Majlis Perkahwinan Acai


Satu lagi masjid telah dibina. Sebuah keluarga bakal dibentuk oleh ofismate aku. Well, congratulations!!! Majlis sebelah lelaki diraikan di Masjid Wilayah. 1st time sampai ke masjid ni dan tak sangka banyak benda boleh dibuat seperti majlis perkahwinan beserta katering, mesyuarat, kursus etc. Dekat sini juga ada menyediakan tempat penginapan bagi orang awam. Design masjid ni boleh tahan dan kalau peminat fotographer yang minat bermain dengan cahaya tu boleh try kat sini. Majlis dibuat di Dewan Makan muslimin. Masa sampai confius sekejap dengan 1 lagi kenduri yang dibuat sebelah menyebelah. Dewan tu luas la jugak, tenang cuma gelap sikit. Mungkin kami sampai awal dalam pukol 1pm. Pengantin pun belum sampai. Ada ofismate bawak anak kecik..so cute sebijik macam ayahnya cuma tak ada janggut je. Ada akak ofis bawak anak kecik dia jugak. Yang ni lagi comel merah muka dia. Comel macam mana pun aku tak berminat nak dukung or usik mungkin sebab tak berapa minat budak kot. Lagipun badan rasa nak demam takut jangkit kat budak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz