Bertautkah Kasihku ?

Malam tadi sempat tengok cerekarama di TV3 sebab rasa dah lama tak tengok cerita melayu.
Jalan cerita dia lebih kurang begini :

Suhaila
Seorang gadis melayu muslimah masih bujang yang sentiasa mengamalkan Islam dalam amalan seharian. Solat tak pernah tinggal, selalu baca alQuran dan menjaga aurat. Walaupun berjawatan tinggi, sentiasa berbudi bahasa. Semasa memandu sentiasa mendengar nasyid dan zikir...menarik !!! Kenapa saya kata menarik? kerana ada sahabat yang dekat dengan saya pun begitu ;)

Fauzi
Sudah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. Berjawatan tinggi juga dan Suhaila ialah client business beliau. Tidak berapa mengamalkan Islam dalam kehidupannya dan juga rumah tangganya. Tidak pernah bahagia dengan perkahwinan kerana mengikut pilihan keluarga tapi berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Sejak mengenali Suhaila, pintu hatinya mula terbuka untuk mendalami Islam.

Yasmin
Isteri kepada Fauzi. Tidak bahagia dengan perkahwinannya kerana pilihan keluarga. Selalu bertikam lidah dengan suaminya. Tidak menjalankan tanggungjawab kepada suami dan sentiasa meninggikan suara.

Letak ke tepi dahulu pengakhiran ceritanya. Nak tengok full story? boleh tengok kat www.tonton.com.my :)

Apa yang ingin saya fokuskan adalah tentang Fauzi melamar Suhaila untuk menjadi isteri ke2 dengan alasan untuk membimbingnya lebih dekat ke jalan Allah. Setelah solat istikharah, Suhaila terima lamaran tersebut. Yasmin pada mulanya mengamuk akhirnya setuju dengan syarat Fauzi serahkan separuh assetnya kepada Yasmin. Kehidupan selepas perkahwinan Suhaila dan Fauzi lebih bahagia menyebabkan Yasmin cemburu dan berdendam dalam diam.

Seorang gadis yang beriman ditakdirkan menjadi isteri kedua. Semua wanita secara amnya tidak mahu pun dimadukan atau menjadi madu. Tapi siapa kita untuk melawan ketetapan Allah ? Dari sudut pandangan lain, oleh kerana isteri yang tidak mentaati suami  dan si suami pula terjumpa wanita yang dapat melengkapi pada keadaannya ketika itu, mungkin inilah alasam baginya untuk berkahwin lagi. Adakah wanita ini patut dipersalahkan? Dapatkah si suami berlaku adil seadil adilnya? Dan sanggupkah wanita melukai hati wanita lain?
Semoga Allah memimpin kita ke jalan kebenarannya. InsyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz