kenapa aku semakin gilakan
Telatah hero yang comel di sebalik muka yang sedia elok
Aksi heroin yang kadang-kadang happy
Berkerut serius kadang kala
Dan kebanyakannya sedih
Kalau diikutkan sebelum ini
Sudah banyak karya novel diangkat ke layar
Tapi tidak tahu mengapa
Yang satu ini menjadi pilihan ku
Tatkala ke MPH di Mid Valley pun
Novel ini di susun di depan sekali dekat dengan pintu masuk
Agar mudah bagi pelajar yang mahu redeem baucar 1 Malaysia
Supaya senang mereka masukkan dalam pilihan
Bukan senang nak habiskan Rm200
Tak cukup boleh ditambah
Kalau berlebih tak dipulangkan baki
Rakanku kata skripnya bagus
Mungkin ya bagi aku yang bukan latar belakangnya orang seni
Masakan tidak,
Boleh terpaku setiap petang
Gigih meredah kesesakan jalan
Agar tiba di rumah sebelum 7
Cerita ini ku tengok
Bukan sebab pelakonnya
Tapi sebab wataknya
dan juga lagunya
H.O.L.L.A.N.D - Hope Our Love Last And Never Die
Indahnya ungkapan
Buat si gadis tertawan
I.T.A.L.Y - I Trust And Love You
Sang jejaka pandai bermain kata
Seperti gemersik di dalam kalbu
Seperti gemersik di dalam kalbu
2 comments:
Mana mana je sume berangan dengan keromantikan si suffian tuh.. haih.. ahaha
Watak dan skrip yg bagus. Tak pasal2 tersuker ;)
Post a Comment
Comment plz