Itu Rahsia Tuhan
Seringkali saya diajukan dengan soalan yang sama setiap kali memenuhi undangan perkahwinan rakan-rakan.
"DyaNz bila lagi...?"
Sudah tidak terkira sebenarnya jawapan yang saya berikan bagi memuaskan keinginan tahu mereka itu.
Ada satu masa tu, saya jawab " Owhh...lambat lagi. Tunggu la si XY ni lepas dulu "
Ada ketika yang lain saya jawab, " Hmmm...tak jumpa lagi la. Belum ada jodoh lagi.."
Dan kebelakangan ini saya jawab begini, " Haah..doakan la moga cepat dapat lepas ni.."
Dalam keadaan sekarang , mungkin inilah jawapan paling sesuai.
Saya suka berfikiran positif sekarang. Berpegang pada ketentuan Ilahi terhadap sesuatu yang berlaku.
Dengan berdoa sahaja lah jiwa menjadi tenang. Yakin Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya.
Jangan asyik mengeluh dan keluh-kesah dengan mengeluarkan perkataan yang tidak enak didengar.
Bukankah lebih baik berzikir dan bertasbih memohon kepada-Nya.
Mengadu kepada manusia hanya dapat meluahkan perasaan sahaja tapi meminta kepada Allah akan lebih berkat dan menjauhkan sifat sombong. Sesungguhnya Allah sangat suka hamba-Nya meminta kepada-Nya.
Tapi kenapa doa masih tidak makbul?
Sekali lagi saya masih positif dan yakin dengan kekuasaan Allah. Saya akui masih banyak lagi yang perlu ditambah dalam amalan seharian.
Sebelum doa menjadi makbul hati perlu bersih. Jika hati tidak bersih mana mungkin Allah dapat mendengar permohonan ikhlas manusia.
Niat memohon sesuatu juga perlu kerana Allah. Jika niat hendak berkahwin adalah untuk menutup mulut orang, jika niat hendak berkahwin adalah untuk menunjuk, etc, hmmm...adakah mungkin ini penyebab doa masih tidak makbul ?
Adalah lebih baik mengasihi diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengejar kasih orang lain. Sayangilah diri sendiri InsyaAllah kasih-sayang akan datang dengan sendirinya. Yakin.
Tidak perlu resah kerana jodoh itu sudah tertulis cuma cepat atau lambat sahaja. Yakin.
Kerana itu rahsia Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Comment plz