Menuntut ilmu di negara China

Menuntut ilmu adalah tuntutan dalam Islam. Ilmu tidak akan pernah habis seperti ada satu riwayat mengatakan, 'Belajar lah hingga sampai ke Negara China'.
Dan telah terbukti saya sampai ke negara China bagi menuntut ilmu yang diberkati hendaknya. InsyaAllah.

pintu masuk

suasana dalam kelas

Jadual belajar kami bermula dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Dalam pukul 10pagi dan 4petang akan ada waktu 'fruit time'. Macam-macam jenis buah ada dan yang pasti buah tembikai paling poular diikuti buah dragon fruit, laici, rockmelon, belimbing, anggur. Lunch pukul 11.30pagi sampai 1.30 tengah hari. Di sini waktu rehat bermula pukul 12 hingga 2 tengah hari tapi disebabkan kami minta rehat awal dapat lah keluar lebih awal dari pekerja di sini. Pada waktu ni dapat lah tengok semua pekerja berkejaran ke kantin. Ada juga yang berlari menyebabkan kami pun terikut-ikut berjalan laju sikit.. :). Berbanding di Malaysia kalau nak ke cafe tu jalan pun melenggang-kangkung.. ;P. Akibat jika tidak sampai ke kantin tidak tepat pada waktunya, akan terpaksa beratur selama 30 ke 40 minit. Kebanyakan pekerja di sini akan makan dengan cepat dan tidak bersembang dengan rakan semeja. Alasannya adalah untuk mengejar waktu 'napping time'. Menjadi budaya di sini selepas makan akan nap sekejap sebelum mula bekerja semula. Dapatlah dilihat di setiap pelusuk kerusi, sofa semuanya tengah 'nap' waktu ni.

Di tempat belajar kami ada kantin Muslim juga. Menu makanannya ada masakan China dan masakan Arab. Rasa masakannya boleh lagi diterima  dan memang kenyang kami makan setiap hari. Tak pernah tak cukup makan ;P. Alhamdulillah.

perjalanan ke kantin

kantin

menu for lunch

lagi menu for lunch

orang beratur beli makanan


female prayer room aka our nap room

Dah kenyang kena sambung belajar balik. Walau mata berkedip-kedip akan digagahkan juga diri ini. Go DyaNz!!!Waktu belajar yang padat menyebabkan masa bergerak terlalu pantas.  Sedar tak sedar dah hari terakhir belajar. Ada test la pulak. Walau open book exam pun kerana fikiran dah ke Malaysia nak bukak buku pun tak bersemangat maka tukar strategi buat group discussion. Lebih menjimatkan masa..hehe.


p/s: kenangan ditinggalkan bas tidak akan dilupa *_*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz