Saman Trafik Diskaun 50%


Laman web ni dah sesak ni. After dah bayar tak nampak update serta-merta.

Dah bayar saman ?

Lepas ni start kena bayar saman harga asal. Silap-silap kena blacklist kalau still tak bayar saman tu. Lepas tu kena tangkap.
Pejabat Pos terpilih seluruh Malaysia akan buka macam biasa hari ahad kerana nak tolong orang awam bayar saman mereka.
Alasan mereka hari bekerja susah nak bayar saman.
Kalau setiap hari boleh update Facebook, tweet member, chatting tapi tak guna online nak bayar saman.

Salah satu cara nak bayar saman online boleh guna MyEG. Banyak dalam radio, tv promote. Awal-awal promosi diskaun saman 50% hari tu laman web ni tak la sesak macam ni. Hari ni mungkin lambat sikit la.

Register je kat sini, follow je arahan dia dah boleh bayar saman. Senang sebenarnya bagi orang yang sibuk dan tak ada masa nak ke kaunter bayaran saman trafik.

register kat sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunkface kesukaan saya

Saya follow Bunkface dah lama. Follow tak ada la maksud ikut Bunkface ke mana-mana. Follow cerita Bunkface, follow show Bunkface mana yang sempat, follow gosip Bunkface etc. Saya tengok macam mana Bunkface dari sekecik-kecik nama hingga gah macam sekarang. Kalau saya tanya budak-budak sekolah zaman sekarang, Siapa Bunkface? Mereka boleh explain lebih hebat dari saya dari nama penuh budak Bunkface sampai ke lagu-lagu Bunkface mereka hafal. Saya ada la pergi ke beberapa show Bunkface ni dan saya dapat tengok kesungguhan mereka. Saya pernah tengok peminat baling botol kat Bunkface sebab time perform mic rosak. Nak naik dalam dunia seni bukan mudah.


Well, peminat nampak Bunkface ok je kat luar tapi kat dalam Bunkface sendiri yang tau. Perubahan dalam dalam sebuah kumpulan ni memang dah banyak jadi. Mula-mula akan panggil membe-membe buat 1 band. Tak kisah nak buat trademark apa pun. Hanya nak mencari tapak dalam dunia seni. Bila rasa dah kukuh maka mula la berfikir aliran sendiri. Bila membe lain tak sealiran split la jawapannya. Tapi kalau lama-lama dengan environment yang sama aje tu pun tak bagus. Kena berani berubah tukar angin. Kalau rasa boleh lebih maju jika berubah apa salahnya?

Apa-apa pun saya suka lagu Bunkface =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banjir Kilat di KL


kesian ada orang jatuh dalam banjir kilat ni, kena hati-hati ek


Area KL diserang banjir kilat. Tolong...!tolong...! Serius teruk betul banjir kilat ni sebab cepat sepantas kilat aje dah tenggelam semua. Dengar cerita banjir kilat di kawasan TMTC Jalan Semarak antara yang terjebak. Banjir kilat ni dah tenggelamkan kawasan parking dengan Estima, Mini cooper, selagi ada kereta kat situ...habissssss! Tak sempat apa air naik cepat sangat. Insurans basic tak cover rasanya...huhu.

Dalam paper cakap banjir kilat ni jadi kat Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Semarak, area Setapak. Petang selalu hujan lebat campur dengan kilat. Kalau tengah drive kena hati-hati, mungkin akan nampak dinding bangunan dan bumbung zink berterbangan atas jalan raya. Nasib baik lagi boleh nampak sebatang pokok tersadai atas divider tangah jalan di federal highway.

p/s: cinta kilat Dira Abu Zahar. Aku suka suara dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau putih macam Lisa Surihani

ini gambar hiasan saja


Jantungku berdegup kencang. Mana taknya. Tengah elok-elok melepak after opis hour mak Besar tegur. Ahakkssss. Muka tiba-tiba panas kalau aku putih melepak macam Lisa Surihani dah merah menyala dah macam udang bakar. Nasib baik memang dah sedia hitam. Nak terbelit jugak explain apa yang dia tanya. Nampak macam dia puas hati. Otak pun ligat berpikir dan kaitkan dengan apa yang aku dah kira dan calculate. Tak pernah buat slide kena buat. Mesti la kena ingat. Kalau slide pasal Lisa Surihani lagi senang. Letak je gambar dia banyak-banyak..ahaha. Aku terpikir semula kalau Lisa Surihani berada di tempat aku..huhu. Bagus jugak jadi Lisa Surihani, semua orang suka..ehehe. Tengah pening pikir macam-macam kena buat sambil tangan laju je buat kerja.

Dia tanya, "awak tak pergi malam ni?"
Aku cakap, "saya ada PR kena create..takut tak sempat siap plak"

Aku bangga dapat reka ayat ngelat yang cantikk.
Sebelum balik sempat lagi dia tanya. Aku pun ulang dengan bangganya. Dalam hati aku lega. Nak ambil hati orang bukan senang. Aku tak pandai bermain kata.

Sempat lagi aku tanya, "puan turun malam ni..(sambil senyum simpol.."
Ada bakat jugak aku nak jadi Lisa Surihani.

p/s: coretan petang hari..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perkahwinan Acai


Satu lagi masjid telah dibina. Sebuah keluarga bakal dibentuk oleh ofismate aku. Well, congratulations!!! Majlis sebelah lelaki diraikan di Masjid Wilayah. 1st time sampai ke masjid ni dan tak sangka banyak benda boleh dibuat seperti majlis perkahwinan beserta katering, mesyuarat, kursus etc. Dekat sini juga ada menyediakan tempat penginapan bagi orang awam. Design masjid ni boleh tahan dan kalau peminat fotographer yang minat bermain dengan cahaya tu boleh try kat sini. Majlis dibuat di Dewan Makan muslimin. Masa sampai confius sekejap dengan 1 lagi kenduri yang dibuat sebelah menyebelah. Dewan tu luas la jugak, tenang cuma gelap sikit. Mungkin kami sampai awal dalam pukol 1pm. Pengantin pun belum sampai. Ada ofismate bawak anak kecik..so cute sebijik macam ayahnya cuma tak ada janggut je. Ada akak ofis bawak anak kecik dia jugak. Yang ni lagi comel merah muka dia. Comel macam mana pun aku tak berminat nak dukung or usik mungkin sebab tak berapa minat budak kot. Lagipun badan rasa nak demam takut jangkit kat budak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS