Heppy Besday..Dillaz


Penangan kerja malam tadi masih terasa sampai sekarang. Celik mata dah 1.30 tengah hari ok. Kepala pening-pening lagi nih. Terus bukak tv dan laptop nak update blog sejak join manggaAd ni rasa lagi motivate terhadap blog ehehe. Check email harap-harap keja malam tadi tak ada problem.

Baca member opis punya email aka en Muced, alamaks waktu aktiviti berpoya-poya telah diawalkan!! Ayat yg berbunyi ;

Di atas permintaan, sessi karaoke telah di awal kan.
Date : 5/8/2010 (Thursday)
Time : 8:00 – 10:00 PM
Venue : Superstar Karaoke, Alamanda, Putrajaya

Aku tak siap lagi macam mana? Siapa punya permintaan nih? Tak semena-mena dapat sms dari Dillaz offer nak tumpangkan aku. Yaayy boleh ajer.

Tengok tv, tertumpu pada 1 iklan produk kecantikan. Ayat dia berbunyi lebih kurang macam ni, "Pada mulanya saya benci wajah saya...bla..bla..bla.." Macam tak sesuai je ayat dia. Bila tak cantik benci bila dah cantik baru suka. Kalau tak cantik sampai bila-bila?

Dilla dah sampai. Time for karok. Di sini la tempat untuk geng kami melarikan diri sekejap dari suasana kerja yang tak pernah tak ada di samping meluahkan bakat yang ada atau tak ada buat-buat ada.

Rasanya macam-macam genre lagu dah dinyanyikan bersama dalam pelbagai cara. Ada rock, pop, soul, blues and nasyid pun termasuk kategori. Ada kategori solo, duet dan koir. Sebenarnya sempena nak celebrate besday Dillaz yang ke...?

HEPPY BESDAY DILLAz..muahh !! @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz