Seperti gemersik di dalam kalbu
HOLLAND vs ITALY
Seperti gemersik di dalam kalbu
SOPA & PIPA | Internet di Malaysia
Apa sebenarnya mereka ini ?
SOPA - Stop Online Piracy Act
PIPA - Protect IP Act
Dua undang-undangini dicadangkan oleh kerajaan Amerika. Ia bertujuan membendung kandungan perisian cetak rompak yang mana ada kaitan dengan akta Hak Cipta.
Mula-mula dengar nampak macam ok. Bagaimana undang-undang yang melindungi hasil kerja keras orang lain akan mendatangkan masalah ?
Salah. Cuba fikir semula laman web yang kita lawati setiap hari? Berapa banyak yang berpangkalan di Amerika ? Jika memiliki laman web sendiri, di mana 'host' nya ? Jika mempunyai blog Blogger, Wordpress, LiveJournal dan sebagainya - di mana 'host' nya ? Akaun Facebook, Twitter di mana pangkalan datanya ? 1 jawapan : Amerika.
Tidak semua tapi kebanyakan kita akan terkena kesannya.
Perkara menakutkan jika SOPA & PIPA menjadi kenyataan
1. Semua syarikat dikehendaki mengawasi segala yang diletakkan di laman web
Bayangkan FB/Twitter, akan pastikan setiap yang kita taip, setiap gambar dan video yang kita muat turun, semuanya mesti asli, bukan cetak hasil orang lain. Kalau tidak, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang. Segala update kita di FB akan lambat. Berkemungkinan gambar yang kita upload di FB hanya boleh ditatap 24 jam selepas itu - TERUKnya!!
2. Seperti Anti-Virus, undang-undang baru ini ialah ANTI-ANTISOPA/ANTI-ANTIPIPA
Seperti anti-virus, jika laman web disabitkan di bawah akta SOPA & PIPA, laman web tersebut akan ditutup.
3. Boleh hilang kehidupan berinternet pada masa hadapan
Internet Provider di Malaysia boleh terus 'block' atau 'shut' sesuatu laman web tanpa perlu turun naik mahkamah - jika didapati berkenaan.
4. Tiada belas kasihan
Jika kamu secara tak sengaja ter'upload' gambar hak orang lain ke blog, daripada mengarah mengalihkan gambar tersebut, syarikat yang mempunyai hak cipta gambar tersebut boleh terus meminta Internet provider menutup terus blog tersebut dengan 1 perintah mahkamah sahaja.
5. Kuasa yang terlampau
Tidak cukup dengan menutup laman web/blog sahaja, akta ini turut membolehkan syarikat terlibat memerintah ejen carian seperti Google, Bing! , Yahoo etc melenyapkan terus kewujudan blog atau lebih terperinci lagi kewujudan kita di alam maya.
12 jam | KL-Taiping-Ipoh-Kampung Gajah
Kebiasaan masa perjalanan yang diambil dari KL ke Taiping kurang sedikit dari masa diambil ke Penang dalam lenih kurang 4 jam la paling lama pun.
Tetapi pada 21 January 2011 masa diambil berganda-ganda.
Mungkin kerana terlupa merancang perjalanan, kami sengaja memilih waktu 'biasa' untuk bertolak dari KL menuju ke utara iaitu 10.30am.
Pada mulanya jalan nampak lancar tapi bila selepas keluar dari Toll Duta telah nampak tanda-tanda jalan akan sesak teruk.
Dan waktu kemuncaknya tiba bila menghampiri exit Rawang. Kenderaan memenuhi sepanjang-panjang jalan dan bergerak pun sedikit-sedikit.
Kami cuba alternatif lain dengan mengikut jalan lama dari exit Rawang. Jarak diambil akan bertambah jauh tapi sekurang-kurangnya dapt juga bergerak laju sedikit.
Kami masuk ke laluan lebuhraya semula di exit Simpang Pulai dan jalan telah mulai lancar sedikit.
Dalam pukul 5 lebih, selamat sampai ke Taiping bagi menghadiri kenduri pekahwinan sahabat karib.
Beliau sangat rapat dengan saya kerana kami mula kenal sejak tahun pertama di universiti sehingga sekarang kerja pun sama pejabat.
Cuma jodohnya sampai dahulu syukur Alhamdulillah.
Kesian pengantin terpaksa tak tukar baju sampai pukul 6 petang sebab menunggu ketibaan tetamu kehormat yang paling lambat sekali sampai...huhu.
Kami dapat tahu ada rakan pejabat yang lain terpaksa patah balik ke kl kerana jalan yang terlalu sesak.
Semoga perkahwinan sahabat baik ku ini dilimpahi dengan keberkatan dari Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki berlipat-kali ganda dari sekarang. InsyaAllah.
Selamat sampai ke rumah 11.30pm. Opah tersengguk-sengguk tunggu kami ;p
UPDATED # Tiba2 suami kawanku ini menjadi kontroversi di pejabat kerana tidak ada dalam mana-mana gambar (jurugambar bidan terjun ni terlupa nak ambil, memang tak ada langsung dalam kamera) dikatakan VVIP pulaks ;p
Taubat yang diterima
Selagi matahari masih belum terbit dari arah Barat, selagi itu taubat kita akan diterima.
Tulang rusuk Adam
Ketika melayari FB saya ternampak status seorang kenalan berpangkat Kakak hari ini.
Ketika dibaca statusnya itu, indah sekali maksudnya.
Sentiasa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan insan istimewa tapi bersyarat.
Syarat dikenakan bagi memastikan maruah seorang Muslimah dijaga rapi dan diangkat tinggi dalam Islam.
Syarat juga dikenakan sebagai kunci seorang Muslimah ke Syurga kelak.
InsyaAllah.
Menghabiskan hujung tahun 2011 - Day#1
Alhamdulillah,
Rezeki lebih sikit boleh dikongsi dengan adik-beradik tahun ni.
Kami adik beradik bergerak ke Penang dari Perak pada 30hb Dec 2011.
Tak lama sangat pun nak sampai ke sana,pejam celik pejam celik dh sampai.
Tapi yang driver kena celik selalu la tak boleh la nak pejam sangat...;p
Mula2 singgah pekena nasi kandar dulu. Orng kata kat sini glemer. Cuba saja lah dulu.
Oleh sebab aritu Jumaat, orang penuh nak kejar solat Jumaat.
Kami pun antara yang beratur sekali ..;p
Dah pusing tak sampai sejam dah habis pusing dah.
Oleh sebab hujan kat luar terpakas tunggu lama sikit dan mula rasa boring..huhu.
Kesimpulan, mungkin takkan datang lagi.
Syukur Ku
Saya panjatkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi
Secara spontan sebutan Alhamdulillah keluar dari mulut
Setelah
Rasa syukur ini dapat mendekatkan diri dengan Allah
Walau kita senang walau kita susah sentiasalah ingatkan Allah
Saya suka melihat dari sudut positif,
Kenapa kita diuji ? Kenapa diuji dengan benda-benda yang nampak remeh tapi terlalu sukar untuk diselesaikan?
Kerana kita mungkin telah terlupakan Allah.
Dalam pekerjaan seharian, kita tidak mengingati Allah.
Tapi, Allah Maha Besar
Allah tidak pernah lupakan kita
Kerana itulah kita diuji supaya kita akan cepat-cepat mendekati Allah semula.
Berdoa tidak putus-putus dengan yakin (walau pun saya sebenarnya hampir putus asa )
Dengan kekuasaan Allah, penyelesaian akan datang sama ada secara cepat atau perlahan.
Bila dah dapat apa yang dihajati kebanyakan kita terlalu cepat melupakan Allah
Sedangkan Allah yang memakbulkan segala hajat kita sebelum ini.
Saya akan selalu mengingatkan diri sendiri
Ingatlah Allah setiap masa.