Ho Chi Minh - wrap up

Siapa yang sukakan percutian yang sentiasa penuh dengan aktiviti pergilah ke Ho Chi Minh.
Siapa yang suka bercuti tanpa perlu kira nak melawa, make-up pergi lah ke Ho Chi Minh.

. Apa aktivitinya ?

1. shopping siang dan malam. Siang di Bent tanh market dan shopping complex. Malamnya di pasar malam. Jangan nak bersembang lebih- lebih dengan penjual sana walau nampak baik dan mesra.  Jangan takut nak bergaduh sikit dengan pejual sana bila nak tawar harga. Sebab ada keadaan dia pulak paksa dan marah kita sebab lambat pilih.  Mungkin sebab mereka ni tinggal di negara komunis so memang suka tarik tangan kita kasar suruh beli barang dia. Kalau jadi macam tu tepis je dan tunjuk kita tak suka.Tapi tak semua penjual macam tu.

2. tour ke tempat bersejarah di Vietnam sperti chu chi tunnel, delta Mekong. ada beberapa lagi tempat tapi tak sempat pergi. Masa perjalanan dari bandar ke tempat bersejarah ni sometimes took us about 1 and a half hours sekali pergi. And for sure perlu banyak masa untuk spend di Ho Chi Minh.Kadang-kadang harga cenderamata di tempat macam ni lebih murah dari di bandar.

 3. Nak mencari kedai makan halal juga dah consumed most of our time in Ho Chi Minh. Jangan expect kedai makan halal boleh jumpa senang-senang macam kat Malaysia. Perlu banyak bersabar bila dah 30 minit jalan tak jumpa kedai makan. Dalam banyak kedai makan halal di Ho Chi Minh yang paling sedap ialah Halal Saigon. Ada rwview orang lain Vietnaam Halal restaurant pun sedap tapi kami tak sempat pergi. Yang paling jauh nak cari la selalunya yang paling sedap.

4. PETA
5. PETA
6.PETA

Ya! peta sangat penting. Kena pandai baca peta kalau tak kita dengan member sekali pening. Tu yang penting buat homework sebelum sampai. Cari nama jalan, nama kedai atau bangunan, print map yang sendiri boleh faham. Kadang- kadang bila print dari google map tak semua tepat. Kalau ada duit lebih dan tak risau ditipu pemandu teksi naiklah teksi.

7.  Booking hotel yang dekat kalau tak nak jalan jauh. Lagi awal booking dapat lagi murah macam kami booking via agoda. Hotel Ava Saigon cakap kalau email terus ke hotel boleh dapat lagi murah. Tak pasti yang tu.


Adakah saya akan datang semula ke Ho Chi MINH?
Ya. Kalau ada peluang lagi saya akan datang.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ho Chi Minh | The central post office & Hard Rock Cafe


Kami gagahkan juga berjalan kaki mencari post office dan hard rock cafe. Dalam blog orang kata mesti kena datang sini dan tengok sendiri. Bila tengok dengan mata sendiri....Wowww!!! design post office ni sangat cantik. Rasa macam kt negara orang putih pulak.


Bahagian dalam yang cantik

sewaktu berduyun yang datang pejabat post Ho Chi Minh beroperasi seperti biasa




Dah cukup tangkap gambar kami gerak ke Hard Rock Cafe dan tangkap gambar lagi. Shopping la sikit dan harga tak banyak beza dengan hard rock shop di tempat lain.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P.S. I Love You

 

P.S. I Love You
Genre : Romance
Ditulis oleh Cecelia Ahern. Siapa Cecelia Ahern? Dilahirkan pada 30 Sept 1981 di Dublin, Ireland. Banyak buku yang telah dihasilkan oleh Cecelia Ahern. Antaranya Where rainbows end (buku kawan my sister) , thanks for the memories ( baru beli nak buat collection). Cecelia Ahern juga merupakan penerbit rancangan Samanta Who?


Buku ini sudah lama keluar dan mungkin sudah dicetak banyak kali cuma saya saja baru berjinak dengan buku ni...hehe. Buku P.S I Love You ini juga telah dijadikan filem
pada tahun 2007. Saya juga telah menonton filem p.s i love you ini namun olahan cerita berbeza as expected. Tidak sama rasanya bila baca buku ni sendiri. Walaupun gandingan charming actor seperti Gerard Butler dan beautiful actress Hilary Swank, tapi masih tak sama dengan watak sebenar Holly dan Gerry.

Apa yang menarik tentang buku ni ?
Mengisahkan Holly kematian suami tercinta Gerry disebabkan brain tumor. Tidak lama selepas kematian Gerry, Holly terima surat yang perlu dibuka mengikut bulan. Isi kandungan surat memerlukan Holly menurut apa yang dikehendaki oleh Gerry. Dalam masa yang sama Holly merasakan Gerry masih ada di sisinya dengan membaca surat-surat tersebut. Yang lebih menarik, di akhir setiap surat Gerry akan menulis P.s I Love You....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012 | cadangan waktu perjalanan dari PLUSmiles

Terima email dari PLUSMiles sempena Hari Raya Haji 2012. Mula malam ini dan esok merupakan waktu paling genting untuk pemandu yang akan pulang ke kampung. Sama la saya...phewww. Plan nak balik malam je terus tapi kerja pun banyak. Kereta pun tak basuh, tayar tak pam lagi...phewww. Alamtnya balik pagi esok la. Tak apa lagi pun tengah menunggu nak cukupkan ahli kumpulan nak balik sekali. Boleh la kongsi kereta dan dapat kurangkan kesesakan jalan kononnya la...haha.

Apa kata rujuk cadangan waktu perjalanan yang disediakan PLUSMiles ni. Harap dapat bantu dan selamat sampai ke kampung ye. 

Berhati-hati di jalan raya.


cadangan waktu perjalanan





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Samsung galaxy note 2



Kawan  si cikgi di Miri sangat menanti-nantikan samsung galaxy note 2. Bila dah sampai terus beli hari tu juga. tersenyum keriangan dia ;) Aku sempat berposing la dengan this samsung galaxy note 2 ni. nak beli sendiri tak mampu...huhu. Performance sangat ok dan speed laju. Design nampak cantik. So far bateri boleh tahan 1 hari dengan penggunaan share wifi, tangkap gambar, surf internet..

Kesimpulan, kalau rasa betul-betul berguna bolehlah beli. Kalau tak perlu tak payah beli. Harga dalam 2k lebih jugak. kalau berkemampuan pun ok jugak kalau nak beli dan untuk reward diri sendiri pun tak salah nak beli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS