Betull!! sekarang semua orang boleh subscribe CELCOM BROADBAND dengan hanya RM48 jer.
Kalau tak caya korang boleh tengok kat CELCOM BROADBAND SEKARANG HANYA RM48 JERR!!!
Korang yang study tu mesti selalu nak guna intenet kat mana-mana kan? Korang nak kena buat tutorial, assignment, tesis etc. Kalau nak guna intenet kat cyber cafe mahal la kalau duduk lama-lama kat situ. Kalau nak guna yang free kat makmal komputer la tapi kadang-kadang selalu tutup awal dan intenet pun slow. Bila ada CELCOM BROADBAND nih korang boleh surf internet, tengok youtube, reply komen kat facebook bila-bila jer. Kan senang tuu!!
Dulu kena bayar mahal-mahal tapi sekarang dah murah dah. Compare dengan korang yang selalu tengok wayang, karaoke, RM48 ni apa la sangat. So apa lagi, jom la serbu kiosk CELCOM sekarang!!
CELCOM BROADBAND SEKARANG HANYA RM48 JERR!!!
Awek tengah snorkeling
Dulu DyaNz ada cerita pasal pergi pulau naik bas 7 jam yang stop 2x je singgah toilet kan!!
Pengalaman ni tak boleh cari kat mana-mana la. So yang tak pergi rugi laa..!!
1st time snorkeling tuu..mesti orang yang dah memang selalu buat tu cakap DyaNz ni kecoh laa.
So what? kalau DyaNz nak kecoh pun...this is my blog anyway...my Konklusi!!
3 kali snorkeling dah memang penat...penat berkuak dalam air laut...tapi tak gerak-gerak...tu yang penat sangat tuu..hehe. Belum masuk bab kejar bot sebab terlambat bangun..bot last dah gerak pun actually..tapi sebab warga kerja Redang Laguna Resort yang baik hati, diaorang jerit ramai-ramai suruh bot tu patah balik amik DyaNz and the geng...ehehe. TERIMA KASIH.
Bila kasi roti kat ikan-ikan nampak comel sangat...kuasa Allah..warna macam-macam...ada panjang, pendek, bulat, bujur...ada gamat yang besar lengan...nak amik gambar tak ada kamera waterproof..so kena considered la for next trip...hehe.
p/s: kejar bas time nak makan nasi goreng cina sebab bas tu nak tinggalkan kitaorang..tapau makan atas bas @_^
DUA JENIS ORANG
Ada 2 jenis orang nih.
A. Jenis yang kena buat kerja dalam opis dan buat kerja managment.
B. Jenis orang yang buat kerja luar opis dan buat kerja teknikal.
Skop kerja A
1. Duduk kat opis dari pagi sampai petang, kadang-kadang sampai malam.
2. Mengadap file word, excel, powerpoint etc . tak terkecuali file audit. Kena buat dengan teliti.
3. Kena masuk meeting bila bos ada meeting lain atau pun sebab jadi bidan terjun sebab bos tak minat meeting tu.
4. Kena tembak dulu bila ada problem sebab orang ni jer ada kat opis so dia yang bos boleh nampak.
5. Menyiapkan kerja orang yang kerja kat luar yang sepatutnya kena siapkan dulu sebelum keluar.
6. Tiba-tiba kena buat kerja yang tak pernah buat sebab selama ni kerja tu orang yang kerja kat luar tu yang biasa buat, oleh sebab dia kat luar alasan tak ada internet.
Skop kerja B
1. Duduk kat site dari pagi sampai petang, kadang-kadang sampai malam.
2. Buat kerja teknikal, tarik menarik, panjat memanjat. Buat kerja berat la sikit.
3. Sambil buat kerja berat, kena jugak buat kerja opis sikit.
4. Masa kerja dan makan fleksible. Boleh makan/minum/smoke bila-bila suka.
5. Kena bertanggungjawab bagi semua kerja yang dilakukan, so mesti teliti.
A siapkan kerja ikut skop dia. B siapkan kerja ikut skop dia. Guna cara berbeza sebab nak siapkan skop masing-masing. Hasilnya untuk tujuan yang sama.
Tapi, sesetengah skop kerja je yang orang tengok macam bagus. Semua orang bertungkus-lumus sama-sama macam nak mati. Tapi, bila tak dihargai tu rasa macam tak berguna langsung pun ada, macam rasa tak buat kerja.
Takkan yang favorite je nak kena puji memanjang? tak jemu ke? sesekali tu puji la orang lain pulak...ucap TERIMA KASIH pun dah puas hati.
p/s: entry ni diluahkan secara telus...memang ada kena mengena dengan yang hidup dan mati @_^
Heppy Besday..Dillaz

Penangan kerja malam tadi masih terasa sampai sekarang. Celik mata dah 1.30 tengah hari ok. Kepala pening-pening lagi nih. Terus bukak tv dan laptop nak update blog sejak join manggaAd ni rasa lagi motivate terhadap blog ehehe. Check email harap-harap keja malam tadi tak ada problem.
Baca member opis punya email aka en Muced, alamaks waktu aktiviti berpoya-poya telah diawalkan!! Ayat yg berbunyi ;
Date : 5/8/2010 (Thursday)
Time : 8:00 – 10:00 PM
Venue : Superstar Karaoke, Alamanda, Putrajaya
Aku tak siap lagi macam mana? Siapa punya permintaan nih? Tak semena-mena dapat sms dari Dillaz offer nak tumpangkan aku. Yaayy boleh ajer.
Tengok tv, tertumpu pada 1 iklan produk kecantikan. Ayat dia berbunyi lebih kurang macam ni, "Pada mulanya saya benci wajah saya...bla..bla..bla.." Macam tak sesuai je ayat dia. Bila tak cantik benci bila dah cantik baru suka. Kalau tak cantik sampai bila-bila?
Dilla dah sampai. Time for karok. Di sini la tempat untuk geng kami melarikan diri sekejap dari suasana kerja yang tak pernah tak ada di samping meluahkan bakat yang ada atau tak ada buat-buat ada.
Rasanya macam-macam genre lagu dah dinyanyikan bersama dalam pelbagai cara. Ada rock, pop, soul, blues and nasyid pun termasuk kategori. Ada kategori solo, duet dan koir. Sebenarnya sempena nak celebrate besday Dillaz yang ke...?
Hyee KL..Bye Bye Kuching
Jejak je kaki di LCCT...terus terkocoh-kocoh nak balik rumah. Selalu boleh bersantai lagi kat airport tu tapi hari ni tak boleh. Dalam kepala ligat berfikir macam kipas kapal terbang merah putih yang aku boleh nampak semasa turun dari pesawat tu. Banyak perlu diingat tapi tak mahu mengenang anak kapal dan seisi kapal. Masa pergi dapat tengok pramugara yang 'charming' aku boleh katakan. Dengan senyuman yang sangat sweet, sesiapa saja akan cair lebih-lebih lagi DyaNz..ehehe. Saja je DyaNz tolak seat ke belakang sebab DyaNz tahu nanti mesti dia akan tarik balik ke depan before flight...ehehe. Kalau la setiap flight ada prince charming macam nih.
Tapi masa balik, ada kaum sejenis jek tak best langsung. Kadang-kadang kelakar aku tengok si flight attendant nih. Ada yang memang jenis komited dalam kerja, tak lekang senyuman di mulut. Ada jugak yang control cun, muka cengih, nak jalan mata melilau kat arah penumpang lelaki, jalan jek usap rambut...Auwww. Meluat pun ada ahaks.
Masih terbayang lagi apa yang dibuat kat sana. Nak cerita dari mana pun tak tahu. Tunggu lah bila 'mood' ni datang nanti.
Dah sampai KL, kena bersiap-siap. Naseb baek ada cik Sally ajak pegi minum aka dinner. Kenyang la sket sebab ingat ada orang nak kasi makan malam nanti. Malas nak isi penuh perut nih. Sekarang dah abes, semua dah balik. Tak da sapa nak bagi makan. Berbunyi-bunyi perut nih...uwaaaaaa







