Ho Chi Minh - wrap up

Siapa yang sukakan percutian yang sentiasa penuh dengan aktiviti pergilah ke Ho Chi Minh.
Siapa yang suka bercuti tanpa perlu kira nak melawa, make-up pergi lah ke Ho Chi Minh.

. Apa aktivitinya ?

1. shopping siang dan malam. Siang di Bent tanh market dan shopping complex. Malamnya di pasar malam. Jangan nak bersembang lebih- lebih dengan penjual sana walau nampak baik dan mesra.  Jangan takut nak bergaduh sikit dengan pejual sana bila nak tawar harga. Sebab ada keadaan dia pulak paksa dan marah kita sebab lambat pilih.  Mungkin sebab mereka ni tinggal di negara komunis so memang suka tarik tangan kita kasar suruh beli barang dia. Kalau jadi macam tu tepis je dan tunjuk kita tak suka.Tapi tak semua penjual macam tu.

2. tour ke tempat bersejarah di Vietnam sperti chu chi tunnel, delta Mekong. ada beberapa lagi tempat tapi tak sempat pergi. Masa perjalanan dari bandar ke tempat bersejarah ni sometimes took us about 1 and a half hours sekali pergi. And for sure perlu banyak masa untuk spend di Ho Chi Minh.Kadang-kadang harga cenderamata di tempat macam ni lebih murah dari di bandar.

 3. Nak mencari kedai makan halal juga dah consumed most of our time in Ho Chi Minh. Jangan expect kedai makan halal boleh jumpa senang-senang macam kat Malaysia. Perlu banyak bersabar bila dah 30 minit jalan tak jumpa kedai makan. Dalam banyak kedai makan halal di Ho Chi Minh yang paling sedap ialah Halal Saigon. Ada rwview orang lain Vietnaam Halal restaurant pun sedap tapi kami tak sempat pergi. Yang paling jauh nak cari la selalunya yang paling sedap.

4. PETA
5. PETA
6.PETA

Ya! peta sangat penting. Kena pandai baca peta kalau tak kita dengan member sekali pening. Tu yang penting buat homework sebelum sampai. Cari nama jalan, nama kedai atau bangunan, print map yang sendiri boleh faham. Kadang- kadang bila print dari google map tak semua tepat. Kalau ada duit lebih dan tak risau ditipu pemandu teksi naiklah teksi.

7.  Booking hotel yang dekat kalau tak nak jalan jauh. Lagi awal booking dapat lagi murah macam kami booking via agoda. Hotel Ava Saigon cakap kalau email terus ke hotel boleh dapat lagi murah. Tak pasti yang tu.


Adakah saya akan datang semula ke Ho Chi MINH?
Ya. Kalau ada peluang lagi saya akan datang.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz