Kau Laksana Bulan

Aku candid novel housemate aku, tengok dah terkopak cover dia maksudnya memang dia orang baca la buku ni...

Hari Isnin hari tu merupakan hari terakhir cerita Kau Laksana Bulan tayang kat RTM. Entah macam mana cerita ni dah jadi fenomena pulak kat rumah sewa kita orang. Budak-budak rumah kumpul depan tv (termasuk aku la kadang-kadang), tengok sama-sama. Roomate aku yang selalu balik kerja lambat tapi akan balik awal setiap hari Isnin. Housemate aku jugak beli novel ni sebab nak tau lagi cerita ni. Bila dah tayang kat TV mesti la banyak potong, tak sama macam dalam novel.

Mengikut cerita housemate aku yang dah baca novel ni (aku tak baca sebab kalau baca selalu tidor), dialog dia banyak yang lebih kurang sama je dengan dalam tv. Kan aku dah kata memang cerita ni jadi fenomena kot kat rumah aku. Nak cerita sinopsis pun aku tak baca lagi, kalau nak tau pandai-pandai sendiri la baca k. Tapi, dari apa yang aku tengok memang ceritanya sweet..eheh. Seorang wanita menjadi rebutan ramai lelaki.....sweeeetttt @_^

p/s: My Wish.....@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

toing said...

kasi laa sinopsis skit... my wish too.. =D

DyaNz said...

hmm..sinopsis dia lbey kurang seorang wanita yg digilai samapai 4 atau 5 org lelaki. Akhirnya dia pilih yg terbaik la..hehe

Post a Comment

Comment plz