Bercinta bagai nak rak
Berkepit ke sana ke mari
Melalui hari yang indah-indah bersama
Mungkin dah kenal dari Universiti
Lalu berpanjangan ke alam pekerjaan.
Jika dilihat oleh orang luar
Pasangan ini pasti akan bersatu ke jinjang pelamin.
Bila sudah lama bersama pasti sudah banyak yang dikongsi bersama.
Pasangan dah tau hati budi masing-masing.
Masing-masing dah dapat terima kelebihan dan keburukan sendiri.
Tapi,
Semua ini rancangan dunia je.
Yang menentukannya Allah
Yang Maha Mengetahui.
Jodoh dan maut sudah tertulis.
Bila akhirnya bersatu dengan orang lain,
Maknanya tiada jodoh lagi dengannya.
Begitu besar kuasa Allah.
Dalam sekelip pasangan ini membawa haluan masing-masing.
Inilah maknanya memang jodoh telah tertulis dengan orang lain.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Namun, dari pandangan luaran
Masih tidak dapat menerima keadaan yang berlaku.
Terlalu pantas.
Otak masih ligat berfikir
Bagi mencari logik dan rasional
Bagaimana keadaan ini boleh terjadi.
Tapi,
Siapalah manusia yang lemah ini untuk mempertikaikan kuasa Allah.
3 comments:
ni puisi wat sendiri ker...
hahah..puisi ek???
Setiap benda yang berlaku pasti ada alasan.
Samada alasan tu logik atau tidak, bergantung kepada individu.
Bukan niat utk mengungkit atau mempertikai apa yg berlaku.
Kerja Tuhan tak siapa pun tahu.
Post a Comment
Comment plz