SELAMAT HARI RAYA

Akhirnya berakhir lah Ramadhan dan datang lah Syawal. Entah sempat tak DyaNz nak jumpa Ramadhan tahun depan. Tahun ni raya DyaNz dan family tak sama macam tahun lepas. Sebenarnya puasa tahun ni pun dah tak sama macam tahun lepas. Kalau dulu setiap kali puasa, ada orang belikan nugget yang bentuknya macam-macam. Ada bentuk bintang, ada bentuk bulan so kitaorang akan rasa berselera masa bersahur. Masa berbuka pulak selalu beli murtabak. Raya sebelum ni, lepas solat raya boleh salam cium tangan mak dan ayah. Tapi tahun ni cuma dapat salam cium tangan mak jer. Kalau teringin sangat pun cuma boleh pergi baca yassin kat kubur je tengok batu nisan. Orang lain seronok dapat kumpul 1 family tangkap gambar pagi raya, pergi beraya rumah saudara ramai-ramai pakai baju sedondon. DyaNz dapat tengok je la. Takkan nak menangis jer kot bukan dapat hidup balik pun. Bila tengok drama Syurgamu Ramadhan rasa macam terkena jugak kat DyaNz tu yang sanggup bersengkang mata tahan ngantuk tiap-tiap malam..eheh. Cuma DyaNz rasa bersyukur sebab DyaNz belum hilang semuanya. Banyak lagi yang boleh dibuat selagi family DyaNz masih ada. Mereka ni la kekuatan dan semangat DyaNz.

Sempena hari mulia ni, DyaNz memohon maaf di atas segala salah silap DyaNz yang sedar atau tak sedar minta diampun la ye. Kepada kawan-kawan kampung, kawan opis, kawan bersuka ria. Lebih-lebih lagi kepada cik Sally yang banyak tolong DyaNz ni..terima kasih banyak dan minta ampun dan maaf ek. Cik Sally ni dah tolong granted kan wish DyaNz pun dah kira ok sangat..tipu la kalau kata tak suka mesti la suka sangat... senyum memanjang kot sampai tidor pun sengih eheh...cuma macam masih ada rasa tak confident sket kot..eheh..so tengok la macam mana nanti serahkan pada takdir.

p/s : Cik Sally ni dan ada la jugak member di ofis tu selalu jugak baca blog DyaNz tu yang suka tu..eheh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Lia Akma said...

selamat hari raya dyanz..maaf zahir batin..smoga dyana selalu ceria &tabah hadapi hari mendatang yer..:)

Post a Comment

Comment plz