cuaca panas terik
Sedapnya bila dapat minum kelapa tembikai
Ingat nak jalan jauh lagi
Tapi kesian pada mak dan akim
Kalau ikutkan kaki aku
Lagi jauh pun boleh
Nampaknya trip kali ini hanya sightseeing sahaja
Tak ada yang adventure
Tak ada yang thrill
Mungkin lain kali
Sepetang di KK
Jiwang ke Aku ?
Entri sebelum ini
Aku saja tulis luahan hati
Dan saja untuk suka-suka
Nak cuba diefferent approach
Tapi,
Tak tau kenapa
Kawan-kawan ku kata aku jiwang
.
.
.
.
.
.
Aku tak rasa aku jiwang
Kawan-kawan aku la yang jiwang
Sebab aku cilok ayat jiwang mereka
tQ.
Mencari Sekeping Hati
Sedang membelek-belek muka wajah beberapa teman rapat
Tidak sedar sudah berapa lama tidak update status sendiri
Bukannya tak pernah bukak
Boleh kata setiap hari
Cuma,
Tak ada apa yang nak di beri tahu
Mata terpandang suatu status
Hati tersentak
Bila difikirkan
Dalam maknanya
Bila dibaca
Terasa indah setiap bait perkataannya
Baca lah sendiri;
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya :)
tQ.
p/s: andainya aku lah hati yang dicari sudikah dia menerimanya kembali.....
Berbaloi RM200
4.50 pagi,
Senyumku meleret ke telinga
Entah kenapa aku pun tak tahu kenapa
Tapi sebenarnya aku tahu
Biar saja aku sendiri yang paham kenapa
tQ.
p/s: aku tidak mahu terlalu mengharap kali ini
Bercinta Bertahun Tak Semestinya Bersatu
Bercinta bagai nak rak
Berkepit ke sana ke mari
Melalui hari yang indah-indah bersama
Mungkin dah kenal dari Universiti
Lalu berpanjangan ke alam pekerjaan.
Jika dilihat oleh orang luar
Pasangan ini pasti akan bersatu ke jinjang pelamin.
Bila sudah lama bersama pasti sudah banyak yang dikongsi bersama.
Pasangan dah tau hati budi masing-masing.
Masing-masing dah dapat terima kelebihan dan keburukan sendiri.
Tapi,
Semua ini rancangan dunia je.
Yang menentukannya Allah
Yang Maha Mengetahui.
Jodoh dan maut sudah tertulis.
Bila akhirnya bersatu dengan orang lain,
Maknanya tiada jodoh lagi dengannya.
Begitu besar kuasa Allah.
Dalam sekelip pasangan ini membawa haluan masing-masing.
Inilah maknanya memang jodoh telah tertulis dengan orang lain.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Namun, dari pandangan luaran
Masih tidak dapat menerima keadaan yang berlaku.
Terlalu pantas.
Otak masih ligat berfikir
Bagi mencari logik dan rasional
Bagaimana keadaan ini boleh terjadi.
Tapi,
Siapalah manusia yang lemah ini untuk mempertikaikan kuasa Allah.








