Hantu Mak Limah Balik Rumah


Sakit perut --> nak tahan ketawa tapi akhirnya kena gelak jugak tak berhenti


Lawak --> Loghat Perak yang selamba. Belum start cakap pun dah gelak dulu.

Sakit tekak ketawa mengekek --> sampai terbatuk-batuk sebab mesti kena ketawa habis-habisan

Sindir menyindir --> maksud tersirat kepada Orang Melayu untuk dipikirkan.

Seram sikit-sikit --> bunyi dan hantu yang pelik-pelik keluar

@_^ Yang ke-3 --> Zombi Kilang Biskut ???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Final Piala Suzuki AFF 2010 vs Rock the World 10



Rupanya 2 event ni bertembung dalam tarekh yang sama. Hari ahad 26 Disember 2010. Sejak tahun 1996 piala ni pertama kali dinamakan Piala Tiger dan Malaysia mara ke final waktu itu tapi kalah dengan Thailand. Kali ini baru lah Malaysia dapat masuk final balik. Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harga Tiket Perlawanan Final Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia lawan Indonesia

1. RM50 —> Berbumbung

2. RM30 —> Terbuka

3. RM5 —> Kanak-kanak bawah 12 tahun


Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/12/harga-tiket-perlawanan-akhir-piala-suzuki-aff-2010-tiket-dijual-khamis.html#ixzz193CYzvA2

RTW10 dah sampai kali ke-10. Merupakan medium untuk band-band underground menunjukkan bakat serta skill mereka di atas pentas (seriuss memang ada yang sangat bagus tapi ada jugak yang mengarut). Tahun lepas sampai 3 pentas dibuka ( 1 besar 2 kecik) tapi tahun 2010 2 pentas sahaja. Tahun ni sponsor TuneTalk.
Harga tiket RM30 (tahun lepas RM25..huhu). Start dari pagi sampai malam (kalo hujan lebat lagi..habis laa).
Venue --> Carpark A (stadium bukit jalil).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Red Bean Freeze


Atas permintaan cik Sally, bila dia suruh letak gambar Red bean freeze masa minum kat OTWC. Selalu je tak sempat ambil gambar sebab bila dah habis baru teringat ..eheh. Boleh tahan sebab tak boleh masuk dengan coffee dia yang lain so red bean boleh jadi option alternatif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lori atau Pemandu yang bangang!!!


Agak kasar rasanya tajuk di atas tu tapi bila asyik selalu dibuli je lama-lama pun tak boleh tahan. Bila atas highway dah elok-elok drive dengan tenang tak pasal-pasal ada orang blink-blink lampu dari belakang. Bila tengok kat cermin, tu dia..bukan main besar makhluk kat belakang. Dia ni marah aku bawak slow sangat ker? Masalahnya aku kat lorong paling KIRI ok nak laju buat apa. Lorong tengah dan kanan kan ada. Apa la bangang (aku tak tau siapa yang bangang).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papan Tikus DyaNz

tadaaa.....!!! comeyyy tak..

Dulu-dulu tiap kali nak guna mouse main golek atas meja aje. Tak ada mouse pad pon. Selalu pinjam abg J punya (kalau dia ada kena pulang balik kat dia..huhu :( . Akhirnya, DyaNz tekad nak beli 1 mouse pad supaya senang nak buat kerja. Kalau tak ada mouse pad ni kadang-kadang pointer mouse ni lari. Nanti DyaNz pun pening @_#. Pegi ke Mines minggu lepas, ada la usha kedai komputer kat situ. Banyak pilihan tapi harga pun boleh tahan jugak.

Ada macam-macam saiz sebenarnya. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang petak, ada yang bulat, ada yang macam-macam bentuk pun. Lagi satu yang penting kena tengok jenis 'material' dia. Masa usha tu boleh try pegang dan rasa sendiri. Boleh beza kalau material dari jenis elok atau tak. yang elok tu harga dia pun boleh agak sendiri la kan ..wink..wink. DyaNz akhirnya jumpa yang berkenan, tak mahal sangat tak murah sangat. Yang penting selesa bila guna. Kita akan guna untuk jangka masa panjang (pikir yang tu masa nak beli k).

canggih..
simple..
stylo..

erkk...??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tasik Cempaka Bangi

Utara...Selatan
refleksi kaki yang dah penat berlari tu


phewwitt...jalan sorang je kak?

Dah sebulan lebih tak work out since outstation dulu. Dah mula rasa badan tak fit, cepat penat rasa nak demam pun ada (tak terkecuali lemak makin berkumpul). DyaNz perlu sentiasa sihat dan fit kerana working environment yang sangat-sangat tight sekarang (dah hujung tahun biasa la..). Hari ini ajak PB ke Tasik Cempaka untuk mulakan cara hidup sihat..hehe. Nak bangun pagi ni (alahaii malasnyerr..) 2 ke 3 kali jugak bangun baring bangun baring balik. Sebagai beginner kami mulakan hari ini dengan aktiviti berjalan kaki sahaja @_^. Lepas ni boleh up sikit ke jog dan lepas tu boleh marathon kot..eheh.

ada senaman tai chi..(x rei eja)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Lelaki Berpegangan Tangan


Pernah tak bila korang berjalan-jalan di pasar malam atau di supermarket ka taman rekreasi ka dan korang nampak 2 orang mamat ni berpegangan tangan dengan erat macam tak nak lepas dah. Kita biasa nampak lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan dan ini macam diterima (hmmm). Kita juga biasa nampak perempuan dan perempuan yang pegang tangan dan ini pun diterima juga. Tapi bila lelaki dan lelaki yang pegang tangan..mula la orang keliling pikir lain. Iyer..memang nampak lain. Sebenarnya tak salah pun..mungkin mereka itu adik-beradik atau saudara..(tak baik bersangka buruk ek). Kadang-kadang bila perempuan dengan perempuan pegang tangan lebih-lebih pun orang akan tengok dan pikir lain dah. Sama jugak bila lelaki dan perempuan yang tak ada hubungan apa-apa pun pegang tangan. Tak apa lah selagi mereka ini tak kacau sesiapa biar aje lah...
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muzium TUDM, Sg Besi




our pilot to be..

DyaNz bukan seorang ibu mahu pun isteri (belum lagi ok). Tapi, bila mula cuti sekolah kena pikir macam mak orang pulak. Contoh macam tempat apa yang seronok musim cuti sekolah, apa lagi tempat belum pergi, hotel mana masih available lagi..etc. Bila dah besar ni macam malas sebenarnya nak lawat tempat yang berunsur ilmiah ni tapi mengenangkan pujukan dan ajakan manja soldier di rumah diikutkan jugak la. So, kali ni pergi ke Muzium TUDM sungai Besi. Sebenarnya tak pernah sampai pun lagi, selalu nampak dari tepi jalan aje bila on the way nak ke tol jalan Duta lepas exit tol Sg Besi.

berangan dahulu..

Masa nak masuk pun macam blur, bila tanya guard kat situ siap kena gelak kot. Kena la tanya takut termasuk kem yang entah apa nanti askar-askar tu nanti jugak yang terkejut. Banyak kapal terbang dan helikopter lama ada kat sini. Boleh tahan la jugak nak bawak budak-budak cuti sekolah ni. Tak langsung boleh beri inspirasi nak capai impian bukan la senang macam kapal terbang tinggi di udara. Tapi dengan usaha dan semangat kental, mesti boleh...


perkarangan luar


@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kakak Tak Nak..


1 malam, seorang ibu telefon anak perempuannya. Si ibu merungut kerana anaknya tak pernah call rumah (walaupun baru seminggu terlupa call). Si ibu cakap,
"lepas ni mak tak nak call la sebab kakak tak nak call mak.."
Si anak memberi alasan dia terlalu sibuk. Anak-beranak bersembang di telefon kira-kira 10 minit jugak (ketika itu si anak masih ligat menyiapkan kerjanya). Sampai kepada cerita pak cik dan mak cik singgah ke rumah.
"pak cik kamu dah dapat 3 serangkai..." si anak terdiam seketika dan terus teringat kisah ayahnya dulu.
"Kalau macam ni, kakak tak nak kawen la..nanti mesti turun jugak pada kakak..kakak kesiankan suami dan anak-anak kakak nanti kalau kakak mati .."
entah macam mana ayat itu terpacul keluar dari mulut si anak. Rasa menyesal jugak la si anak selepas itu.

Sebelum letak telefon, si ibu cakap padanya,
"rezeki,jodoh,maut di tangan Tuhan..manusia takkan pernah tahu percaturan Tuhan"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harga Tiket RTW10 naik RM5


Kalau RTW9 dulu RM25 (sebab beli kat kaunter tapi dapat tau ada orang beli dengan ulat dapat harga lagi murah..cesss) tahun ni dah jadi RM30. Naik RM5 tu!! Agak mahal la jugak. Time RTW9 dulu memang hujan sepanjang hari dengan kilat la dengan taufan la dengan khemah berjalan la (mood down setiap kali hujan lebat kena lari berteduh bawah khemah). Bila tengok cuaca yang tak menentu je kat Malaysia sekarang ni agak reluctant untuk join this time huhu. Mungkin aku tak ada semangat rock yang kental untuk bertahan macam orang lain. Tengok kat website RTW10 boleh tau band yang akan join. Ada 19 aje ke ? (mungkin untuk elak show habis lambat dan electric kena cut kot) .
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dua Kepala


Tak semua orang sama pendapat. Walau sekamcing mana pun adik-beradik tu, secocok mana pun pasangan tu mesti akan ada selisih pendapat. Dari sebesar-besar benda sampai sekecil-kecil isu pun boleh jadi gaduh.

Hari ini DyaNz dan Penternak Berjaya pergi survey perabot (rumah dah masuk berminggu tapi masih kosong). Kami pergi 5 buah kedai (nasib baik kedai tu sebelah je tak payah jalan jauh). Masuk kedai 1st, dua-dua ok aje. Masuk kedai 2nd, dah mula berlainan pendapat. Masuk kedai 3rd dan seterusnya dah memang bertikam lidah hampir nak bergaduh kat kedai tu (malu je orang kedai tu tengok eheh).

Puncanya, DyaNz nak kabinet tv putih, Penternak nak warna hitam. DyaNz nak meja makan kaca, Penternak nak fully kayu. DyaNz nak meja makan 6 kerusi, Penternak nak 4 kerusi. DyaNz nak sofa L-shaped yang dah siap sambung, Penternak nak yang tak sambung.

Akhirnya tak beli pun. Masing-masing pening dah. Berkhir la pencarian untuk hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS