Rich man Poor woman

Watch "Miwa/Hikari e ヒカリヘ ~Rich man, Poor woman OST(Acoustic English Version)" on YouTube

Layan cerita ni lagi dekat dengan realiti hidup. Sekejap kita di atas sekejap kita jatuh tersembam ke bawah. Member rapat pun boleh tergelincir nak tolak kita jatuh dulu.
*Bukan senang nak kaya tapi cepat boleh rugi.*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chocolate bar melt in hot milk

Coklat stick melt in hot milk.
Saya suka dan teringat-ingat ini tempat.
Kena pergi lagi ini tempat makan mash potatoes dengan gravy dia ada yang warna hijau.

*Mata bersinar nak minum petang kat ini tempat*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY : My new project

Masih dalam proses nak siapkan. Sebelum nak mula buat semangat berkobar-kobar. Target boleh siapkan berhelai-helai. Setakat blouse simple ni ..kacanglah.
Lukis pola terkial-kial...

tepuk dahi.

Bukan senang nak senang. Kalaulah hasil yang keluar seiring dengan apa yang terbayang dalam otak ni. Mula terfikir nak pergi kelas nak belajar tambah ilmu. Nak berguru dengan realiti bukan hanya dengan guru maya. Dan pernah juga berangan nak jadi anak murid Hatta Dolmat. Wow!!

Banyak sangat alasan. Nak lari dari kenyataan.

Angkat kening.

http://instagram.com/p/Xzta8nCOJV/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gajah jalan senyap ¦ Siem Reap

Gajah binatang yang besar tapi bila berjalan sangat senyap tidak mengeluarkan bunyi. Kita yang di belakang badan dia tu dah rasa takut. Dan gajah berjalan laju. Patutlah gajah digunakan sebagai medium pengangkutan membawa batu ke atas bukit bagi pembinaan kuil di seam reap sepertu Angkor Wat. Lebih 30,000 gajah digunakan.

Woww..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Emi masuk sekolah baru

Emi masuk sekolah baru. Seronok betul dia. Dari dulu lagi memang nak masuk asrama katanya. Masa 1st application tak dapat sebab keputusan pmr tak ok. Rupanya dia buat rayuan sendiri tanpa pengetahuan mak pun. Dah dapat kena pergi ni. Barang-barang banyak nak kena beli. Mak nak kena tulis nama pada semua barang macam biasa dia buat pada anak-anaknya yang lain...hoho. Nak elak hilang barang katanya walaupun memang barang tu akan hilang jugak akhirnya ;).

Perjalanan ke pengkalan hulu agak jauh jugak tapi tegak je jalan dia. Tak banyak pusing sangat. Maka tak akan senang nak sesat. Tempat pertama dituju sempadan Thailand. Opah nak beli buah, mak nak beli apa tak pasti lagi. Sangat dekar pengkalan hulu ni dengan sempadan Thailand maka orang Thailand ni boleh senang masuk ke sini sebab nampak motor dari sana banyak di kedai kawasan ni. Pemeriksaan imigration di sini pun senang. Dah selesai beli buah, kemeja Emi, tengok pinggan di The Zone, nak cari hotel pulak.

Hotel pertama booking di lokasi atas kedai. Perlu naik tangga, tak ada lif. Kami bawa ornag tua so terpaksa cari tempat lain yang tak banyak tangga. Jumpa Rumah rehat lokasi tengah pekan juga. Besar dan selesa juga.

Malam tu Emi tidur awal. Pagi tu kami breakfast dulu sebelum pergi ke MRSM pengkalan hulu. Ada makcik di kedai makan kata pada Emi, "segaknya dia...". -_-

Suasana biasa pendaftaran kemasukan pelajar baru. Nak isi borang, nak bayar, nak dengar ucapan aluan, nak masuk asrama, nak kemas katil, nak keluarkan baju simpan dalam loker. Perghh lama nak tunggu. Sempat pusing sekolah tolak kerusi roda opah bila dah panas sangat pusing naik kereta pulak ;).

Selesai semua jum balik. Tinggal la Emi kat situ. Lagi 2 minggu cuti sekolah boleh balik sendiri naik bas.

P/s: excited nak balik, semua barang dia angkut balik rumah dengan shampoo, sabun mandi pun dia angkut sekali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS