Jujur dalam segalanya

Kalau lah setiap perkara yang dilakukan di muka bumi ini dilakukan secara jujur
Akan amanlah dunia kerana,
Semua nya dilakukan mengikut aturan.

Sebagai contoh:
Kereta di jalan raya yang hendak masuk ke lorong sebelah ketika waktu 'peak hours'
Kalau lah pemandu berlaku jujur maka dia akan beri isyarat terlebih dahulu
Dia tidak akan sengaja melulu masuk dan menyebabkan pemandu di belakangnya terpaksa brek mengejut.
Kalau lah

Ambil contoh kedua:
Membeli laptop baru di low yat. Mestilah perlu survey dahulu sebelum membeli.
Banyaklah janji manis ditabur oleh si penjual.
Dia boleh bercerita sebanyak mana pun tentang kehebatan laptop tu
Kalau lah si penjual ini benar-benar jujur,
Apa yang dikatakannya adalah benar semua
Dapat free gift pun dapat guna semua
Tak da lah bila balik rumah check balik separuh barang tak boleh guna
Rasa macam ditipu
Kalau lah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bertautkah Kasihku ?

Malam tadi sempat tengok cerekarama di TV3 sebab rasa dah lama tak tengok cerita melayu.
Jalan cerita dia lebih kurang begini :

Suhaila
Seorang gadis melayu muslimah masih bujang yang sentiasa mengamalkan Islam dalam amalan seharian. Solat tak pernah tinggal, selalu baca alQuran dan menjaga aurat. Walaupun berjawatan tinggi, sentiasa berbudi bahasa. Semasa memandu sentiasa mendengar nasyid dan zikir...menarik !!! Kenapa saya kata menarik? kerana ada sahabat yang dekat dengan saya pun begitu ;)

Fauzi
Sudah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. Berjawatan tinggi juga dan Suhaila ialah client business beliau. Tidak berapa mengamalkan Islam dalam kehidupannya dan juga rumah tangganya. Tidak pernah bahagia dengan perkahwinan kerana mengikut pilihan keluarga tapi berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Sejak mengenali Suhaila, pintu hatinya mula terbuka untuk mendalami Islam.

Yasmin
Isteri kepada Fauzi. Tidak bahagia dengan perkahwinannya kerana pilihan keluarga. Selalu bertikam lidah dengan suaminya. Tidak menjalankan tanggungjawab kepada suami dan sentiasa meninggikan suara.

Letak ke tepi dahulu pengakhiran ceritanya. Nak tengok full story? boleh tengok kat www.tonton.com.my :)

Apa yang ingin saya fokuskan adalah tentang Fauzi melamar Suhaila untuk menjadi isteri ke2 dengan alasan untuk membimbingnya lebih dekat ke jalan Allah. Setelah solat istikharah, Suhaila terima lamaran tersebut. Yasmin pada mulanya mengamuk akhirnya setuju dengan syarat Fauzi serahkan separuh assetnya kepada Yasmin. Kehidupan selepas perkahwinan Suhaila dan Fauzi lebih bahagia menyebabkan Yasmin cemburu dan berdendam dalam diam.

Seorang gadis yang beriman ditakdirkan menjadi isteri kedua. Semua wanita secara amnya tidak mahu pun dimadukan atau menjadi madu. Tapi siapa kita untuk melawan ketetapan Allah ? Dari sudut pandangan lain, oleh kerana isteri yang tidak mentaati suami  dan si suami pula terjumpa wanita yang dapat melengkapi pada keadaannya ketika itu, mungkin inilah alasam baginya untuk berkahwin lagi. Adakah wanita ini patut dipersalahkan? Dapatkah si suami berlaku adil seadil adilnya? Dan sanggupkah wanita melukai hati wanita lain?
Semoga Allah memimpin kita ke jalan kebenarannya. InsyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Opis RenoVate

Opis nak kena renovate!!!

Asalnya ada 3 bilik meeting (1 besar + 2 kecil)
Tapi lepas ni akan tinggal 1 bilik besar sahaja
Mesti ramai berebut nak meeting di bilik besar tu
So lepas ni tengok la Siapa Cepat Dia la yang Dapat k!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan kecil

Sudah 3 hari hujan di KL sampai banjir di beberapa tempat.
Inilah antara dugaan yang Allah berikan kepada hambaNya.
Jika dibandingkan dengan dugaan di zaman Rasulullah S.A.W dahulu,
tersangatlah kecil dan kita sekarang dah pun berkeluh-kesah.
Kehilangan orang tersayang juga merupakan dugaan.
Meratap dan menangis lah sepuasnya jika itu dapat menenangkan jiwa
Tapi tidak setanding dengan bacaan ayat suci alQuran yang
Mententeramkan hati dan mendamaikan perasaan
Bukan sahaja kepada si pembacanya malah si mati
Bila ada kematian, biasanya buat kenduri tahlil dan bacaan Yassin.
Seramai mana pun orang yang membacakan untuk si mati
Takkan sama dengan anak si mati sendiri dan ahli keluarga yang membacakan.
Rajin-rajinkan lah mendoakan dan sedekah ayat alQuran untuk ahli keluarga kita yang telah pergi.
Boleh juga jadi bekalan untuk kita bila masanya tiba nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Bandung Muar

 tentang dhia...?


mee bandung

kuey teow sup

Alamat:

Behadapan econsave lama kajang,
On the way nak ke TESCO dari pekan Kajang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan di Black Canyon Alamanda Putrajaya

Ada satu ketika tu si PB nak makan sedap-sedap. Sebagai kakak yang baik hati dan sporting, saya ikutkan saja.
Saya pilih western, PB pilih thai

green tea

corn soup

saya punya

 sos

 ayam dia

 roti

kentang

 salad

udon tomyam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Itu Rahsia Tuhan



Seringkali saya diajukan dengan soalan yang sama setiap kali memenuhi undangan perkahwinan rakan-rakan.
"DyaNz bila lagi...?"
Sudah tidak terkira sebenarnya jawapan yang saya berikan bagi memuaskan keinginan tahu mereka itu.
Ada satu masa tu, saya jawab " Owhh...lambat lagi. Tunggu la si XY ni lepas dulu "
Ada ketika yang lain saya jawab, " Hmmm...tak jumpa lagi la. Belum ada jodoh lagi.."
Dan kebelakangan ini saya jawab begini, " Haah..doakan la moga cepat dapat lepas ni.."
Dalam keadaan sekarang , mungkin inilah jawapan paling sesuai.
Saya suka berfikiran positif sekarang. Berpegang pada ketentuan Ilahi terhadap sesuatu yang berlaku.
Dengan berdoa sahaja lah jiwa menjadi tenang. Yakin Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya.
Jangan asyik mengeluh dan keluh-kesah dengan mengeluarkan perkataan yang tidak enak didengar.
Bukankah lebih baik berzikir dan bertasbih memohon kepada-Nya.
Mengadu kepada manusia hanya dapat meluahkan perasaan sahaja tapi meminta kepada Allah akan lebih berkat dan menjauhkan sifat sombong. Sesungguhnya Allah sangat suka hamba-Nya meminta kepada-Nya.

Tapi kenapa doa masih tidak makbul?
 Sekali lagi saya masih positif dan yakin dengan kekuasaan Allah. Saya akui masih banyak lagi yang perlu ditambah dalam amalan seharian.
Sebelum doa menjadi makbul hati perlu bersih. Jika hati tidak bersih mana mungkin Allah dapat mendengar permohonan ikhlas manusia.
Niat memohon sesuatu juga perlu kerana Allah. Jika niat hendak berkahwin adalah untuk menutup mulut orang, jika niat hendak berkahwin adalah untuk menunjuk, etc,  hmmm...adakah mungkin ini penyebab doa masih tidak makbul ?
Adalah lebih baik mengasihi diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengejar kasih orang lain. Sayangilah diri sendiri InsyaAllah kasih-sayang akan datang dengan sendirinya. Yakin.
Tidak perlu resah kerana jodoh itu sudah tertulis cuma cepat atau lambat sahaja. Yakin.
Kerana itu rahsia Tuhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Positive

 Satu hari dapat result medical check-up dari klinik pejabat (setelah delay beberapa hari kerana faktor kerja)
Alhamdulillah, semua ok. Nak kena improved sikit je lagi.
More work out perhaps ?

Result darahku A+ (sebelum ni hanya tahu darah jenis A sahaja)
Lalu sengaja sms PB,

DyaNz : Darah ko jenis apa? Darah aku A+

Cepat je dia reply,

PB : Aku punya pun A+

Aku balas balik,

DyaNz : Owhhhh...rupanya kita related selama ni  !!!

Tak lama lepas tu,

PB : FRUSTrated



p/s: PB ni adek betul DyaNz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS