Ho Chi Minh - wrap up

Siapa yang sukakan percutian yang sentiasa penuh dengan aktiviti pergilah ke Ho Chi Minh.
Siapa yang suka bercuti tanpa perlu kira nak melawa, make-up pergi lah ke Ho Chi Minh.

. Apa aktivitinya ?

1. shopping siang dan malam. Siang di Bent tanh market dan shopping complex. Malamnya di pasar malam. Jangan nak bersembang lebih- lebih dengan penjual sana walau nampak baik dan mesra.  Jangan takut nak bergaduh sikit dengan pejual sana bila nak tawar harga. Sebab ada keadaan dia pulak paksa dan marah kita sebab lambat pilih.  Mungkin sebab mereka ni tinggal di negara komunis so memang suka tarik tangan kita kasar suruh beli barang dia. Kalau jadi macam tu tepis je dan tunjuk kita tak suka.Tapi tak semua penjual macam tu.

2. tour ke tempat bersejarah di Vietnam sperti chu chi tunnel, delta Mekong. ada beberapa lagi tempat tapi tak sempat pergi. Masa perjalanan dari bandar ke tempat bersejarah ni sometimes took us about 1 and a half hours sekali pergi. And for sure perlu banyak masa untuk spend di Ho Chi Minh.Kadang-kadang harga cenderamata di tempat macam ni lebih murah dari di bandar.

 3. Nak mencari kedai makan halal juga dah consumed most of our time in Ho Chi Minh. Jangan expect kedai makan halal boleh jumpa senang-senang macam kat Malaysia. Perlu banyak bersabar bila dah 30 minit jalan tak jumpa kedai makan. Dalam banyak kedai makan halal di Ho Chi Minh yang paling sedap ialah Halal Saigon. Ada rwview orang lain Vietnaam Halal restaurant pun sedap tapi kami tak sempat pergi. Yang paling jauh nak cari la selalunya yang paling sedap.

4. PETA
5. PETA
6.PETA

Ya! peta sangat penting. Kena pandai baca peta kalau tak kita dengan member sekali pening. Tu yang penting buat homework sebelum sampai. Cari nama jalan, nama kedai atau bangunan, print map yang sendiri boleh faham. Kadang- kadang bila print dari google map tak semua tepat. Kalau ada duit lebih dan tak risau ditipu pemandu teksi naiklah teksi.

7.  Booking hotel yang dekat kalau tak nak jalan jauh. Lagi awal booking dapat lagi murah macam kami booking via agoda. Hotel Ava Saigon cakap kalau email terus ke hotel boleh dapat lagi murah. Tak pasti yang tu.


Adakah saya akan datang semula ke Ho Chi MINH?
Ya. Kalau ada peluang lagi saya akan datang.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ho Chi Minh | The central post office & Hard Rock Cafe


Kami gagahkan juga berjalan kaki mencari post office dan hard rock cafe. Dalam blog orang kata mesti kena datang sini dan tengok sendiri. Bila tengok dengan mata sendiri....Wowww!!! design post office ni sangat cantik. Rasa macam kt negara orang putih pulak.


Bahagian dalam yang cantik

sewaktu berduyun yang datang pejabat post Ho Chi Minh beroperasi seperti biasa




Dah cukup tangkap gambar kami gerak ke Hard Rock Cafe dan tangkap gambar lagi. Shopping la sikit dan harga tak banyak beza dengan hard rock shop di tempat lain.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P.S. I Love You

 

P.S. I Love You
Genre : Romance
Ditulis oleh Cecelia Ahern. Siapa Cecelia Ahern? Dilahirkan pada 30 Sept 1981 di Dublin, Ireland. Banyak buku yang telah dihasilkan oleh Cecelia Ahern. Antaranya Where rainbows end (buku kawan my sister) , thanks for the memories ( baru beli nak buat collection). Cecelia Ahern juga merupakan penerbit rancangan Samanta Who?


Buku ini sudah lama keluar dan mungkin sudah dicetak banyak kali cuma saya saja baru berjinak dengan buku ni...hehe. Buku P.S I Love You ini juga telah dijadikan filem
pada tahun 2007. Saya juga telah menonton filem p.s i love you ini namun olahan cerita berbeza as expected. Tidak sama rasanya bila baca buku ni sendiri. Walaupun gandingan charming actor seperti Gerard Butler dan beautiful actress Hilary Swank, tapi masih tak sama dengan watak sebenar Holly dan Gerry.

Apa yang menarik tentang buku ni ?
Mengisahkan Holly kematian suami tercinta Gerry disebabkan brain tumor. Tidak lama selepas kematian Gerry, Holly terima surat yang perlu dibuka mengikut bulan. Isi kandungan surat memerlukan Holly menurut apa yang dikehendaki oleh Gerry. Dalam masa yang sama Holly merasakan Gerry masih ada di sisinya dengan membaca surat-surat tersebut. Yang lebih menarik, di akhir setiap surat Gerry akan menulis P.s I Love You....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012 | cadangan waktu perjalanan dari PLUSmiles

Terima email dari PLUSMiles sempena Hari Raya Haji 2012. Mula malam ini dan esok merupakan waktu paling genting untuk pemandu yang akan pulang ke kampung. Sama la saya...phewww. Plan nak balik malam je terus tapi kerja pun banyak. Kereta pun tak basuh, tayar tak pam lagi...phewww. Alamtnya balik pagi esok la. Tak apa lagi pun tengah menunggu nak cukupkan ahli kumpulan nak balik sekali. Boleh la kongsi kereta dan dapat kurangkan kesesakan jalan kononnya la...haha.

Apa kata rujuk cadangan waktu perjalanan yang disediakan PLUSMiles ni. Harap dapat bantu dan selamat sampai ke kampung ye. 

Berhati-hati di jalan raya.


cadangan waktu perjalanan





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Samsung galaxy note 2



Kawan  si cikgi di Miri sangat menanti-nantikan samsung galaxy note 2. Bila dah sampai terus beli hari tu juga. tersenyum keriangan dia ;) Aku sempat berposing la dengan this samsung galaxy note 2 ni. nak beli sendiri tak mampu...huhu. Performance sangat ok dan speed laju. Design nampak cantik. So far bateri boleh tahan 1 hari dengan penggunaan share wifi, tangkap gambar, surf internet..

Kesimpulan, kalau rasa betul-betul berguna bolehlah beli. Kalau tak perlu tak payah beli. Harga dalam 2k lebih jugak. kalau berkemampuan pun ok jugak kalau nak beli dan untuk reward diri sendiri pun tak salah nak beli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Miri yang tenang

Sepanjang hampir seminggu di Miri akhirnya tiba masa untuk balik.
Rindunya rumah. Sekejap betul rasa dah 1 minggu. Setiap hari berulang alik dari Mega Hotel ke tempat kerja yang berdekatan dengan Imperial Hotel. Plan asal nak menginap di Imperial Hotel tapi fully booked sebab lambat nak book...huhu. setiap hari berjalan kaki rasa macam dah kurus (nada perasan). Tinggal di Mega Hotel ni selain dari breakfast dia yang lain rasanya average. Setiap hari nak pergi kerja semasa melintas jalan tersangat kurang dengar hon. Bila tengok penduduknya sangat tenang semasa bawa kereta.
Jangan sangka susah nak cari tempat makan halal di Miri. Jika dibandingkan dengan Kuching yang sangat besar dan memerlukan kenderaan untuk ke tempat makan yang popular. Di Miri boleh berjalan kaki saja jika hendak ke tempat makan.

1. Madlis
Ada satay daging yang sedap, mee kolok dry with roasted chicken, mee jawa sp tapi agak mual sebab campur mashed potato. Chicken chop biasa je rasa.
Lokasi : bertentangan Imperial Hotel

2. Muara restoran
Ada lelapan keli, sotong, ayam,tenggiri,ayam penyet. Mengikut kata kawan restoran muara antara yang sedap lelapan. Sempat makan di 2 cawangan.
Lokasi : sederet Imperial Hotel

3. Sepanjang jalan depan Mega Hotel ada restoran Serai Wangi. Nampak ramai yang makan. Chicken wing pun ada. Tapi biasa lah tempat yang dekat tak nak singgah. Jual mahal.
Mengikut kata kawan yang posting di sini, jarak sekolahnya dari bandar Miri lebih kurang 1 jam perjalanan dengn kereta. Perghhh..tu pun dikira paling dekat dengan bandar Miri. Ada kawannya yang lain lagi jauh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ho Chi Minh City | Chu Chi Tunnel

Hari ke-2 ikut tour di bandar Ho Chi Minh. Masih ambil pakej di hotel sebab senang dan dekat. Bayaran sebanyak USD 6  dikenakan. Hari ini merupakan the longest waiting day ever. Lebih 1 jam tunggu dalam bas untuk kutip dan cukupkan orang dalam bas. The tour guide hari ini agak tak berapa efisien sangat.

Tips#18 - bayaran USD 6 tak termasuk bayaran masuk ke Chu Chi tunnel....phewwww. Kena bayar extra 80 000 VND kot.

Disebabkan cuaca di Ho Chi Minh dah masuk musim hujan kami sampai pun time hujan lebat.


Melawat kilang kraftangan

Tempat dikumpulkan rakyat vietnam yang terdedah dengan radiasi bom nuklear oleh tentera US

Kalau tengok betul-betul mereka ni ada yang cacat, lumpuh...kesian

kulit telur

hasil yang hampir siap

harga yang sangat mahal rasanya

pandangan luar kilang 

dengar sejarah Chu Chi tunnel 


peta laluan sepanjang chu chi tunnel sure dari mana ke mana

gambarajah tunnel ada 3 lapis kedalaman

dalam chu chi tunnel ada macam-macam bahagian seperti dapur, living room, bilik asap, bilik tidur.

Tips#19 -  chu chi tunnel dibina dengan menggunakan cangkul kecik selama hampir 20 tahun

antara perangkap samar

ada tunnel bercabang di bawah

lubang udara seakan busut semut. sangat banyak untuk elak dikesan tentera US

our tour guide. Dont remember his name










bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ho Chi Minh City | The tour to Delta Mekong begin




Ada orang bagi tahu pergi Delta Mekong tour dulu. Kami ambil pakej di hotel AVA Saigon. Bayaran USD 11. Tempah selewat-lewatnya petang sebelumnya. Staff hotel akan arrange dengan tour agent untuk ambil kami. Kami akan gerak pukul 7.30 am dan tepat 7.30 pagi tour agent datang dan ambil kami naik bas. Rupanya tour agent ni akan ambil customer lain dari hotel berlainan. Kami antara yang terawal so kena tunggu almost 1 jam  dalam bas nak kutip semua orang....phewwwww.



Our travel agent


Tips#13 - Boleh pergi terus ke pejabat travel agent dan boleh pilih jenis tour yang dikehendaki. Cuma kena tahu lokasi pejabat travel agent dan perlu berada seawal 8 pagi. Mungkin boleh dapat harga lagi murah.


Mekong rest stop. Dia orang akan stop kan kami untuk berehat sekejap untuk perjalanan hampir 2 jam. Boleh la nak singgah toilet kat sini.


The Mekong Mart. Boleh beli kopi dia.

Pemandangan yang cantik

Waktu mendung baru lepas hujan. The English couple yang selalu tegur kami







Suasana dalam bas. Ada geng gangnam dalam ni. Rugi pulak tak ambil gambar sekali.

Tips#14 - Driver seat di Vietnam di bahagian kiri. Jangan tersalah masuk pulak.

Naik bot untuk ke seberang melalui sungai Mekong.



perlahan-lahan naik bot nanti ada yang basah nanti


The tour guide Tony tengah explain. Katanya ada mak we Indonesian. Dia tahu cakap, 'aku cinta padamu'. Ayat itu la yang diulang bila nampak kami tambah pulak dia macam syok kat salah seorang member ni...pewwwww.


Air sungai kotor tambah pula baru lepas hujan

almost there

Ada jambatan macam rupa penang bridge

dihidang buah sebagai sambutan selamat datang. Baiknyerrr...baik yer..baik ada makna tu

dipersembahkan juga nyanyian dalam bahasa vietnam. Lepas tu minta tips...kami bagi 1000vnd dia boleh gelak. Ada la jugak nak kasi.


limau barli

tengah beratur sambil tengok orang mencuci sampan


sweet la minah ni

laju akak ni kayuh. Setiap sampan ada 2 orang tukang kayuh 1 di depan 1 di belakang

laluan sungai yang sempit dan memang akan bertembung. setakat ni tak pernah terbalik lagi la

tea + lime + honey

Tips#15 - Pengayuh sampan akan minta tips. Terpulang nak kasi atau tak.

Tips#16 - Baca botol atas meja ada antaranya mengandungi wine walaupun ia adalah kicap

sira pisang

dah sampai ke kilang coconut candy = gula-gula kelapa


mesin kelapa ni kat malaysia pun banyak

mesin kelapa lagi

mesin kacau santan macam kacau dodol pun ada

enter the frame 

coconut candy selepas diangkat dari dapur masih panas lagi dan lembik

binatang ekzotik

makanan daripada kelapa




akak ni tunjuk cara buat coconut candy

coconut candy diletak atas acuan dan dibiar keras dan kemudian dipotong. Semua menggunakan tenaga manusia untuk potong tidak guna mesin langsung

hujan dah turun..jom balik

Tips#17 - Kami diturunkan di hadapan pejabat travel agent walau pun pagi tadi dijemput di hotel. Make sure kaki anda masih OK :D

bersambung...








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS