Kalau putih macam Lisa Surihani

ini gambar hiasan saja


Jantungku berdegup kencang. Mana taknya. Tengah elok-elok melepak after opis hour mak Besar tegur. Ahakkssss. Muka tiba-tiba panas kalau aku putih melepak macam Lisa Surihani dah merah menyala dah macam udang bakar. Nasib baik memang dah sedia hitam. Nak terbelit jugak explain apa yang dia tanya. Nampak macam dia puas hati. Otak pun ligat berpikir dan kaitkan dengan apa yang aku dah kira dan calculate. Tak pernah buat slide kena buat. Mesti la kena ingat. Kalau slide pasal Lisa Surihani lagi senang. Letak je gambar dia banyak-banyak..ahaha. Aku terpikir semula kalau Lisa Surihani berada di tempat aku..huhu. Bagus jugak jadi Lisa Surihani, semua orang suka..ehehe. Tengah pening pikir macam-macam kena buat sambil tangan laju je buat kerja.

Dia tanya, "awak tak pergi malam ni?"
Aku cakap, "saya ada PR kena create..takut tak sempat siap plak"

Aku bangga dapat reka ayat ngelat yang cantikk.
Sebelum balik sempat lagi dia tanya. Aku pun ulang dengan bangganya. Dalam hati aku lega. Nak ambil hati orang bukan senang. Aku tak pandai bermain kata.

Sempat lagi aku tanya, "puan turun malam ni..(sambil senyum simpol.."
Ada bakat jugak aku nak jadi Lisa Surihani.

p/s: coretan petang hari..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perkahwinan Acai


Satu lagi masjid telah dibina. Sebuah keluarga bakal dibentuk oleh ofismate aku. Well, congratulations!!! Majlis sebelah lelaki diraikan di Masjid Wilayah. 1st time sampai ke masjid ni dan tak sangka banyak benda boleh dibuat seperti majlis perkahwinan beserta katering, mesyuarat, kursus etc. Dekat sini juga ada menyediakan tempat penginapan bagi orang awam. Design masjid ni boleh tahan dan kalau peminat fotographer yang minat bermain dengan cahaya tu boleh try kat sini. Majlis dibuat di Dewan Makan muslimin. Masa sampai confius sekejap dengan 1 lagi kenduri yang dibuat sebelah menyebelah. Dewan tu luas la jugak, tenang cuma gelap sikit. Mungkin kami sampai awal dalam pukol 1pm. Pengantin pun belum sampai. Ada ofismate bawak anak kecik..so cute sebijik macam ayahnya cuma tak ada janggut je. Ada akak ofis bawak anak kecik dia jugak. Yang ni lagi comel merah muka dia. Comel macam mana pun aku tak berminat nak dukung or usik mungkin sebab tak berapa minat budak kot. Lagipun badan rasa nak demam takut jangkit kat budak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monrod@Seksyen 7, BanGi

Jom try kat 1 kedai ni. Dah banyak kali pegi dah. Tempat dia ada outdoor dan indoor. Selesa dengan kaler merah putih dia. Waiter kat situ semua peramah dan baik hati jugaks. Asyik senyum jer (comell....i like)
Makanan dia simple je tapi sedap. Harga berpatutan la jugak. Kedai ni bukak sampai malam dalam pukol 10 atau 11.

Club Sandwich Special

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ambil Angin @Lumut


Lama dah tak singgah ke Lumut. Rasa macam jauh sangat dari rumah. Lain sangat feeling dia. Nak pergi sini pun kena guna gps. DyaNz..DyaNz..DyaNz..
Kitaorang sampai kejap je tak sampai sejam. Boleh makan-makan, makan ais krim, tengok kedai, tengok laut, beli sate ikan, sate sotong. Ingat nak makan angin tapi akhirnya kena keluar duit jugaks. Parking terkena rm10, toilet terkena yang 50 sen...naseb..naseb.. nasib baik tak keluar duet beli t-shirt. banyak cantik2 gaks.
Rasa nak plan ke Pangkor pulak la. Nak berkayak..ada bran? Tak payah pikir nak ke pulau jauh-jauh. Kat tempat sendiri pun ada. Murah pun murah. Tiket feri dalam RM10 je. Nak confirm kena pergi dulu..eheh.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Picnic@ Sung@i Congk@k


Plan pukol 7 pagi nak gerak tapi biasa la janji melayu...pukol 8 lebih jugak baru keluar rumah. Nak cucuk duit kat mesin ATM la nak isi minyak la. Dengan bantuan GPS yang diberikan olah Helmi, kami memulakan perjalanan. Tak sampai sejam pun dari Kajang nak ke Sg Congkak. Tapi ada pulak peristiwa kelakar bila coordinate yang bawak kami tersasar ke kebun dan reban ayam siapa-siapa entah.

Akhirnya sampai jugak. Dalam pukol 9 lebih jugak sampai dan cari parking pun tak susah mungkin sebab awal lagi dan orang tak ramai sangat sebab cuti umum. Kami berjalan mencari port best untuk berkelah. Nama pun picnic kan. mesti sinonim dengan tikar, roti, bbq, hot dog, arang kayu etc. Kami bawak roti dan tuna mayonis jek tak payah susah-susah. Duduk bersantai sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan..memang sejuk mata. Air terjun lagi la sejuk jangan cakap la. Rasa tak nak balik dah Port kami dekat dengan toilet yang kena bayar 30 sen (walaupon guna air sungai). Toilet dia bersih sebab sentiasa dicuci. Masa balik rupanya parking kena bayar rm3 ada pulak budak yang jaga mintak. Nak masuk tadi kena bayar rm1 sorang.

p/s: masa balik teringat kem herba tempat Family fun-Day opis dulu. Bila nak buat lagi?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS