Wedding di Penang

 Sempat ke Penang 1 malam sebab untuk menghadiri wedding rakan ofis.
Kami pergi berempat (yg masih anak dara lagi...hihi) naik MyVi baru.
Bergilir-gilir la juga  masa drive tu.
Seronok bawak kereta baru orang tu rasa laju je selalu.
Gerak dari Shah Alam dalam 3 p.m lebih jugak.
Singgah di RNR jejantas Sungai Buloh solat jamak Zohor dan Asar.
Solat lah anda walau ke mana pergi pun.
Sampai ke Penang dalam 8 p.m jugak la.
Kami tinggal di B-Suites Bayan Lepas.
Dekat je dari exit jambatan dan dekat juga dengan USM.
Rate dia ok juga dengan corporate rate RM200 per night untuk 4 orang. 
Sebab ramai boleh la kongsi so tak terasa sangat.
Selepas check-in dan siap-siap dan dah lapar pun dari petang.

Pukul 10p.m gerak ke Nasi Kandar Beratur.
Lama tak lama pukul 12 malam baru dapat makan.
Dah habis makan pun ramai orang masih BERATUR lagi.
Malam minggu pun tu yang orang ramai sangat.
Masa tengah beratur tu bila tanya orang keliling rata-rata semua 1st time sampai.
Nak merasa seperti yang digambar-gembur dalam internet.
Untuk saya yang dah pernah datang tak rasa apa sangat la.
Setakat menemani rakan yang juga baru 1st time sampai.
Nasi kandar Line Clear rasa saya lebih sedap.
Ada juga mat salleh yang teruja bila tengok orang beratur panjang, dia pun join sekali.
Bosan tunggu punya pasal, jalan kaki kejap ke Restoran Kapitan Tandoori Naan. 
Canggih jugak kedai ni ada delivery. 
Bungkus 2 ayam tandori + naan cheese.
Makan sekali dengan nasi kandar malam tu.
Alhamdulillah kenyang sangat.



Dan selamat sampai ke rumah pengantin di Kampung Sg Acheh, Nibong Tebal esoknya.
Bertambah lagi seorang di ofis yang dah bertukar status dan menambah pahala.
TAHNIAH.


p/s: on the way balik nampak banyak superbike cute ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghabiskan hujung tahun 2011 - Day#3


Hari nak balik budak-budak ni teringin nak naik feri. Dulu dah pernah naik cuma budak-budak ni belum merasa.

Budak yang excited





Ramai juga orang aritu...ye la time cuti sekolah.

Sekejap je dah sampai ke Butterworth.
Dah abes cuti. Yang sekolah kena pergi sekolah la lepas ni. Yang kerja kena kerja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghabiskan hujung tahun 2011 - Day#2 | Part2

Lepas naik Bukit Bendera, jum pergi makan pulak.


melayan angin sepoi di tepi pantai Batu Ferringhi

Dah sampai tempat nak makan pasembur at Gurney Drive

Proses memilih bermula

Syurga makanan

Alhamdulillah...kenyang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mak saya pun suka Gemersik Kalbu

Like Mother Like Daughter

Malam tadi mak call dalam 9.30 pm.

Mak : Hello Yong!!

DyaNz : Yer mak!!..??

Mak: Yang cerita tadi tu...dia anak siapa ..?

DyaNz : Cerita? Cerita mana?

Mak: Yang petang tadi tu la. Masa ayah dia nak bagi tahu dia anak siapa mak solat Magrib. Kalau nak tunggu nanti abis pulak Magrib...

DyaNz : Owhhhhh!! cerita yang tu ke..dia anak ayah dia la..anak kandung. Tu je sebab mak call ?

Mak : Aah...nak tau apa sudahnya cerita tadi tu. Sebelum ni dia anak siapa? Kenapa mak dia tak suka dia? Siapa bela dia selama ni ?

(Hmmm...mak tidak tahu hujung pangkal cerita rupanya. Dengan suka hatinya menceritakan semula kisah sedih si Heroin Gemersik Kalbu...hihhihi)

p/s: Kepada yang follow cerita ni tahu-tahu sendiri la apa yang jadi ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghabiskan hujung tahun 2011 - Day#2

Cik Amie bercerita pasal nak naik train di Bukit Bendera.
Baru tersedar lupa nak update pasal percutian akhir tahun haritu.
Sebab hujung tahun aritu kan berjalan di Penang.
Layankan gambar yer cik Amie.

tak sabar nak naik tren

pemandangan Penang dari atas bukit

model posing

Bukit Bendera

Banyak teropong nak tengok kawasan Penang tapi kena masuk duit syiling dapat tengok pun sekejap je

ada surau lagi tu kat atas bukit bendera

Ini la dia train baru Bukit Bendera
Kadar bayaran :
Dewasa dengan Mycard = rm8
Student dengan student card/kanak-kanak : ??? x ingat pulak tapi dapat murah la


Laju train ni. Kejap je dah sampai atas bukit Bendera.
Tak macam keretapi lama kena tunggu lama, nak naik pun lambat, siap kena transit dan tunggu next train baru  dapat sampai.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS