Seronoknya Adik


Mesti seronok ada abang dan kakak
Ada orang boleh belikan hadiah masa birthday. Ada orang boleh back up kalau kena buli kat sekolah. Macam-macam abang dan kakak boleh buatkan untuk adik dia. Tak payah pikir pasal apa-apa dah sebab dah ada abang dan kakak tolong selesaikan. Abang dan kakak sentiasa akan pastikan permintaan adiknya tertunai walaupun mereka terpaksa berkorban. Mereka mesti akan bising dulu bila si Adik nak sesuatu tapi akhirnya tetap ditunaikan. Begitu sayangnya si Abang dan Kakak pada adiknya. Si Adik tak tahu abang dan kakaknya pun ada masalah sendiri yang perlu difikir. Yang si Adik tahu cuma merengek bila tak dapat bawa ke tempat seperti dijanji. Merajuk bila nak balik kampung tiba-tiba kakak kena pergi outstation. Rasa tanggungjawab yang ada dalam seorang abang dan kakak membuatkan mereka tidak boleh berkata tidak . Bila dah besar tanggungjawab keluarga pula perlu difikir takkan nak biar mak ayah yang handle lagi. Masalah keluarga, si Adik tak perlu fikir pun dan tak payah pening kepala nak selesaikan.
Kadang-kadang abang dan kakak teringin juga ada orang yang boleh buatkan dan fikirkan macam-macam untuk mereka.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Makan di Taman Warisan Putrajaya~


Ramai dah pernah makan di Taman Warisan Putrajaya cuma baru semalam DyaNz sempat merasa makan di sana. DyaNz and the club adek-beradik singgah dalam pukul 8 malam dan masa tu pun dah ramai orang. Penternak cakap memang setiap malam penuh kawasan ni. Lepas pusing cari parking, kami memilih menu lazim a.k.a roti john. Nak daging tapi dah habis tinggal ayam je. Roti ni ada panjang dan pendek. Kami pilih panjang share 3 orang. DyaNz order kuey teow sup, akem makan nasi lemak. DyaNz dan Akim pekena cendol last sekali. Tak tau kenapa penternak tak makan malam. Kami hairan...

Kepada cik Amie, Sher and Djah serta Asma, nanti kalau nak buat makan-makan jum la ke sini pulak. Ada banyak choice makanan kat sini macam nasi kerabu, sate kajang, sup utara, roti john, cendol, ABC, laici kang etc. Takkan setiap kali nak pekena steamboat je..boring sehh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Si Gadis


Tersebut kisah seorang gadis yang dulunya tidak pernah membayangkan akan melakukan perkara seperti yang dilakukannya sekarang. Si Gadis tidak pernah mempunyai bakat dalam seni. Dia tidak pernah menyiapkan kerja rumah seni yang diberi oleh cikgu. Selalu saja Si Gadis merosakkan kerja seninya dengan menambah elemen yang tak perlu. Sejak di bangku sekolah si Gadis tidak pernah minat dengan perkara berkaitan rumah tangga. Kalau di sekolah ada subjek Ekonomi Rumah Tangga, Si Gadis would prefer Sains Pertanian (walaupun memang tak ada bakat bertani). Si Gadis kalau di rumah lebih bertumpu menguruskan hal kekemasan rumah seperti membaiki soket elektrik yang terbakar, menukar pili air yang dah loose getah dia, membersih longkang di luar rumah. Si Gadis meneruskan hidup dalam suasana di mana seni tidak pernah terfikir pun.

Bila mana telah bekerja, si Gadis mula meminati muzik yang pelbagai, seni persembahan, lukisan serta fesyen. Si Gadis cuba untuk memahami dan mendalami erti sebenar seni kerana seni itu luas dan subjektif. Kehidupan ini adalah seni bagi si Gadis kerana terlalu banyak corak dalamnya. Melalui pemerhatian cara hidup manusia yang dapat dilihat setiap hari, ia dapat diolah ke dalam forografi, fesyen, lagu dan lakonan. Secara tidak langsung suara hati manusia dapat disampaikan melalui medium tersebut. Si Gadis mahu memahami apa yang ada dalam fikiran orang seni kerana si Gadis sendiri bukan lah berlatar belakang seni. Sukar juga rupanya mungkin sebab Gadis sendiri tiada bakat.

Bermula lah detik di mana si Gadis mahu menjerumuskan dirinya dalam salah satu bidang seni. Walaupun tidak sehebat mana tapi Gadis cuba untuk buktikan bahawa seni ini jika dipelajari dengan ikhlas akan membuahkan hasil. Agak sukar pada mulanya tapi ini janji si Gadis untuk tamatkan apa yang telah dimulakannya.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Klasik


Adakah aku klasik? Adik aku selalu berkata, " taste yong ni macam orang tua la".
Ya mungkin..
Aku memang suka apa yang oran tua suka..

Mungkin sebab persekitaran aku dikelilingi oleh ramai orang tua

Menyebabkan cara hidup aku sedikit sebanyak turut terikut

Aku dibesarkan oleh opah
Selalu bersembang dengan opah saudara di hujung minggu
Suka mengusik mak cik yang datang ke rumah

Pasang telinga mendengar opah dan makcik bergosip

Selalu jalan kaki makan angin dengan opah

Setiap kali raya orang kedua yang dicari oleh mak cik dan opah saudara selepas opah mesti lah aku..eheh
Sejak-sejak aku makin besar ni lagi ramai mak cik yang mencari

Mereka teruja dengar kisah hidupku di bandar yang tak semua dapat diceritakan Aku sangat sukakan kain batik
Aku selalu cari kain batik di setiap tempat yang disinggah

Saja buat simpanan

Adakah aku sememangnya klasik?
@_^

p/s : cik sally n en muced jum g Qaseh..rindu air soda bandung dia la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudut Kotak Hati..


Minggu ni kena pergi kenduri kahwin ex-matrik di PJ. Kenduri kawin lagi.. YA!! sudah tidak terkira berapa banyak kenduri kawin yang disinggah dalam tahun ni saja. Pending list pun banyak lagi bagi mencukupkan Senarai Kenduri Kawin Yang Aku Pergi Tahun 2010..eheh. Kawan-kawan selalu cakap, "DyaNz kan u kerja dengan ramai lelaki, takkan tak ada yang sangkut?" Aku dapat jangka soalan yang sama akan ditanya semula Ahad ni. Aku sedang pikir apa nak jawab nak bagi semua diam dan puas hati. Dalam banyak-banyak kenduri ada juga yang tidak sempat nak pergi kerana kekangan masa dan kerja. Macam kenduri Lia & Faiz tak sempat aku datang..minta maaf banyak-banyak. Bila tengok nampak bahagia sangat suami isteri ni.

Opah selalu cakap dalam bahasa Peraknye, " Kamu ni suka je pergi kenduri kawin ye kenduri sendirinya bila? " eheh.. nak jawab apa? tak jawab la sengih aje. Aku juga pernah dapat ayat macam ni di satu kenduri kawin, "Tak sambung Master ke? Elok buat sekarang bila dah ada anak nanti susah.." Sambil tu dia dukung anaknya. Dalam hati aku terfikir kenapa anak jadi alasan? Lagi pun aku bukanlah penggemar kanak-kanak. Jika orang lain akan teruja bila nampak baby ke budak kecik ka kat pasaraya, pasar malam, aku akan buat bodoh je. Mungkin aku dah biasa jaga budak kecik (adik2 aku la) so macam tak berminat dengan budak kecik sangat. Lain la kalau anak sendiri..eheh. Ada la certain baby yang terpilih aku suka tengok, sebelum ni baby girl team operation aku. Dan baru-baru ni rasa macam minat kat sorang baby boy ni bila tengok gambar dalam flickr pak cik dia or abang dia kot. Cute boy tu lebih-lebih lagi mata dia sampai teringat-ingat pula.

p/s : dah mula kerja luar..wawee rasa seronok tak payah masuk ofis @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS