Kisah Si Tikus


Nama saya Emot..selamat berkenalan. Saya ni seekor hamster dan dijual di ekspo pesta konvokesyen. Dulu saya ada teman nama dia Enot. Kami dipasangkan bersama ketika mula-mula dijual. Sebagai pasangan hidup semua aktiviti dilakukan bersama. Makan bersama, main roller bersama, minum bersama serta tidur pun bersama. Rutin harian kami selalunya bermula setiap pukul 11 malam kerana pada siang hari kami tidur. Tuan kami memindahkan kami ke rumah di kampungnya kerana sebelum ni dia tinggal di hostel tapi kerana dia dah habis belajar dan telah dihalau keluar maka kami juga harus berpindah.

Sampai di kampung kami telah diserahkan kepada adik bongsu tuan kami. Bermula hari itu kami mula dijaga oleh tuan baru. Segala rutin dilakukan macam biasa. Ahli keluarga tuan saya ni ramai jugak rupanya. Setiap kali akan ada je yang menjenguk ke sangkar kami. Semuanya muka kami tak kenal. Mereka semua menyebut nama kami setiap kali menjenguk dan ada jugak yang usik-usik badan kami. Kami ni tak friendly user so kami gigit je tangan diaorang tu..ahaha.

Kisah bermula pada satu malam tu, dalam pukul 3 pagi. Bumbung tempat tidur kami longgar so kami telah sepakat untuk lari bersama-sama. Saya pesan pada Enot, "U jump..I jump!!". Kerana Enot jump dulu, saya jump lambat sikit. Tiba-tiba Tuan saya datang dan tangkap saya. Apasal tuan saya ni boleh terjaga lak ni?? Ohh tidakk...Enot!!! jangan tinggalkan daku.....!!!



Sejak hari tu, saya si Emot tinggal sorang-sorang. Enot tak dapat dikesan. Hidup ke dia..sehat ke dia..makan ke dia..saya tak tau. Entah entah dia dah sangkut kat Tikus tanah yang lagi hensem dari saya kot..huhu. Terpaksalah saya habiskan sisa hidup ni sendiri. Kerana tiada teman macam dulu saya semakin obess. Saya tiada mood untuk bersenam. Selera makan bertambah kerana rindukan Enot. Kalau lah saya ada teman baru....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Encik Bulan said...

Teringin nak bela tapi:
1. takut tak terjaga,
2. Takut terpijak,
3. Dah bela kucing..5 ekor lak tuh

DyaNz said...

Memang betul..kalo dah jaga kena bertanggungjawab..kalo dh bela kuceng mmg jadi habuan la tikos nih..eheh

Post a Comment

Comment plz