Macam ni pun boleh..

Satu hari ada seorang kakak ni bercerita dengan DyaNz tentang seorang makcik yang baru dikenalinya. Mereka ni tidak kenal antara satu sama lain pun.Cuma selalu terserempak di surau atau dalam lif je la. Bila dah terjumpa tu senyum je la tak pernah tegur menegur pun. Kakak ni kerjanya selalu ke luar negara dan jarang ada di pejabat. Satu hari ni mereka terjumpa dalam surau. Entah kenapa kakak ni ringan mulut pulak nak bertegur makcik ni.

Kakak : Apa khabar mak cik..

Mak cik : Baik-baik je..lama tak nampak baru lepas habis pantang ke??

Kakak : (terdiam tak tau nak cakap apa tapi sengih je)

Balik ofis kakak ni mengadu dan terus berazam nak kuruskan badan..huhu.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PARAMORE rockin' awesome


WOWW!!! really rockin' awesome. Apa lagi dapat dikatakan sebaik saja habis pukol 10 macam tu. Kami sampai dalam pukul 8 sempat singgah makan kejap. Ingatkan macam show dulu-dulu tak pernah punctual tapi this time punctual pulak. Tepat 8.30 dah dengar lagu dari luar stadium (tak kira lagi orang jerit) tapi nasi dalam mulut lagi nih. Habis je makan cepat-cepat bayar pada akak garang then jalan laju ke pintu masuk. Masa check-in botol air aku kena sita kot. Terdengar lagu favorite terus berlari naik atas tangga yang memang tinggi.

Sepanjang show 1 jam setengah, the band sangat cool dan the Hailey si gadis rambut merah sangat sempoi and cute. Dia pandai interact dengan audience. Mereka telah membuat tour selama 6 tahun dan malam itulah kali pertama mereka membuat persembahan di Malaysia. Hailey juga ada kata jika dia tahu crowd di Malaysia havoc macam ni mesti mereka awal-awal lagi dah datang ke sini. Aku kagum tengok kelincahan si Hailey, dia boleh menjerit, melompat, dan menari pada masa sama (dia ni tak penat ke?). Ada satu time tengah nyanyi lagu slow mic rosak (memang sound system malam tu hampehh) teruss dia stop dan tunduk hormat sambil senyum.

Sebelum habis show, Hailey pilih 1 of the crowd naik atas stage..wow makin gamat kot stadium semua jerit siapa tak nak naik kan? At the same time boleh nampak ada la mamat sesat mana lari ke stage tapi sempat di rembat oleh bonzer. Si boy bertuah ni dapat tangkap gambar dengan Hailey guna his phone tuu..memang Hailey yang suruh amik (serius sempoi). Yang paling best boy ni akan ingat seumur hidup dia (agaknya tak tidor malam la budak ni) dia dapat nyanyi sekali lagu last dengan Paramore..whoaaa (aku pon jeles). Hailey dapat t-shirt (dia pakai masa lagu last) dan teddy bear (dia posing suruh amik gambar). Bila agaknya Paramore akan datang semula ke Malaysia?


from Hailey punya tweeter

p/s : berharap LP datang semula @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Glamorous~


Adakah malam ini akan sama macam time tu? I guess have to find out tonight. Masa tu cik Ross Stone and kak Ninaz turun all the way from Penang just to watch their beloved idol perform LIVE. Aku cuma pengikut je bila mana ada orang ajak boleh aje diikut. Bila mereka tak ada aku pun macam boring je nak pergi mana-mana. Yang paling frustrated tak dapat tengok Glambert since ingat tak ada orang nak pergi. Last last ada kakak kat ofis yang pergi. I was informed pun dah last minute dan they just purchased the tix day before the concert. To be frank, its not because the Lambert itself that i would kick myself because didnt go but more to the Glam on the stage. To compare tonight show with the Glam...? We'll see.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Qaseh Atok...


Semasa di kampung aku sempat melawat rumah tok sedara di teluk intan. Dah lama tak pergi tengok sebab tok ni sedara sebelah arwah ayah. Dulu selalu pergi dengan ayah je. Sampai je ke sana bersalam dengan atok ni (aku panggil tok chik). Rupanya dia sakit..biasa la sakit orang tua. Kesiann aku tengok. Kaki dah kurus kering dah nak nampak tulang je. Muka cengkung. Bercakap pun macam tak lalu.

Bersembang dengan isteri si atok ni aku panggil achik je. Bila dah lama bersembang baru la tercerita kisah duka atuk dan nenek ni. Mereka ni pernah ada seorang anak perempuan yang bekerja sebagai penolong pengarah di sebuah hospital. Kerja yang bagus la kan..kerja doktor kot. Hidup mereka sekeluarga bahagia dan akhirnya anak mereka itu berkahwin dengan jejaka pilihannya. Menantu mereka ni pendiam orangnya dan tak pernah membuat perkara yang nampak jelik di mata mereka. Kira baik la jugak. Kehidupan keluarga ini dimurahkan rezeki dengan kelahiran 2 orang cucu. Boys n Girls..


Kuasa Allah mengatasi segalanya. Walaupun anak perempuan mereka ini doktor, ditakdirkan Allah menghidap barah perut final stage. Setelah bertarung dengan penyakit ni seberapa lama akhirnya kembali ke rahmatullah. Bergenang jugak aku mendengar cerita achik nih. Dalam tempoh si anak ni bertatung nyawa melawan penyakit ni, pernah jugak dia meluahkan rasa terkilan dan kecewa amat sangat kepada ibunya. "
mak, kenapa ita dapat penyakit ni? Ita belajar tinggi jadi doktor tapi tak boleh ubat penyakit sendiri.."

Basah jugak pipi ni tapi cepat-cepat lap...eheh. Selepas si anak ni meninggal, maka terkeluar lah taring si suami kepada doktor tadi. Tok chik dan achik ni tadi tidak pernah bertemu dengan 2 cucu mereka sejak 2 tahun anak mereka tiada. Si ayah ni tidak pernah membawa anak-anaknya balik ke kampung walaupun semasa hari raya.

Bayangkan la betapa rindu dan kasihnya mereka pada cucu yang tak pernah ketemu sampai kini. Dengan harapan cucu mereka ni menjadi pengubat rindu pada anak yang telah pergi selamanya dan dapat memberi semangat pada tok chik cepat sembuh. (belum lagi cerita bab harta si mati yang patutnya dibahagi jugak pada parents tapi tak dapat yang sepatutnya).


@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teringat Kembali Waktu Itu...

Hari berlalu terlalu pantas aku rasa
Setiap bulan setiap minggu setiap hari setiap jam setiap saat setiap detik
Aku lalui macam hari-hari biasa
Setiap waktu itu ada suka ada duka ada pahit ada manis
Mengharungi arus peredaran masa membuat aku terlupa bahawa inilah harinya

Aku teringat kembali waktu itu...
Waktu aku masih tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan
Semuanya indah
Mengharap masa berputar semula ke waktu itu
Waktu aku dipimpin tangan ketika hendak melintas jalan
Waktu aku dibelikan ais krim dan kek semasa hari jadi
Ketika bermain badminton dengan raket baru dibeli

Aku masih ingat waktu itu...
Waktu aku dihantar ke tadika ketika baru mula kenal dunia
Waktu aku dibawa ke mana saja aku hendak pergi
Waktu aku dikejut dari tidur untuk solat subuh
Ketika aku suka bila hanya bersarapan maggi waktu pagi

Masih segar di ingatan...
Ketika ku urut tangan yang mendukung aku semasa kecil
Ketika ku usap tangan yang mencubit aku ketika aku nakal
Kenangan terakhirku sampai bila-bila
Rasa macam baru semalam
Genap setahun berlalu waktu itu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS