Kata orang banyak berjalan luas pengetahuan
Tapi kalau dah selalu sangat merayap tu
Tak berapa nak banyak pun yang dapat
Aku gagahkan jugak diri ini berjalan di bulan puasa
Ke mana tapi..
Ke Sarawak
Kerjanya tak banyak mana
Kali ini ku bawa bersama pembantu baru
Boleh jadi bodyguard la jugak
Sambil tu boleh tolong angkat kek lapis
1st Day
Sampai di Kuching dalam 12 tengah hari
Bargegas ke bandar Kuching
Check in Tune hotel letak barang
Naik sampan ke seberang nak pergi Dayang Salhah
Sebelum tu ada jumpa Mira Cake House jugak
Kek dia jenis basah so kena makan cepat
Tapi aku nak simpan lama
Borong 2 kotak jugak akhirnya
Nasib sampan tak tenggelam
Bila dah petang cari tempat berbuka
Jumpa McD pun jadi la
Waktu berbuka di Kuching 6.50pm ketika itu
Selepas itu, jalan-jalan ke Topspot
Banyak seafood dan banyak jugak arak..ahaks
Kena pandai pilih kedai
2nd Day
Naik flight ke Miri
Baru tahu kena naik MasWing dan transit ke Mulu
What!!!! Mulu....macam pernah dengar je
Dalam flight setiap row ada 2 seat
Agak sempit tapi ok saja
Flight attendant ada 2 orang saja
Oleh kerana aku sahaja perempuan Muslim
FA bagi makanan ringan bawak balik
Di Mulu, berhenti selama 20 minit
Semua hutan dan gunung keliling
Foreigner yang datang sini semua datang untuk ke Taman Negara Mulu
Kawasannya tenang dan nyaman
Secara tiba-tiba aku rasa excited
Dalam hati, " next time i'm coming here..i will "
Di Miri, sempat berjalan di bandarnya
Tak kecil sangat dan tak besar sangat
Nak cari tempat jual kraftangan
Orang di situ tunjuk kan aku Pusat Kraftangan Miri
Tapi barang di situ agak mahal
Hanya pusing-pusing saja di situ
Naik flight ke KL tapi transit dulu ke Kuching
Arghh!!!! transit lagi
Seharian tak makan cuma dapat kacang masin sahaja
Berhenti semasa Immigration clearance
Terjumpa ex-schoolmate yang dah 7 tahun tak jumpa
Walau tak sempat berbual panjang
Dalam hati rasa puas dan syukur
Berkat bulan Ramadahn mulia ini
Silaturrahim yang terputus dapat disambung kembali
Ada rahmat di sebalik transit beberapa kali
0 comments:
Post a Comment
Comment plz