Masih dalam proses nak siapkan. Sebelum nak mula buat semangat berkobar-kobar. Target boleh siapkan berhelai-helai. Setakat blouse simple ni ..kacanglah.
Lukis pola terkial-kial...
tepuk dahi.
Bukan senang nak senang. Kalaulah hasil yang keluar seiring dengan apa yang terbayang dalam otak ni. Mula terfikir nak pergi kelas nak belajar tambah ilmu. Nak berguru dengan realiti bukan hanya dengan guru maya. Dan pernah juga berangan nak jadi anak murid Hatta Dolmat. Wow!!
Banyak sangat alasan. Nak lari dari kenyataan.
Angkat kening.
0 comments:
Post a Comment
Comment plz