Pulang dari Penang

di hadapan Nasi Kandar Beratur

Kata orang jauh berjalan luas pemandangan. Iyer memang betul pun. Lima hari di Seberang Jaya dan Komtar sudah cukup buat masa ini merasa keadaan di tempat orang. Kredit to my PapaGO kalau tak kerana dia aku tiada kekuatan meredah jalan di bandar Penang hehe. Thanks to en Amin aka cik Sally kerana turut membantu mencari pencawang di SJA.

Ketepikan bab orang Penang yang tak sabor-sabor (loghat orng Perak), asyik nak hon jek pantang lambat sikit pantang silap sikit. Agaknya hobi memang suka tekan hon kot tak sempoi langsung..huh. Mawar berduri jangan marah ek minta maaf tak sempat singgah kerana perlu bergegas ke Ipoh pula selepas itu.

pemandangan malam dari bilik

Apa yang dicari bila sudah berada di sini? MAKAN!! Walaupun suka makan tetapi perlu tengok jugak makanannya. Kalau tiap-tiap hari kena makan nasi kandar tak lalu jugak. Tapi itulah yang terpaksa dilalui. Hari 1st makan di Pelita Auto City Juru. Malamnya di Subaidah. Esoknya makan di Nasi Kandar Tajudin Husain. Malamnya makan di Nasi Kandar Beratur. Hari 3rd breakfast di kedai tepi jalan makan roti bakar dengan telur separuh masah dicurah atasnya. Malamnya makan di Tandoori Kapitan pekena Cheese Naan + tandori..yang ni memang my favourite la since aku memang suka roti.


Hanya sempat berjalan melihat bandar Penang pada waktu malam setelah kerja selesai. Dengan keadaan hujan dan angin kuat lebih-lebih lagi di Sri Intan Resort (bunyi angin menjerit-jerit macam nak tsunami pun ada), tak berapa seronok la sikit. Pusing-pusing di kawasan Padang Kota Lama, persiaran Gurney (tak sempat nak makan rojak n cendol), batu Ferringhi, Hard Rock Hotel (tak sempat jugak nak singgah night market dia).

Sedar tak sedar dah hari last. Apa nak buat lagi? Cari makan area Uitm seberang perai ada kedai makan jual ikan bakar tepi jalan. Thanx to en Nadzri tolong temankan cari tempat makan kalau tak kami terpaksa makan nasi kandar lagi hari itu..huhu. Pesan en Hadi beli jeruk campur di Chowrasta market (penyebab gastrik aku datang kembali). Tapi En J cakap kat balik Pulau ada jual jeruk lagi murah. Sebagai penutup aku merasa naik feri yang telah bertahun-tahun ditinggalkan sejak Tok Cu berpindah dari Bayan Lepas ke SP.


@_^ berharap dapat datang lagi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

amie hani said...

mana ole2 untuk i ni?

DyaNz said...

sorry beb..x sempat beli apa pon..sempat makan jek..hehe

Post a Comment

Comment plz