On the way balik singgah JJ Ipoh nak segarkan mata sikit ;)
Kebiasaan masa perjalanan yang diambil dari KL ke Taiping kurang sedikit dari masa diambil ke Penang dalam lenih kurang 4 jam la paling lama pun.
Tetapi pada 21 January 2011 masa diambil berganda-ganda.
Mungkin kerana terlupa merancang perjalanan, kami sengaja memilih waktu 'biasa' untuk bertolak dari KL menuju ke utara iaitu 10.30am.
Pada mulanya jalan nampak lancar tapi bila selepas keluar dari Toll Duta telah nampak tanda-tanda jalan akan sesak teruk.
Dan waktu kemuncaknya tiba bila menghampiri exit Rawang. Kenderaan memenuhi sepanjang-panjang jalan dan bergerak pun sedikit-sedikit.
Kami cuba alternatif lain dengan mengikut jalan lama dari exit Rawang. Jarak diambil akan bertambah jauh tapi sekurang-kurangnya dapt juga bergerak laju sedikit.
Kami masuk ke laluan lebuhraya semula di exit Simpang Pulai dan jalan telah mulai lancar sedikit.
Dalam pukul 5 lebih, selamat sampai ke Taiping bagi menghadiri kenduri pekahwinan sahabat karib.
Beliau sangat rapat dengan saya kerana kami mula kenal sejak tahun pertama di universiti sehingga sekarang kerja pun sama pejabat.
Cuma jodohnya sampai dahulu syukur Alhamdulillah.
Kesian pengantin terpaksa tak tukar baju sampai pukul 6 petang sebab menunggu ketibaan tetamu kehormat yang paling lambat sekali sampai...huhu.
Kami dapat tahu ada rakan pejabat yang lain terpaksa patah balik ke kl kerana jalan yang terlalu sesak.
Semoga perkahwinan sahabat baik ku ini dilimpahi dengan keberkatan dari Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki berlipat-kali ganda dari sekarang. InsyaAllah.
Sempat bergambar dengan pengantin...walau dah pukul 6.30pm
Selamat sampai ke rumah 11.30pm. Opah tersengguk-sengguk tunggu kami ;p
UPDATED # Tiba2 suami kawanku ini menjadi kontroversi di pejabat kerana tidak ada dalam mana-mana gambar (jurugambar bidan terjun ni terlupa nak ambil, memang tak ada langsung dalam kamera) dikatakan VVIP pulaks ;p
0 comments:
Post a Comment
Comment plz